kertas-kerja-KELAB BESTARI.docx

7
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA KAMPUNG SUNGAI RUBANA TELUK INTAN PERAK KERTAS KERJA PENUBUHAN BRIDGET BESTARI SEKOLAH Anjuran: PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Transcript of kertas-kerja-KELAB BESTARI.docx

Page 1: kertas-kerja-KELAB BESTARI.docx

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSAKAMPUNG SUNGAI RUBANA

TELUK INTAN PERAK

KERTAS KERJAPENUBUHAN BRIDGET BESTARI SEKOLAH

Anjuran:

PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Page 2: kertas-kerja-KELAB BESTARI.docx

KERTAS KERJA

1.0 PENDAHULUAN

Makmal Komputer di sekolah merupakan tempat di mana murid – murid mendalami

ilmu ICT di sekolah. Makmal komputer juga berfungsi sebagai sumber ilmu kepada

murid – murid juga kakitangan sekolah bagi mendapatkan sumber dari internet juga

kemudahan mengunakan komputer dalam tugas seharian.

Bersesuaian dengan era pendidikan sekolah bestari maka keperluan

penggunaan teknologi maklumat dalam P&P telah bertambah. Sehubungan dengan itu

perlunya sekolah mengorak langkah dalam usaha memastikan setiap pelajarnya celik

komputer dan celik IT dapat dicapai. Sebagai sebahagian daripada usaha itu kertas

kerja ini mencadangkan penubuhan sebuah kelab komputer yang lengkap dengan

komputernya yang dapat menapung keperluan asas kemahiran komputer dan IT yang

bersesuaian dengan keperluan Sekolah Bestari.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menyediakan tempat pembelajaran asas komputer dan IT bagi pelajar

dan menyediakan pelajar menimba pengetahuan asas perisian komputer

seperti Word, Excel, Power Point, Access dan Internet.

2.2 Menyediakan keperluan asas yang perlu sebagai sebuah Sekolah Bestari.

2.3 Menyediakan warga sekolah yang celik komputer serta bermaklumat.

2.4 Perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan pelbagai

aplikasi di sekolah.

2.5 Menjadi agen penggerak dan memabantu guru menyeleggara makmal serta

peralatan ICT.

2.6 Meningkatkan kemahiran ICT serta keyakinan diri.

Page 3: kertas-kerja-KELAB BESTARI.docx

3.0 RASIONAL

3.1 Menghasilkan pelajar yang boleh berkomunakasi danbermaklumat bersesuaian dengan konsep Sekolah Bestari.

3.2 Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan teknikal semasa PDP.

3.3 Membantu kerja-kerja penyelenggaraan3.4 Membantu menyebarkan maklumat terkini.3.5 Membantu memastikan program ICT berjalan lancar.3.6 Membantu dalam pengurusan makmal pengkomputeran dan

peralatan ICT.

4.0 KEANGGOTAAN4.1 Syarat Pemilihan

4.1.1 Jumlah ahli antara 5 – 10 orang4.1.2 Wakil pelajar setiap tahun bermula tahun 3

4.2 Berminat serta mempunyai pengetahuan dalam bidang ICT.4.3 Memiliki rekod akademik cemerlang. 4.4 Mempunyai rekod disiplin yang baik. 4.5 Prosedur Pemilihan

4.5.1 Pemilihan pelajar atau ahli berdasarkan borang permohonan dan pencalonan guru.

4.5.2 Pelajar yang dicalonkan akan menghadiri sesi temuduga yang akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilih.

4.5.3 Sekurang-kurangnya seorang pelajar daripada setiap kelas dan perlu memenuhi syarat ditetapkan.

4.5.4 Pelajar-pelajar yang terpilih akan dilantik oleh pihak sekolah.

4.5.5 Keutamaan diberi kepada pelajar yang tidak memegang sebarang jawatan badan khas lain di sekolah.

4.6 Kelayakan Minimum 4.6.1 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam perisian

grafik,multimedia dan laman web. 4.6.2 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam penyenggaraan

asas komputer. 4.6.3 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam melayari

internet dan menggunakan emel.

Page 4: kertas-kerja-KELAB BESTARI.docx

5.0 CARTA ORGANISASI

6.0 AKTIVITI BRIDGET BESTARIAktiviti Khusus

6.1 Mengadakan kursus dan latihan berkenaan ICT kepada ahli Bridget Bestari.

6.2 Membantu tugas-tugas guru tingkatan memasukkan data (yang dibenarkan).

6.3 Membantu menguruskan bilik operasi mengikut jadual. 6.4 Membantu penyenggaraan prasarana teknologi maklumat dan

komunikasi. 6.5 Membantu guru mata pelajaran semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran (SSMS). Aktiviti Sampingan

Page 5: kertas-kerja-KELAB BESTARI.docx

6.6 Membantu guru mendapatkan bahan-bahan yang sesuai bagi tujuan mengemas kini laman web sekolah.

6.7 Mendokumentasikan setiap aktiviti khas yang telah dijalankan oleh sekolah.

6.8 Membantu Guru Penyelaras Bestari sebagai penyampai maklumat untuk tetamu.

6.9 Membantu mengendalikan kursus asas literasi komputer kepada warga sekolah.

6.10 Membantu pengambilan gambar untuk profil pelajar. 6.11 Mengadakan lawatan ke sekolah lain bagi tujuan penanda aras.

7.0 PENUTUPBesarlah harapan kami agar kelab yang kami rancangkan ini beroleh sokongan dari semua pihak agar harapan kami untuk membangun, menambahbaik serta menceriakan makmal komputer ini tercapai hendaknya bagi memastikan semua warga sekolah mampu menggunakan kemudahan makmal komputer secara lebih kompeten.

Di Sediakan Oleh :

…………………………………………..

(Muhammad Syafiq Bin Jahari)Guru Penyelaras Bestari Dan ICTSekolah Kebangsaan Sungai Rusa

Page 6: kertas-kerja-KELAB BESTARI.docx