Kertas Kerja Kempen Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan (Group D)

6
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KERTAS CADANGAN KEMPEN DERMA DARAH DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN TARIKH : 6 DISEMBER 2014 TEMPAT : DEWAN SERI TANJUNG UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ANJURAN : KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM CMP2011 KUMPULAN D

Transcript of Kertas Kerja Kempen Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan (Group D)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS CADANGANKEMPEN DERMA DARAH DAN PEMERIKSAAN KESIHATANTARIKH :

6 DISEMBER 2014TEMPAT :DEWAN SERI TANJUNGUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISANJURAN :

KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUMCMP2011 KUMPULAN DDENGAN KERJASAMAPUSAT KOKURIKULUM1.0 Pendahuluan

Kegiatan kokurikulum merupakan kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Disamping mengukuhkan pengetahuan yang sedia ada, kegiatan luar bilik darjah ini boleh menggalakkan perkembangan sahsiah dan personaliti pelajar untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab, mempunyai jatidiri, berdaya saing dan berwawasan. Justeru atas dasar ini pelajar-pelajar kursus CMP2011 Pengurusan Kokurikulum Kumpulan D mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan dengan kerajasama pihak Tabung Darah Negara Kuala Lumpur bagi menampung tabung darah yang semakin berkurangan. Kempen Derma darah dan pemeriksaan Kesihatan yang dianjurkan ini sememangnya dapat memantapkan sahsiah dan perkembangan minda peserta dan diharapkan aktiviti ini dapat membentuk pelajar yang lebih berkeyakinan dan berilmu dan sekaligus dapat menjulang nama universiti.

2.0 Tujuan

Mendapat kelulusan program termasuk mendapat bantuan kewangan dari Pusat Kokurikulum bagi menampung perbelanjaan menjalankan aktiviti. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial disamping memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam aktiviti menderma darah sambil beribadat serta membantu kepada mereka yang memerlukankannya.

3.0 Objektif

3.1 Memenuhi keperluan syarat untuk kursus CMP2011 Pengurusan Kokurikulum Kumpulan D3.2 Memupuk minat mahasiswa/i berkecimpung dalam aktiviti kokurikulum

3.3 Menjalin semangat perpaduan dan hubungan yang lebih erat diantara mahasiswa/i melalui aktiviti pengurusan kokurikulum

4.0 Anjuran

Pelajar-pelajar kursus CMP2011 Pengurusan Kokurikulum Kumpulan D semester 1 sesi 2014/20155.0 Tarikh, Masa & Tempat

Tarikh

: 6 Disember 2014Masa

: 8.30 pagi 2.00 petangTempat: Dewan Seri Tanjung

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

6.0 Peralatan6.1 Semua peralatan bagi menjalankan program ini akan menggunakan peralatan Tabung Darah Negara,peralatan dari Jabatan Pengurusan dan Harta Benda Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris.7.0 Senarai Jawatankuasa Aktiviti

Nama

Jawatankuasa

Khairil Aman Bin KamaruzamanPengerusi

Eracee Anak AlipSetiausaha

Nur Haiza Binti IzharBendahari

Siti Farhana Binti RamliPersiapan Tempat

Mohd Nashrin Bin Nor HalimTeknikal

Sharoiren Wecerley WalingAktiviti

Abdul Fazil Bin Abd RahmanPendaftaran

Quraisah Binti Abdul HamidMakanan

Nazree Bin MunirPDI

Nur Hazirah Binti Zainal Abidin3K

8.0 Tentatif Program

6 Disember 20148.30 pagi 8.50 pagi

Pelajar berkumpul dan sesi pendaftaran9.00 pagi

Ucapan Pengerusi Majlis9.15 pagiUcapan Perasmian Oleh Dr Azali Rahmat Pengarah Pusat Kokurikulum

9.30 pagi 2.00 petangProgram Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan9.0 Implikasi KewanganBilButiranJumlah (RM)

1.Tempahan Benner bagi jawatankuasa promosi RM 300.00

2.Tempahan sijil RM 240.00

3.Cenderamata bagi jawatankuasa pengurusan aktiviti, perasmian dan Kumpulan Tabung Darah NegaraRM 360.00

4.Hadiah bagi pertandingan kuiz sempena Kempen Derma darah dan Pemeriksaan Kesihatan RM 250.00

5.Perbelanjaan urusetia dan dokumentasiRM 100.00

6.Perbelanjaan Air Mineral bagi pelajar dan tetamuRM 250.00

7.Jamuan Perasmian dan persediaan makan tengahari bagi kumpulan Tabung Darah negaraRM 250.00

JUMLAH KESELURUHANRM 1750.00

10.0 Penutup

Diharapkan dengan adanya kursus seumpama ini para pelajar lebih menghayati ilmu dan dapat mempraktikkan bila keadaan memerlukan dan secara tidak langsung sebagai bekalan yang berguna bila di sekolah kelak.

Disediakan oleh :KHAIRIL AMAN BIN KAMARUZAMANPengerusi

Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan KesihatanKursus Pengurusan Kokurikulum (Kumpulan D)Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim Perak

Tandatangan : ....................................Tarikh : .....................................

Disemak oleh :

ANIZAN BIN MD. NOORPensyarah Kursus Pengurusan Kokurikulum (Group D)

Tandatangan : .............................................

Tarikh : .............................................

Diperakukan oleh :

MOHD SYAHDAN BIN MOHAMAD SALEHPenolong PendaftarPusat Kokurikulum

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim Perak

Tandatangan : .............................................

Tarikh : ..............................................

Diluluskan oleh :Dr. Azali b Rahmat

Pengarah Pusat Kokurikulum

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim Perak

Tandatangan : .............................................

Tarikh : .............................................