Kertas Kerja Internship

7
KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIANG BAROH, 36200 SELEKOH, PERAK. KERTAS KERJA PROJEK BOLA KERTAS PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PPG AMBILAN FEB 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA NAMA PELAJAR MOHD AZWAN B. ZAINUDIN ANGKA GILIRAN 2012211360026 NO. KAD PENGENALAN 830416085603

description

intership sem 8

Transcript of Kertas Kerja Internship

Page 1: Kertas Kerja Internship

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIANG BAROH,

36200 SELEKOH, PERAK.

KERTAS KERJA PROJEK BOLA KERTAS

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU)PPG AMBILAN FEB 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

NAMA PELAJAR

MOHD AZWAN B. ZAINUDIN

ANGKA GILIRAN

2012211360026

NO. KAD PENGENALAN

830416085603

KUMPULAN/ UNIT

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN (PPG)

2015KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

Page 2: Kertas Kerja Internship

DENGAN KERJASAMA

GURU-GURU DAN MURID-MURID SK SG.TIANG BAROH

Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan yang bertujuan

untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

sedia ada sebagai seorang guru. Guru PPG dikehendaki merancang, melaksana dan

menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di

luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya

sekolah/tempat bertugas.

Sehubungan dengan itu, saya dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa

Antarabangsa Kuala Lumpur telah di tugaskan untuk melaksanakan projek yang

berkaitan dengan komuniti sekolah bagi menjayakan internship yang bermula dari 10

Ogos sehingga 04 September 2015 di tempat saya bertugas iaitu Sekolah Kebangsaan

Sungai Tiang Baroh,Selekoh, Perak.

Guru-guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru diberi tugasan untuk

melaksanakan satu projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran subjek major

masing-masing. Kami perlu merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti yang

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Lantaran itu, projek

inovasi alatan sukan di rancang bagi memenuhi objektif tersebut.

Penekanan kepada pendekatan Teaching Games fo Understanding dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani hari ini memerlukan alatan yang

2015KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

1.0

Page 3: Kertas Kerja Internship

pelbagai dan bersesuaian mengikut kategori permainan. Alatan tersebut perlu

diubahsuai atau menggantikannya dengan alat reka ganti agar bersesuaian dengan

umur, saiz dan tahap kebolehan murid. Dengan memaksimumkan tahap penggunaan

alat reka ganti yang dihasilkan sendiri di kalangan guru-guru Pendidikan Jasmani

bersama-sama dengan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Jasmani akan dapat menarik minat murid untuk mengikuti setiap aktiviti yang dirancang

dengan jayanya di samping melahirkan guru dan murid yang kreatif dan inovatif sejajar

dengan gaya pendidikan zaman kini.

Antara objektif pelaksanaan projek ini ialah untuk ;

Merancang dan melaksana projek yang berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah .

Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan

integriti dalam melaksanakan tugas.

Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah

Membimbing dan melatih diri berinteraksi dengan murid-murid dan berkongsi

pengalaman semasa menyediakan alat reka ganti.

Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan dalam

penghasilan alat reka ganti .

2015KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

2.0 Objektif

Page 4: Kertas Kerja Internship

Memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan dalam bidang reka cipta

Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak

program pendidikan semasa.

Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran,pengurusan

projek dan sebagainya.

Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan

kreativiti.

BIL PERANCANGAN AKTIVITI TEMPOH MASA

1. MENGHASILKAN ALAT / BAHAN 3 MINGGU

2. MENJALANKAN RAKAMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ALAT REKA GANTI

30 MINIT

3. MENJALANKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

4 MINGGU

4 MEMBUAT LAPORAN DAN REFLEKSI INTERNSHIP

4 MINGGU

2015KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

3.0 Strategi Dan Perancangan Aktiviti :

Page 5: Kertas Kerja Internship

BIL PROJEK PENGELOLAAN

1. MENGHASILKAN ALAT / BAHAN

MOHD AZWAN B.ZAINUDIN&

MURID-MURID KELAS:2 BIJAK

2. MENGADAKAN RAKAMAN INOVASI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

MOHD AZWAN B. ZAINUDIN&

MURID KELAS:2 BIJAK

BIL PERANCANGAN AKTIVITI KOS PERBELANJAAN

1. MENGHASILKAN ALAT REKA GANTI TIADA -MURID DAN GURU MEMBAWA SURAT KHABAR DAN PITA PELEKAT SENDIRI

2. CAT TINGAM KERTAS

3 X RM6.00 = RM18.00 4 X RM3.00 = RM 12.00

3. MENGADAKAN RAKAMAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TIADA

JUMLAH RM 30.00

2015KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

4.0 Ahli Jawatankuasa Induk Pengelolaan Projek

5.0 Anggaran Kos Perbelanjaan Projek

6.0 Penutup

Page 6: Kertas Kerja Internship

Diharapkan Projek Inovasi Alat Reka Ganti ini akan dapat mengatasi masalah

kekurangan peralatan seterusnya membantu meningkatkan penglibatan dan minat

murid semasa aktiviti dijalankan. Kaedah ini adalah kaedah yang paling mudah untuk

dilaksanakan apabila berdepan dengan masalah kekurangan peralatan untuk

menjalankan aktiviti permainan ubahsuai. Malahan, dengan adanya usaha dan inisiatif

untuk menghasilkan peralatan reka ganti ini, di harap dapat mengurangkan beban

kewangan sekolah untuk memperbaiki dan membeli peralatan yang baharu setiap

tahun. Kerjasama daripada semua pihak di dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh ;

……………………………………….

(MOHD AZWAN B. ZAINUDIN)

Pelajar PPG Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan,

Ambilan Feb 2012,

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

Kuala Lumpur

2015KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP