Kertas Kerja - Ihya' Ramadhan 1436H

download Kertas Kerja - Ihya' Ramadhan 1436H

of 6

description

Contoh Kertas Kerja - Ihya' Ramadhan 1436H

Transcript of Kertas Kerja - Ihya' Ramadhan 1436H

KERTAS KERJAPROGRAM IHYA RAMADHAN 1436HSJK (C) LUM HUA, SABAK BERNAM, SELANGOR=================================================================

1.0 PENDAHULUANRamadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya Ramadhan 1436H ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-objektif yang di rancang.

2.0 MATLAMAT

Tujuan Program Ihya Ramadhan 1431H ini dijalankan adalah untuk:

2 .1 Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.2.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan insan yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.2.3 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap individu.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melatih individu agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.3.2 Melahirkan individu yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.3.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.3.5 Membentuk individu yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.3.6 Melatih individu melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan 1436HHari : Hari Isnin hingga JumaatMasa : Setiap waktu rehat Tempat : Bilik Agama SJK(C) Lum Hua

5.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua murid Tahun 1,2,3,4,5 dan 6.Semua Guru dan Kakitangan digalakkan menyertainya.

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat: Pn. Tan Khek Hee (Guru Besar)Pengerusi: E. Goh Peik Soon (GPK Pentadbiran)Penyelaras Program: Pn. Hindun Nurul Ahadiah bt. Abu Mat Suaudmerangkap Bendahari(Penyelaras Panitia P.Islam) Setiausaha: Us. Mohd Izzudin Mohd FaudziAhli Jawatankuasa: Pendaftaran Pn. Hindun Nurul Ahadiah bt. Abu Mat Suaud

: Keselamatan/ Kawalan Murid Pn. Hindun Nurul Ahadiah bt. Abu Mat Suaud

: Bahan Bercetak Us. Mohd Izzudin Mohd Faudzi

: Teknik Dan Peralatan Us. Mohd Izzudin Mohd Faudzi

: Dokumentasi Us. Mohd Izzudin Mohd Faudzi

Penceramah & Moderator:Ustazah Hindun Nurul Ahadiah bt Abu Mat Suaud

6.0 TENTATIF PROGRAM IHYA RAMADHAN 1436H

Bil

AktivitiButiranTindakan

1Munajat Ramadhan10.30-10.40 pagi Berzikir beramai-ramai sebelum Slot Bingkisan RamadhanUstazah Hindun Nurul Ahadiah bt Abu Mat Suaud

2Bacaan Surah-surah Lazim Pilihan10.40-10.50 pagi Guru akan membimbing murid-murid membaca mengikut kreativiti masing-masing.

Ustazah Hindun Nurul Ahadiah bt Abu Mat Suaud

3Tazkirah : Slot Bingkisan Ramadhan 10.50-10.55 Tazkirah akan disampaikan oleh Ketua Panitia. Ustazah Hindun Nurul Ahadiah bt Abu Mat Suaud

4Kuiz 10.55-11.00 pagi Murid-Murid akan disoal berdasarkan Slot Bingkisan Ramadhan.

Ustazah Hindun Nurul Ahadiah bt Abu Mat Suaud

9.0 PENUTUP

Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada warga SJK(C) Lum Hua khasnya murid-murid dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Insyaallah.

Disediakan oleh,Disemak oleh,

....(MOHD IZZUDIN MOHD FAUDZI)(EN. GOH PEIK SOON)Setiausaha,GPK Pentadbiran,Program Maulidul Rasul 1435HSJK(C) Lum Hua

Diluluskan oleh,

(PN. TAN KHEK HEE)Guru Besar,SJK(C) Lum Hua