Kertas kerja-kem-solat. 2014

6
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR DARAT 84010 MUAR JOHOR DARUL TAKZIM KERTAS KERJA siri 1 & 2 ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DI BAWAH PROGRAM j-QAF TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR DARAT, MUAR TEMA :

Transcript of Kertas kerja-kem-solat. 2014

Page 1: Kertas kerja-kem-solat. 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR DARAT84010 MUAR

JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA

siri 1 & 2

ANJURAN:PANITIA PENDIDIKAN ISLAMDI BAWAH PROGRAM j-QAF

TEMPAT :SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR DARAT, MUAR

TEMA :“IBADAH CEMERLANG PELAJAR GEMILANG”

PENDAHULUAN

Page 2: Kertas kerja-kem-solat. 2014

Program Kem Bestari Solat merupakan satu bentuk aktiviti ko-kurikulum bagi murid

Tahun 1 hingga Tahun 6. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek solat di

kalangan pelajar. Pelaksanaan seawal umur 7 - 9 tahun adalah bertepatan dengan

ajaran al-Quran dan al-Sunnah dan di peringkat usia 10 tahun adalah sebagai latihan

ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah di kalangan murid-murid.

MATLAMAT

Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun 1 hingga

Tahun 6 mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan

seharian dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan

penghayatan solat.

OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan

rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan

2. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan

betul dan lancar

3. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat

berjemaah

4. Murid dapat melafaz Azan dan Iqamah dengan betul

5. Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fadhu sebagai

ibadat yang wajib dalam kehidupan harian

6. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama

ada solat secara bersendirian ataupun berjemaah

TARIKH PELAKSANAAN

Page 3: Kertas kerja-kem-solat. 2014

KELAS SIRI 1 SIRI 2

TAHUN 115 Mac 2014 26 April 2014

TAHUN 2

TAHUN 3 8 Februari 2014 19 April 2014

TAHUN 4 22 Februari 2014 9 Mei 2014

TAHUN 5 25 Januari 2014 17 Mei 2014

TAHUN 6 8 Mac 2014 12 April 2014

KUMPULAN SASARAN

Tahun 1 – 20 orang

Tahun 2 – 19 orang

Tahun 3 – 19 orang

Tahun 4 – 27 orang

Tahun 5 – 15 orang

Tahun 6 – 33 orang

Jumlah = 133 orang

KEWANGAN

1. Peruntukan Kementerian

2. Kutipan Kegiatan Pendidikan Agama Islam

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS

1 Makan minum peserta Kem Bestari Solat Siri 1&2 seramai 133 orang

RM 412.30

(*) Peruntukan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En Juanda bin Shariff ( Guru Besar )

Page 4: Kertas kerja-kem-solat. 2014

Pen. Penasihat 1 : En Nasruddin Shah bin Jamal (GPK Kokurikulum) Pen. Penasihat 2 : En Sarajuddin bin Mohd Yusof ( GPK Pentadbiran )

Pen. Penasihat 3 : Tn Hj Sedek bin Nasir ( GPK Hal Ehwal Murid )

Pengerusi : Pn Norhaiza bt Mohd Nor

Setiausaha : Pn Hasmida bt Hassan Ashari

Penyelaras Program : En Majdi bin Sulaiman

Bendahari : En Mohd Sobri bin Sapari

AJK : Pn Hjh Rosni bt Ibrahim

: Pn Salbiah bt Monil

: En Mohd Dramanti Santri bin Rohani

PENUTUP

Semoga program yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Diharapkan juga program ini dapat mencapai matlamat dan objektif seperti yang telah

ditetapkan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa warga pendidik yang

terlibat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………....... ...............................................(PN NORHASMIDA BT HASSAN ASHARI) (PN NORHAIZA BT MOHD NOR) Setiausaha KBS 2014 Ketua Panitia Pend.Islam 2014

Disahkan oleh,

....................................................