kertas kerja khemah

download kertas kerja khemah

of 3

Transcript of kertas kerja khemah

KERTAS KERJA PERMOHONAN SUMBANGAN KHEMAH, KERUSI DAN MEJA

1.0 PENGENALAN Jalan Tekukur Bandar Putra merupakan taman yang terletak di Bandar Putra Kulaijaya. Taman ini mula didiami sekitar akhir tahun 2006. Taman ini didiami sekitar 1500 penduduk oleh pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh Persatuan penduduk sejak tahun 2006 hingga sekarang. Antara aktiviti yang telah dijalankan secara konsisten setiap tahun ialah Program Jamuan Jalinan Mesra, Hari Keluarga, Gotong Royong Perdana, Pertandingan Sukan, Program Kacau Dodol, Hari Ibu, Hari Bapa, Jamuan Hari Raya dan Hari Keluarga. Program-program yang diatur ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dan menyemai semangat bergotong-royong. Masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini adalah kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Dana terpaksa dikumpul melalui sumbangan penduduk untuk menyediakan khemah, kerusi dan meja dan PA Sistem. 2.0 MASALAH DIHADAPI 2.1 Mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyewa peralatan. 2.2 Kesukaran untuk meminta sumbangan daripada penduduk untuk menampung kos peralatan 2.3 Tiada pihak yang ingin membantu membeli atau memberi sumbangan 2.0 SUMBANGAN YANG DIPOHON Antara kemudahan yang ingin dipohon ialah: a. 2 buah Khemah b. 60 kerusi plastik c. 20 meja

3.0 OBJEKTIF 3.1 Memudahkan penduduk menjalankan lebih banyak aktiviti di taman. 3.2 Mengurangkan kos sewaanyang terpaksa di tanggung oleh penduduk. 3.3 Membantu persatuan untuk memperoleh wang tambahan melalui sewaan peralatan yang diperoleh. 4.0 MATLAMAT Memastikan aktiviti yang direncanakan dapat dijalankan sepanjang tahun dan konsisten dengan kos yang berpatutan. 5.0 KUMPULAN SASARAN Semua penduduk Jalan Tekukur 6.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN 6.1 Banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh penduduk Jalan Tekukur. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah: a. Gotong Royong Perdana b. Hari Ibu c. Hari Bapa d. Jamuan Jalinan Mesra e. Hari Keluarga f. Program Kacau Dodol g. Yassin perdana h. Jamuan Hari Raya i. Marharban Perdana Sila rujuk lampiran

DI Sediakan Oleh ..

Disahkan Oleh

(MOHAMED KHAIRUL BIN MOHAMED AMIN) IBRAHIM) Setiausaha Persatuan Penduduk Jalan Tekukur Penduduk Jalan Tekukur

(MIZAN

BIN

Pengerusi Persatuan