KERTAS KERJA INTERNSHIP (BULAN BIJAK SIFIR)
-
Upload
ina-rosyaida-yahya -
Category
Documents
-
view
108 -
download
11
description
Transcript of KERTAS KERJA INTERNSHIP (BULAN BIJAK SIFIR)
SEKOLAH KEBANGSAAN BONGEK,
71300, REMBAU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
_______________________________________________________
KERTAS KERJA PROJEK
INTERNSHIP SEMESTER 8
NAMA PROGRAM:
BULAN BIJAK SIFIR
ANJURAN:
PANITIA MATEMATIK SK BONGEK
DENGAN KERJASAMA:
GURU-GURU DAN MURID-MURID SK BONGEK
1.0 PENGENALAN
Alhamdulillah, segala pujian dan syukur buat al-Khaliq yang Maha
Pengasih dan Maha Penyayang di atas segala rahmat. Selawat dan
salam kasih untuk junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat
seterusnya mata rantai agama Allah yang mengikut sunnah Baginda
S.A.W sehingga hari Qiamat.
Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang
penting dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi
penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir
amat penting bagi setiap murid untuk menguasai mata pelajaran
Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian.
Program ini akan diadakan selama empat minggu, di mana murid-
murid yang terlibat akan diberi satu buku Bijak Sifir yang memerlukan
mereka untuk mendapatkan tandatangan guru, ibu atau bapa dan juga
rakan sebaya. Bagi mendapatkan tandatangan tersebut,murid-murid perlu
membaca sifir tanpa melihat buku sifir di hadapan guru, ibu atau bapa dan
juga rakan mereka. Sasaran sifir yang ditetapkan ialah sifir 1, sifir 2, sifir 3,
sifir 4, sifir 5, sifir 6 sifir 7, sifir 8, sifir 9, sifir 10, sifir 11 dan sifir 12. Ini
bermakna, murid-murid perlu mendapatkan sebanyak 36 tandatangan.
Murid-murid yang berjaya mendapatkan semua tandatangan dalam
tempoh yang diberi akan diberi cenderamata.
2.0 MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid
khususnya dalam subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran
mengingati sifir. Ia juga mampu meningkatkan minat dan motivasi murid
terhadap subjek Matematik.
3.0 OBJEKTIF
1. Murid mempunyai kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah
matematik dengan cepat dan tepat.
2. Mempraktikkan kemahiran sifiri melalui latihan-latihan matematik.
3. Menjadikan amalan mengingati sifir sebagai rutin di sekolah.
4. Zero defect – murid menguasai sepenuhnya fakta asas matematik.
4.0 NAMA PROGRAM
Bulan Bijak Sifir
5.0 TEMA
“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”
6.0 ANJURAN
Panitia Matematik SK Bongek
7.0 TARIKH
04 Ogos 2014 – 05 September 2014
8.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Bongek
9.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 2,3,4,5 dan 6
10.0 AHLI JAWATANKUASA
Jawatankuasa Induk
PENASIHAT : En. Abdul Rahman bin Hj. Ibrahim
Guru Besar SK Bongek
PENGERUSI : Pn. Norehan bt Hj. Abd Latif
GPK Kurikulum SK Bongek
NAIB PENGERUSI : Pn. Zarazila bt Abd Jalil (GPK HEM)
Pn. Siti Nor Rahayu bt Hj. Musa (GPK Koku)
PENYELARAS : Pn. Azlinda Wati bt Abu Bakar
Ketua Panitia Matematik SK Bongek
SETIAUSAHA : Pn. Faznita bt Baharun
Jawatankuasa Kerja
BUKU PROGRAM : Pn. Azlinda Wati bt Abu Bakar
PENGACARA MAJLIS : Cik Ina Rosyaida bt Yahya
DOKUMENTASI : Cik Syahida Amira bt Azmi
SIARAYA : En. Andrew Pragasam
FAIL SENARAI SEMAK : Pn. Faznita bt Baharun
KAWALAN MURID : Pn. Junari bt Saad
Pn. Narihan bt Samuri
Pn. Bahariah bt Bakri
Pn. Zalela bt Hj. Ahmad
Ustaz Abdul Aziz bin Ismail
11.0 KOS PROGRAM
Bil Perkara Kos
1 Alat Tulis RM50.00
2 Hadiah 220 X RM5.00 = RM75.00
Jumlah RM125.00
12.0 PENUTUP
InsyaAllah, diharapkan program ini dapat dilaksanakan seperti yang dicita-
citakan. Semoga Allah memberkati niat murni pelaksana program ini dan
seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakannya.
Disediakan oleh,
-----------------------------
(INA ROSYAIDA BT YAHYA)
Guru Pelatih
IPG Kampus Perempuan Melayu
Disemak oleh,
-----------------------------
(AZLINDA WATI BT ABU BAKAR)
Mentor / Penyelaras
Program Bulan Bijak Sifir 2014