Kertas Kerja Kelas Rancangan Khas 2

download Kertas Kerja Kelas Rancangan Khas 2

of 5

description

untuk rujukan penyelaras kelas rancanagn khas

Transcript of Kertas Kerja Kelas Rancangan Khas 2

UNIT KELAS RANCANGAN KHASSMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)72200 BATU KIKIRNEGERI SEMBILAN

KERTAS CADANGANKEM MENGGILAP PERMATAKELAS RANCANGAN KHAS (KRK)TAHUN 2015

Disediakan oleh:UNIT KELAS RANCANGAN KHAS SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)PROGRAM MENGGILAP PERMATA PT3 20151.0 PENGENALANKecemerlangan akademik umumnya dan peperiksaan amnya merupakan impian bagi setiap murid. Bagi mencapai kecemerlangan tersebut bukan sahaja memerlukan kerajinan dan usaha yang gigih tetapi perlu diiringi dengan strategi belajar dan teknik menjawab soalan yang berkesan bagi setiap mata pelajaran. Melalui pengetahuan dan kemahiran tersebut, murid-murid hanya menggunakan tenaga dan masa yang minimum tetapi memberikan hasil yang maksimum.

Oleh itu, pendedahan berkaitan format dan bentuk soalan peperiksaan PT3 perlu didedahkan kepada murid-murid sebagai persediaan mereka untuk menduduki peperiksaan dan menampah kejayaan yang diidam-idamkan.

2.0 MATLAMATProgram Menggilap Permata PT3 2015 bermatlamat membantu murid-murid Kelas Rancangan Khas (KRK) menilai kendiri disamping membantu mereka memahami dan menguasai kemahiran belajar setiap mata pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PT3 20153.0 OBJEKTIFI. Melahirkan murid-murid KRK yang aktif dan berdaya saing.II. Murid-murid mendapat rangsangan untuk mencipta kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 2015.III. Pelajar dapat menguasai kemahiran belajar setiap mata pelajaran untuk diaplikasikan dalam persediaan menghadapi PT3 2015.IV. Meningkat penghayatan kerohanian.V. Menyedar murid-murid mengenai harapan, impian dan pengorbanan ibu bapa dan guru-guru.VI. Meningkatkan tahap keprihatinan setiap warga sekolah agar bersama-sama berusaha gigih meningkatkan kecemerlangan murid-murid KRK.VII. Memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk bersama-sama memastikan kecemerlangan murid-murid KRK.4.0 SASARANSeramai 53 pelajar Tingkatan 3G dan 3H5.0 TEMPATKompleks Rakan Muda, Bandar Seri Jempol, N.Sembilan6.0 TARIKH30 Mei 1 Jun 2015 (Sabtu Isnin)7.0 JAWATANKUASAPengerusi: Pn.Hjh Norhayati binti Mat Nor (Pengetua)Naib Pengerusi: Pn.Hjh Fatimah binti Wan Abdullah (GPK Akademik & Pentadbiran)Penyelaras: Cik Siti Noorul Ain binti Idrus (Penyelaras KRK)Setiausaha: Pn.Dewi Naiwan binti Hashim (Setiausaha KRK)Bendahari: Pn. Halimatun Saadiah binti Mohd Yunus Urusetia : Pn. Anita binti Shaari (GKMP Sains & Matematik) Pn. Hjh Masnorita binti A.Malik (GKMP Bahasa) Pn.Hjh Habibah binti Omar (GKMP Kemanusiaan) Pn. Salina binti Ramli (GKMP Teknik dan Vokasional)Pn. Siti Fatimah binti Hashim (Kaunselor)Kem Komandan: Cik Siti Noorrul Ain binti IdrusAhli JawatankuasaPendaftaran: Pn. Halimatun Saadiah binti Mohd Yunus Kerohanian: En. Khairul Azidi bin IshakTempat & Peralatan: Pn. Dewi Naiwan binti HashimFotografi : Cik Siti Noorrul Ain binti IdrusBuku Program: Pn. Dewi Naiwan binti HashimRiadah: Cik Aida Irena binti RasdiPn. Noor Hafida binti HamdanKecemerlangan: En. Khairul Azidi bin IshakBahasa Inggeris:Pn. Khairani binti Mohd Sappri:Pn. Mardiah binti Ali:Pn. Erie Surianti binti SalehKecemerlangan: Pn. Nur Huda binti Sajot En. Mohd Anas bin SapuanSains: Pn. Halimatun Saadiah binti Mohd Yunus: Pn. Dewi Naiwan binti HashimKecemerlangan: En. Mohd Asri bin KamarudinMatematik: Cik Siti Noorrul Ain binti Idrus: Pn. Rozihan binti Samsuri: Cik Theesha A/P Thiruvengidam8.0 TENTATIF PROGRAMRujuk lampiran9.0 IMPLIKASI KEWANGAN9.1 Perbelanjaani. Makanana. Makanan peserta (RM36.00 X 53 orang)= RM 1908.00b. Makanan AJK (RM36.00 X 10 orang)= RM 360.00ii. Penginapan & Dewan = RM 700.00iii. Bahan Edaran = RM 100.00JUMLAH = RM 3068.009.2 Pendapatani. Peserta ( RM 20.00 X 53 orang)= RM 1060.00ii. Sumbangan Sekolah = RM 1500.00iii. Tabung Ihsan KRK = RM 508.00JUMLAH = RM 3068.00

10.0 KESIMPULAN

Program Menggilap Permata KRK 2015 ini diharapkan dapat membantu murid-murid tingkatan 3 KRK agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan PT3 2015. Usaha gigih daripada semua pihak terutamanya murid-murid KRK sendiri akan dapat meningkatkan peratusan dan pencapaian akademik pelajar-pelajar KRK dari segi kualiti.

Disediakan oleh,

_______________________________(Dewi Naiwan binti Hashim)Setiausaha Program Menggilap Permata KRK 2015SMK Batu Kikir (Model Khas)

Disemak oleh,

_______________________________ (Siti Noorrul Ain binti Idrus)Penyelaras Program Menggilap Permata KRK 2015SMK Batu Kikir (Model Khas)

Disahkan untuk diluluskan/ diluluskan dengan pindahan/ tidak diluluskan

________________________________(Hjh. Norhayati binti Mat Nor)PengetuaSMK Batu Kikir (Model Khas)