Kertas Kerja Kem Ujian Lencana Pkk

8
KERTAS KERJA KEM UJIAN LENCANA KERIS GANGSA, KERIS PERAK DAN KERIS EMAS PENGAKAP KANAK-KANAK SEKOLAH KEBANGSAAN JENDERAM HILIR TAHUN 2015

description

PKK

Transcript of Kertas Kerja Kem Ujian Lencana Pkk

Page 1: Kertas Kerja Kem Ujian Lencana Pkk

KERTAS KERJAKEM UJIAN

LENCANA KERIS GANGSA, KERIS PERAK DAN KERIS EMAS

PENGAKAP KANAK-KANAKSEKOLAH KEBANGSAAN

JENDERAM HILIRTAHUN 2015

Page 2: Kertas Kerja Kem Ujian Lencana Pkk

PENDAHULUANBahagian Latihan dan Program Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah

menyatakan bahawa Pengakap Kanak-Kanak merupakan satu unit asas bagi

seseorang apabila menyertai Pergerakan Pengakap. Unit Pengakap Kanak-

Kanak (PKK) mempunyai satu bentuk latihan yang menyeluruh, bersepadu dan

memberikan penekanan yang lebih kepada kemahiran asas. Latihan pengayaan

pengetahuan berdasarkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor.

Skim Latihan PKK meliputi 2 kategori lencana yang utama iaitu Lencana

Kemajuan dan Lencana Kepandaian. Skim Lencana Kemajuan merupakan

lencana teras yang perlu dicapai oleh setiap ahli PKK. Jesteru itu, Kem Lencana

Keris Gangsa, Keris Perak dan Keris Emas ini adalah salah satu daripada

Aktivtiti Tahunan Pengakap yang dianjurkan oleh Pergerakan Pengakap SK

Jenderam Hilir selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang

ingin melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelektual melalui penyertaan dalam bidang ko-kurikulum.

MATLAMATMatlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan

dengan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam diri setiap murid. Ia juga

bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan

mental setiap ahli PKK. Pelbagai aktiviti telah disusun dalam program ini agar

sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan serta diaplikasi dalam

menempuh cabaran yang mendatang.

OBJEKTIF1. Melahirkan individu yang berwibawa dan berdisiplin.

2. Membentuk semangat dan keyakinan diri.

3. Menilai kemahiran Ilmu Pengakap yang dipelajari oleh ahli Pengakap.

Page 3: Kertas Kerja Kem Ujian Lencana Pkk

4. Memberi pengiktirafan kepada ahli yang berjaya di dalam Ujian Lencana

Kemajuan dan Lencana Kepandaian.

5. Memberi peluang kepada ahli Pengakap merasai pengalaman sebenar

dalam menyertai program kepimpinan.

KUMPULAN SASARAN Peserta : Ahli Pengakap Kanak-Kanak Tahun 4, Tahun 5 dan

Tahun 6 yang telah menyiapkan Buku Log

dengan sempurna.

Jumlah Peserta : ____ orang

Jumlah Fasilitator : ____ orang

BAYARAN PENYERTAANRM ________ bagi setiap peserta

TARIKH CADANGAN Tarikh : 4 Oktober 2015.

Hari : Ahad

Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

TEMPATPadang Sekolah Kebangsaan Jenderam Hilir

Page 4: Kertas Kerja Kem Ujian Lencana Pkk

JAWATANKUASA PELAKSANAPenaung : Puan Norlaili binti Mohd Noor (Guru Besar)

Penasihat : Puan Siti Saadah binti Mukrim (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi : Encik Jamal bin Hj. Mohd Salleh (GPK Pentadbiran)

: Puan Hjh. Zakiah binti Mohamad Jaman (GPK Hal Ehwal

Murid)

Penyelaras : Encik Mohd Zainurin bin Md Yasin

Ketua Kem : Puan Masliza binti Mokhtar (Pemimpin Kump. Pengakap)

Pendaftaran : Puan Noor Adliah binti Amirudin

Makanan : Puan Raja Maya Azhana binti Raja Mansor

Sijil / Cenderamata : Puan Haslina binti Ismail

Alatan : Encik Zainor bin Hj. Daud

Jurugambar : Encik Muhammad Shahrom bin Shafie

Fasilitator : Awang Mohammad Shahfiq bin Awang Seman

: Muhammad Haziq bin Abd Aziz

: Tan Kuan Tee

: Loke Chiew Horng

: Francisca Jonis

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Anggaran1.

2.

3.

Makan dan minum peserta dan fasilitator

1.1 Minum pagi RM X orang

1.2 Makan tengahari RM X orang

1.3 Minum petang RM X orang

Lencana Kemajuan RM X orang

Cenderahati Fasilitator RM X orang

RM 00.00

RM 00.00

RM 00.00

RM 00.00

RM 00.00

Jumlah Keseluruhan RM 000.00

Page 5: Kertas Kerja Kem Ujian Lencana Pkk

TENTATIF PROGRAM8.00 pagi : Pendaftaran peserta dan fasilitator

8.30 pagi : Istiadat Laung Agung dan Istiadat Menaikkan Bendera

Pemeriksaan Pakaian

Taklimat daripada Ketua Kem

8.45 pagi : Latihan Asas Kawad Kaki

9.00 pagi : Sistem Pangkalan - Teori dan Penilaian

Pangkalan 1 (Keris Gangsa) - Isyarat Sult Pengakap

Pangkalan 2 (Keris Perak) - Isyarat Wisel

10.00 pagi : Ikatan dan Simpulan

Buku Sila

Bunga Geti

Simpul Sentak

10.30 pagi : REHAT10.45 pagi : Sistem Pengkalan - Teori dan Penilaian

Pangkalan 1 (Keris Gangsa) - Pertolongan Cemas

Pangkalan 2 (Keris Perak) - Pertolongan Cemas

‘First Aid’

11.15 agi : Ujian Lencana Kepandaian - Kegemaran

Pangkalan 1 - Kraftangan (Penanda Buku / Anyaman)

Pangkalan 2 - Koleksi Hobi

12.15 tengahari : Nyanyian

12.30 engahari : MAKAN TENGAHARI / SOLAT ZOHOR2.00 petang : Ujian dan Penilaian - Ikatan dan Simpulan

Pengkalan 1 (Keris Gangsa) - Ikatan Buku Sila

Pengkalan 2 (Keris Perak) - Buku Sila / Bunga Geti /

Simpul Sentak

3.00 petang : Teori dan Praktikal

Memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera

4.00 petang : Nyanyian dan Permainan

4.30 petang : Penutup dan Istiadat Menurunkan Bendera

Page 6: Kertas Kerja Kem Ujian Lencana Pkk

Disediakan oleh:

……………………………………

(PUAN MASLIZA BINTI MOKHTAR)

Pemimpin Kumpulan Pengakap

SK Jenderam Hilir

Disemak oleh:

…………………………………….

(PUAN SITI SAADAH BINTI MUKRIM)

GPK Kokurikulum

SK Jenderam Hilir

Disahkan oleh:

…………………………………….

(PUAN NORLAILI BINTI MOHD NOOR)

Guru Besar

SK Jenderam Hilir