Kertas Kerja Kempen Jom Ke Sekolah 2011

4
SMK BANDAR BARU SERI PETALING JALAN RADIN, BDR BARU SERI PETALING 57000, KUALA LUMPUR. KERTAS KERJA KEMPEN JOM KE SEKOLAH 2011 ANJURAN BERSAMA: LEMBAGA DISIPLIN, JAWATANKUASA GURU TINGKATAN & UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

description

kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Kempen Jom Ke Sekolah 2011

Page 1: Kertas Kerja Kempen Jom Ke Sekolah 2011

SMK BANDAR BARU SERI PETALINGJALAN RADIN, BDR BARU SERI PETALING

57000, KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJAKEMPEN JOM KE SEKOLAH

2011

ANJURAN BERSAMA:

LEMBAGA DISIPLIN,JAWATANKUASA GURU TINGKATAN

&UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

WEA 0218

Page 2: Kertas Kerja Kempen Jom Ke Sekolah 2011

1.0 PENDAHULUAN

Kehadiran ke sekolah merupakan satu kriteria penting dalam menentukan kecemerlangan sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan bahawa kehadiran murid ke sekolah harus diberi perhatian sepanjang tahun.

2.0 RASIONAL

Kadar kehadiran murid ke sekolah yang semakin merosot khususnya di SMKBBSP menjadi satu cabaran dalam merealisasikan Visi sekolah iaitu “ SMK Bandar Baru Seri Petaling Menuju Puncak Kecemerlangan 2013.” Sehubungan itu, kempen ‘Jom ke Sekolah’ dapat member satu focus dan ha tuju dalam menangani gejala ponteng dan ketidakhadiran murid ke sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1Menimbulkan minat dan daya tarikan supaya murid rajin ke sekolah.3.2Memupuk semangat cintakan sekolah.3.3Memastikan mesej dalam aktiviti ‘Jom ke Sekolah’ dapat dihayati oleh murid-

murid dilaksanakan sepenuhnya.3.4Memastikan kehadiran murid ke sekolah mencapai 90%.

4.0 TEMA

“Saya Hadir Penuh ke Sekolah” “Saya Suka Pergi Sekolah” “Di Sekolah Macam-Macam Ada” “Saya Sayang Sekolah”

5.0 SASARAN PROGRAM

Program ini melibatkan semua murid di SMKBBSP.

6.0 TEMPOH MASA

Perhimpunan rasmi minggu kedua persekolahan

Page 3: Kertas Kerja Kempen Jom Ke Sekolah 2011

7.0 KAEDAH

7.1Majlis pelancaran disempurnakan oleh pengetua sekolah pada minggu kedua persekolahan.

7.2Pembacaan Ikrar ‘Jom ke Sekolah’7.3Anugerah kelas kehadiran penuh setiap bulan.7.4Perakuan dan tanda tangan murid.

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN

8.1Sumber Pendapatan:

8.1.1 PIBG8.1.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling

8.2Anggaran perbelanjaan:

8.2.1 Banner 1 × RM 100.00 = RM 100.008.2.2 Kertas Laminate 1 kota = RM 50.008.2.3 Anugerah Kehadiran Penuh 100 × RM 1.50 = RM 150.008.2.4 Bahan/Alat-alat tulis = RM 50.00

Jumlah = RM 350.00

9.0 PENUTUP

Kempen ‘Jom ke Sekolah’ merupakan satu langkah proaktif sekolah dalam menangani masalah ketidakhadiran murid ke sekolah yang semakin meruncing. Berkat kerjasama semua pihak dalam melaksanakan kempen ini diharapkan dapat memberikan satu impak dalam kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2011.