Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

8
KERTAS KERJA KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN DAN JATI DIRI MURID MELAYU PMR & SPM SMK JINJANG 2013 ANJURAN: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1

Transcript of Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

Page 1: Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

KERTAS KERJA

KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN DAN JATI DIRI MURID MELAYU

PMR & SPM SMK JINJANG 2013

ANJURAN:UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAMSMK JINJANG KUALA LUMPUR

1

Page 2: Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Pendidikan

Islam, SMK JINJANG untuk memohon kelulusan dan peruntukan kewangan daripada Tuan

Pengetua bagi mengadakan Kem Motivasi Kecemerlangan dan Jati Diri Murid Melayu

PMR & SPM 2013.

PENGENALAN

Program Motivasi Kecemerlangan dan Jati Diri adalah program yang digabungkan dalam

membantu murid-murid yang bakal menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini adalah julung kalinya dijalankan

bagi murid-murid Melayu SMK Jinjang dan buat kali pertama dijalankan di luar kawasan

sekolah bagi memberi satu suasana pembelajaran baru kepada murid-murid. Pembentukan

dan pengekalan sahsiah yang baik amatlah penting bagi mempersiapkan diri setiap murid

yang menyertai kem ini bagi membantu mereka pada masa hadapan. Justeru, pendekatan

yang akan digunakan di dalam program ini diharap dapat memberi panduan dan

mengukuhkan jati diri murid agar menjadi anak bangsa yang berjaya.

MATLAMAT

Menyediakan program permulaan kepada perubahan kendiri, pembentukan jati diri seiring

dengan keperluan syariat dengan menekankan pembangunan kendiri, kesedaran yang

tinggi, pengurusan dan tanggungjawab sebenar sebagai manusia, anak dan pelajar. Hal Ini

disebabkan oleh keadaan semasa murid-murid Melayu di sekolah ini kurang mengambil

berat tentang tanggungjawab sebagai seorang anak dan murid.

Selain itu, ia juga bertujuan sebagai proses membangunkan kemahiran-kemahiran tersebut

yang sudah ada dalam diri murid supaya dapat direalisasikan dengan lebih bermakna,

efektif, memberi ruang dan peluang melalui aktiviti yang disediakan secara terpimpin.

Seterusnya akan mampu meninggalkan impak positif kepada sekolah, masyarakat dan

negara.

2

Page 3: Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

OBJEKTIF KHUSUS

Selepas kursus ini pelajar dapat:

1. Menganalisis potensi diri sebagai seorang insan yang diciptakan oleh Al

2. lah sebagai sebaik-baik kejadian

3. Memahami bahawa kemenjadian diri adalah terbit dari sahsiah, tingkahlaku dan asas

agama.

4. Memahami konsep-konsep seperti jati diri, semangat berpasukan, pengurusan ibadah

dan kesedaran untuk merubah tingkahlaku yang tidak betul.

5. Mendorong kesedaran dan keinginan melakukan perubahan yang baik terhadap diri

sendiri.

6. Membentuk rangka tindakan untuk menerbitkan sikap yang betul dalam proses

mendorong pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah.

NAMA PROGRAM

Kem Motivasi Kecemerlangan dan Jati Diri Murid Melayu PMR & SPM.

TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh : 16 MAC HINGGA 17 MAC 2013

Tempat : DR CAMPSITE BATU 18 HULU LANGAT

SASARAN

Murid Melayu tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah

(PMR) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) yang terdiri daripada gabungan semua

murid baik dari segi akademik, sederhana serta berisiko mempunyai rekod disiplin, sahsiah

dan tingkahlaku. Kem ini mensasarkan murid lelaki dan perempuan seramai 80 orang

TENTATIF PROGRAM

Lampiran A

3

Page 4: Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Lau Jit Yeow (Pengetua)

Timbalan Pengerusi : Puan Tian Lee Yuan (Pen. Kanan HEM)

Naib Pengerusi : Puan Goon Siauyen (Pen. Kanan Akademik)

Puan Tiew Geok Bee (Pen. Kanan Petang)

Puan Baljit Kaur (Pen. Kanan Tingkatan 6)

Encik Musa bin Mohamed Yusof (Pen. Kanan

Kokurikulum)

Setiausaha : Pn. Ang Yoke Yan

Naib Setiausaha : Pn Qudralailah Safahasmi bt Mohamad Salleh

Cik Norlida Idrus

Cik Wong Yoke Pin

Encik Hafizan bin Awang Ten

JAWATANKUASA PELAKSANA :

Penyelaras : Cik Norlida Idrus

Bendahari : Puan Qudralailah Safahasmi bt Mohamad Salleh

Naib Bendahari : Puan Habsah binti Md . Usop

Ketua Jurulatih : Encik Hafizan bin Ten Awang

Ketua Disiplin : Encik Mirza Mohd Fawwaz bin Faizan Beg

JK Aktiviti : Encik Hasmadi bin Amzat

Man Team Resources

JK Jamuan : Puan Norhayati binti Yassin

Fotografi & Dokumentasi : Cik Nurul Suraya binti Ba’adin

Penceramah : Encik Hafizan bin Ten Awang

Man Team Resources

Fasilitator : Encik Mohd Ridzuan bin Mohd Zain

Man Team Resources

ANGGARAN BELANJAWAN

4

Page 5: Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH

1. Makanan 80 orang x RM 25.00 RM 2,000

2. Pengangkutan 2 buah bas x RM600.00 RM 1,200

3. Penginapan 80 orang x RM 20.00 RM 1,600

4. Aktiviti dan Peralatan 80 orang x RM5.00 RM 400.00

5. Penceramah jemputan 1 Orang x RM 400.00 RM 400.00

6. Jururulatih , Fasilitator 10 Orang x RM 120.00 RM 1,200

JUMLAH RM 6,800.00

PERUNTUKAN KEWANGAN

Bil Sumber Anggaran Jumlah (RM)

1. PCG Kaunseling 1,200 1,200.00

2. Sumbangan Murid 80 Orang x RM60 RM 4,800.00

3. Sumbangan Panitia Agama Islam

80 Orang x RM10 RM 800.00

Jumlah RM 6,800.00

PENUTUP

5

Page 6: Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

Usaha murni secara berterusan yang serius serta sokongan padu amatlah diperlukan bagi menentukan bahawa program yang akan dilaksanakan ini berkualiti dan benar-benar memberi manfaat besar kepada individu pelajar golongan sasar. Ini adalah selaras dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah peribadi mantap yang mampu membuat perubahan seterusnya memberi kesan yang besar kepada diri sendiri, warga sekolah, masyarakat dan agama.

Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

(NORLIDA IDRUS)Penyelaras Kem Motivasi KecemerlanganDan Jati Diri Murid Melayu SPM &PMRSMK Jinjang Kuala Lumpur

( LAU JIT YEOW) Pengetua SMK Jinjang Kuala Lumpur

6

Page 7: Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

Lampiran A

TENTATIF PROGRAM KECEMERLANGAN MOTIVASI DAN JATI DIRI

MURID MELAYU PMR &S PM 2013

HARI PERTAMA

Masa Program Catatan0800 Ketibaan peserta dan Taklimat0830 Ceramah 1 – Tugas & Tanggungjawab

(TNT)Teori tugasan

1030 Minpa1100 LDK 1 – Pembentukan Kumpulan Kerjasama1200 LDK 2 – Membentuk Keyakinan Diri Keyakinan Diri1300 MakTen / Solat Zohor1400 LDK 3 – Komunikasi Berkesan Komunikasi1530 LDK 4 – Pancaindera Konsentrasi1630 MinPet1700 LDK 5 – Game Station Latihan Fizikal & Mental1830 Khidmat Diri / MakMal / Solat Maghrib2000 LDK 6 – Debat Parlimen Pengucapan Awam2200 Solat Isyak2245 LDK 7 – Ikrar Perwira Setiakawan0000 LDK 8 – Night Walk Jati diri

HARI KEDUA

Masa Program Catatan0600 Solat Subuh / Tazkirah0700 LDK 9 – Istiadat Pagi Disiplin0800 Sarapan0830 Khidmat Diri0900 LDK 10 – Menara Pangsa Fokus1030 LDK 11 – Blind Trail Berdikari1130 LDK 12 – Barisan Kita Matlamat1300 MakTen / Khidmat Diri / Solat Zohor1500 Rumusan1530 Penutup1600 Bersurai

7

Page 8: Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

8