Kertas Kerja Kejohanan Boling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2010

download Kertas Kerja Kejohanan Boling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2010

of 8

Transcript of Kertas Kerja Kejohanan Boling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2010

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG 2010

DISEDIAKAN OLEHPROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT PASIR GUDANG, JOHOR

KERTAS KERJA CADANGAN

1.

TAJUK Kejohanan Ten Pin Boling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2010

2.

DISEDIAKAN OLEH Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort

3.

DISEDIAKAN UNTUK Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang

4.

KUMPULAN SASAR Murid-murid Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang.

5.

OBJEKTIF 5.1 Mencungkil bakat murid Pendidikan Khas dalam permainan ten pin boling. 5.2 Menilai potensi diri yang maksimum melalui daya saing untuk menang. 5.3 Memilih murid untuk mewakili daerah Pasir Gudang untuk kejohanan ten pin boling peringkat negeri Johor.

6.

BUTIRAN PROGRAM Tarikh : 03 Jun 2010 (Khamis) 8.30 pagi 9.00 pagi 1.00 tengahari Daiman Bowl Center, Tmn Johor Jaya.

Pendaftaran : Masa Tempat : :

7.

KATEGORI DIPERTANDINGKAN Kategori 1 2 3 4 5 6 BP Junior (L) BP Junior (P) BP Senior (L) BP Senior (P) BD Senior (L) BD Senior (P)

8.

PENYERTAAN 8.1 Bayaran Penyertaan 8.1.1 Setiap peserta yang mengambil bahagian dikenakan bayaran sebanyak Sepuluh Ringgit (RM10.00) sahaja. 8.1.2 Bayaran hendaklah secara tunai semasa pendaftaran peserta. Resit akan diberikan bagi tuntutan pengurus pasukan. 8.1.3 Bayaran penyertaan yang dikenakan adalah untuk tujuan bayaran permainan bowling, hadiah pemenang dan makanan pegawai pertandingan.

8.2 Borang Penyertaan 8.2.1 Borang penyertaan akan diedarkan 3 minggu sebelum tarikh pertandingan ke semua sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Pasir Gudang. 8.2.2 Setiap sekolah yang ingin menghantar peserta perlulah menyerahkan borang penyertaan kepada setiausaha pertandingan selewat-lewatnya pada 26 Mei 2010.

9.

KELAYAKAN PESERTA 9.1 Peserta mestilah terdiri dari murid pendidikan khas di dalam daerah Pasir Gudang dan warganegara Malaysia. 9.2 Peserta mestilah mempunyai kad orang kurang upaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. 9.3 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar maksimum 2 orang peserta bagi setiap kategori yang dipertandingkan. 9.4 Kelayakan umur peserta adalah seperti berikut : 9.4.1 Kategori Junior 7 14 tahun 9.3.1 Kategori Senior 15 17 tahun

10.

FORMAT PERTANDINGAN 10.1 Setiap peserta perlu bermain sebanyak 2 pusingan (frame). 10.2 Peserta yang berjaya memperolehi jumlah kutipan mata tertinggi bagi setiap pusingan akan dikira sebagai pemenang. mata frame 1 + mata frame 2 = jumlah mata 10.3 Sekiranya berlaku jumlah mata yang sama maka, jumlah strike dan spare terbanyak akan diambil kira untuk menentukan pemenang.

11.

HADIAH 11.1 Hadiah-hadiah yang disediakan untuk setiap kategori adalah seperti berikut : 11.1.1 Pemenang pertama, kedua dan ketiga. 11.1.2 Hadiah untuk pemenang adalah berbentuk medal dan sijil. 11.1.3 Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan.

12.

MAKANAN Pengelola tidak menyediakan kemudahan makanan kepada peserta. Terpulang kepada kebijaksanaan guru pengiring sekolah masing-masing.

13.

KAWALAN 13.1 Kawalan yang perlu diberi perhatian adalah di kawasan pertandingan.

13.2 Guru pengiring diminta memantau pergerakan pesertanya agar keselamatan terjamin.

14.

MAJLIS PENUTUPAN RASMI DAN PENYAMPAIAN HADIAH 14.1 Hadiah akan disempurnakan oleh Pegawai Khas Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang. 14.2 Hadiah yang disediakan untuk setiap kategori adalah seperti berikut : 14.2.1 Pemenang pertama, kedua dan ketiga. 14.3 Acara penting yang dijalankan semasa Majlis Penyampaian Hadiah : 14.3.1 Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola 14.3.2 Penyampaian hadiah

15.

JAWATANKUASA BERTINDAK

15.1 Sila lihat lampiran.

Disediakan oleh;

... (EDHAM REDZA BIN AHMAD FOAD) Guru Pendidikan Khas SK Tanjung Puteri Resort

Disemak oleh;

Disahkan oleh;

........................ (EN MOHD SAIFULLIZAN BIN HJ SENIN) GPK Pendidikan Khas SK Tanjung Puteri Resort

......................................... (PN HJH SAPIAH BINTI HJ TOMPANG) Guru besar SK Tanjung Puteri Resort

SENARAI JAWATANKUASA BERTINDAK BIL. 1 NAMA AJK Pengelola / Pendaftaran & Kain Rentang SEKOLAH SK Tanjung Puteri Resort TUGAS & TANGGUNGJAWAB - Mengelola keseluruhan program agar berjalan seperti yang dijadual. - Menyediakan resit rasmi semasa pembayaran dibuat. - Memastikan proses pendaftaran teratur dan berjalan lancar. - Memastikan tempat pertandingan ditempah awal untuk mengelakkan sebarang pertindihan dengan kumpulan lain. - Memastikan tempat telah diselenggara sebaiknya sebelum hari pertandingan bermula. - Menempah hadiah mengikut kategori (6K x 3H = 18 UNIT) - Bersedia semasa upacara penyampaian hadiah kepada pemenang (acara penutup) - Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta pertandingan. - Menyediakan sijil-sijil penghargaan kepada pegawai bertugas pada hari berkenaan. - Menyemak senarai pemain sebelum pertandingan bermula. - Mengesahkan keputusan pertandingan dan menyerahkan kepada jawatankuasa penutup. - Mengacarakan majlis penutup mengikut agenda yang telah dipersetujui. - Memastikan nama pemenang adalah seperti yang telah disahkan oleh jawatankuasa pengadil. - Menyediakan tempat untuk acara penutup (termasuk meja hadiah). - Memastikan PA sistem berfungsi dengan baik. - Memastikan pemenang acara bersedia untuk tampil menerima hadiah semasa acara penyampaian.

2

AJK Persiapan Tempat

SMK Taman Daya

3

AJK Hadiah

SK Pasir Gudang 2

4

AJK Sijil

SK Seri Alam 2

5

AJK Pengadil & Marsyal

SMK Tmn Johor Jaya 2 SMK Bandar Seri Alam

6

AJK Pengacara Majlis

SK Kota Masai 2

7

AJK Penutup

SMK Pasir Gudang 2

BIL. 8

NAMA AJK Dokumentasi & Fotografi

SEKOLAH SK Permas Jaya 2

TUGAS & TANGGUNGJAWAB - Merakam keseluruhan aktiviti pertandingan samada sebelum, semasa dan selepas ianya dijalankan. - Menyediakan laporan lengkap dan menyerahkan kepada jawatankuasa pengelola selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh pertandingan diadakan. - Menempah makanan untuk pegawai bertugas. - Memastikan agihan makanan diedarkan kepada petugas secukupnya. - Menyediakan Buku Program sebelum hari pertandingan. - Membuat cetakan secukupnya. - Membuat edaran pada hari pertandingan berlangsung.

9

AJK Jamuan Pegawai

SK Tmn Pasir Putih

10

AJK Buku Program/Pamplet

SJK (T) Masai

PERUNTUKAN KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN KOS TERLIBAT

= =

Bayaran Penyertaan + Kewangan Panitia a) Setiap peserta akan dikenakan RM2.50 setiap pusingan (maka setiap peserta = RM5.00). b) Penyediaan makanan. Anggaran = RM5.00 setiap petugas. c) Tempahan kain rentang. Anggaran kos = RM100.00 d) Tempahan hadiah. Anggaran kos = RM4.00 setiap satu. RM4.00 x 18 hadiah = RM72.00

ANGGARAN BELANJAWANBil 1 2 3 4 5 Perkara Jumlah peserta 25 sekolah x 2 peserta x RM10 Caj bayaran lane setiap peserta 50 x RM5 Makanan 20 Petugas x RM5 Kain Rentang 1 unit x RM100 Hadiah 18 Pemenang x RM4 Jumlah 500.00 Sumber (RM) 500.00 250.00 100.00 100.00 72.00 522.00 Kos (RM)