Kertas Kerja Kelas Tambahan-upsr

4
PROGRAM MENYEMAI HARAPAN SPM 2009 1.0 PENGENALAN Program Menyemai Harapan bertujuan supaya pelajar-pelajar lemah dapat menilai kendiri di samping membantu mereka memahami dan menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu agar memperoleh keputusan yang lebih baik dalam SPM nanti. 2.0 MATLAMAT Program Menyemai Harapan 2009 adalah untuk meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Bahasa Melayu dari 79% to 86% dari segi kuantiti dan kualiti dalam peperiksaan SPM 2009. 3.0 OBJEKTIF 1. Pelajar lemah dapat memahami mata pelajaran mereka untuk sekurang-kurangnya mendapat gred lulus. 4.0 PERANCANGAN AKTIVITI 1. Pelajar dibahagikan dalam dua kelompok iaitu Harapan A yang terdiri daripada semua pelajar yang mendapat kurang dari 30% dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 dan Harapan B yang terdiri daripada semua pelajar yang mendapat kurang daripada 30% dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 kelas Tingkatan 5 Perdagangan sahaja. 2. Aktiviti yang dirancangkan merupakan bengkel untuk menjawab soalan KOMSAS dan juga bengkel untuk menjawab soalan rumusan/ karangan. 3. Pelajar akan dipecahkan kepada empat/lima pelajar dalam setiap kumpulan. Pelajar berbincang dalam

description

kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Kelas Tambahan-upsr

Page 1: Kertas Kerja Kelas Tambahan-upsr

PROGRAM MENYEMAI HARAPAN SPM 2009

1.0 PENGENALAN

Program Menyemai Harapan bertujuan supaya pelajar-pelajar lemah dapat menilai kendiri di samping membantu mereka memahami dan menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu agar memperoleh keputusan yang lebih baik dalam SPM nanti.

2.0 MATLAMAT

Program Menyemai Harapan 2009 adalah untuk meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Bahasa Melayu dari 79% to 86% dari segi kuantiti dan kualiti dalam peperiksaan SPM 2009.

3.0 OBJEKTIF

1. Pelajar lemah dapat memahami mata pelajaran mereka untuk sekurang-kurangnya mendapat gred lulus.

4.0 PERANCANGAN AKTIVITI

1. Pelajar dibahagikan dalam dua kelompok iaitu Harapan A yang terdiri daripada semua pelajar yang mendapat kurang dari 30% dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 dan Harapan B yang terdiri daripada semua pelajar yang mendapat kurang daripada 30% dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 kelas Tingkatan 5 Perdagangan sahaja.

2. Aktiviti yang dirancangkan merupakan bengkel untuk menjawab

soalan KOMSAS dan juga bengkel untuk menjawab soalan rumusan/ karangan.

3. Pelajar akan dipecahkan kepada empat/lima pelajar dalam setiap kumpulan. Pelajar berbincang dalam kumpulan masing-masing di bawah pengawasan guru Bahasa Melayu Tingkatan 4/5 yang menjadi fasilitator..

5.0 SASARAN

Pelajar Tingkatan Lima kelas Tingkatan 5 Akaun, 5 Perdagangan dan 5 MPV yang mencapai kurang dari 30% dalam Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4.

Page 2: Kertas Kerja Kelas Tambahan-upsr

6.0 TEMPAT

1. Pelajar Harapan A ditempatkan di dewan sekolah.

2. Pelajar Harapan B ditempatkan di bilik media.

7.0 TARIKH

20 APRIL 2009 HINGGA 23 JULAI 2009

8.0 MASA

1. Harapan A (Khamis, 1.10 - 2.10 ptg)

2. Harapan B (Selasa, 1.10 – 2.10 ptg)

9.0 JAWATANKUASA

Penasihat: Puan Hajah Maznah Bt Bahadon (Pengetua)

Pengerusi: En. Abdul Rahman B Abdul Majid Khan (PK Pentadbiran)

Penyelaras: Cik Oh Saw Khim (Guru Kanan Bahasa)

Setiausaha: Pn Naripa bt Hussin (Ketua Panitia BM)

Pn. Setiausaha: Pn Rosniza bt Harun (Kaunselor)

AJK: 1. Cik Rohana bt Sulaiman (Guru Kanan Kemanusiaan/guru BM) 2. En Ahmad Nazri Abdul Sukor (Guru BM)

10.0 PELAKSANAAN

Program dilaksanakan

11.0 JADUAL PELAKSANAAN

(Jadual program seperti Lampiran)

12.0 SUMBER DAN PERBELANJAAN

1. Bahan edaran untuk setiap pelajar disediakan oleh guru yang menjadi AJK mata pelajaran.

Page 3: Kertas Kerja Kelas Tambahan-upsr

2. Kos kertas/ bahan tulis/ fail pelajar sumbangan pelajar sebanyak RM5 seorang.

JUMLAH KUTIPAN RM220.00

13.0 KESIMPULAN

Program Menyemai Harapan ini diharapkan dapat membantu pelajar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM 2009. Usaha gigih daripada semua pihak terutamanya Tuan Pengetua, Puan Hajah Maznah adalah bertujuan untuk meningkatkan peratusan dan pencapaian akademik SMK Malim Nawar.

Disediakan oleh,

………………………………………..……OH SAW KHIMPenyelaras Program Menyemai Harapan SPM 2009,SMK MALIM NAWAR, PERAK

Disahkan oleh,

…………………………………………….PN HJH MAZNAH BT BAHADONPengetua,SMK MALIM NAWAR, PERAK.