KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT PSK TINGKATAN 1

download KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT PSK TINGKATAN 1

of 6

Transcript of KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT PSK TINGKATAN 1

  • 7/30/2019 KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT PSK TINGKATAN 1

    1/6

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SABAN

    KERTAS KERJA

    PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATPENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

    TEMA:

    HIDUP BERMASYARAKAT

    SEKOLAH CERIA, PELAJARCEMERLANG

    TARIKH:

    MEISEPTEMBER 2013

    (SABTU)

    MASA:

    09.00 PG11.00 PG

    TEMPAT:

    SMK TUN SABAN

    ANJURAN:

    PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

    SMK TUN SABAN

    PENGKALAN HULU, PERAK

  • 7/30/2019 KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT PSK TINGKATAN 1

    2/6

    1.0 PENGENALAN

    Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang

    memerlukan penglibatan pelajar secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti.

    Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan

    imej diri, sekolah dan komuniti.

    Melalui Khidmat Masyarakat ini, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan nilai

    sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Pelajar juga dapat merasakan

    dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini

    palajar dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi

    sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

    Program Sekolah Ceria, Pelajar Cemerlang ini adalah berdasarkan tema Hidup

    Bermasyarakat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Program

    ini merupakan aktiviti menceriakan kawasan sekolah termasuk aktiviti gotong royong kawasan

    sekolah, membersihkan bilik-bilik utama, menanam pokok dan melukis mural. Tema program

    Sekolah Ceria, Pelajar Cemerlang dipilih bersesuaian dengan kandungan program ini yang

    dirancang bagi membolehkan pelajar mengaplikasikan unsur-unsur permuafakatan, semangat

    kekitaan dan perpaduan yang telah diajar dalam kelas melalui tema berkenaan ke lapangan yang

    sebenar. Program ini dilihat penting bagi mewujudkan komuniti sekolah yang bersatu padu dalam

    membawa misi sekolah ke tahap yang ditetapkan.

    Program ini disasarkan kepada pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga 4 mengikut jadual

    program (secara bergilir) seperti yang ditetapkan. Program ini juga memberi peluang kepada

    pelajar tingkatan 1 dan 2 untuk mendapatkan band yang baik dan tertinggi dalam Pentaksiaran

    Berasaskan Sekolah (PBS). Program ini dijangka dapat memberi pengetahuan tentang

    kepentingan mengamalkan hidup bermasyarakat dalam suasana sekolah yang ceria dan sihat.

    Malamat ini dijangka dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. Justeru, adalah

    diharapkan program ini akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua pihak

    memandangkan ia akan memberi impak positif ke dalam dii pelajar-pelajar tersebut.

  • 7/30/2019 KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT PSK TINGKATAN 1

    3/6

    2.0 MATLAMAT PROGRAM

    1) Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luarbilik darjah.

    2) Memberi sumbangan kepada komuniti sekolah.3) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap sekolah,

    masyarakat dan negara.

    3.0 CADANGAN AKTIVITI

    Tingkatan Tarik Perlaksanaan Aktiviti yang dicadangkan

    1 18 Mei 2013 Membersihkan bilik

    makmal-makmal sains

    2

    22 Jun 2013 Membersihkan dan

    mengecat makmal sains

    dan kawasan sekolah

    3

    Program selepas PMR

    (akan ditetapkan)

    Membersihkan dan

    mencerikan kawasan

    sekolah (menanam pokok)

    4

    September 2013Melukis Mural

    4.0 TUJUAN

    i. Kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan persetujuan daripada pihakpentadbir sekolah bagi melaksanakan Program Sekolah Ceria, Pelajar Cemerlang

    dibawah Tema Hidup Bermasyarakat bagi Mata pelajaran Pendidikan Sivik danKewarganegaraan.

    ii. Kertas kerja ini juga disediakan bagi memohon peruntukan kewangan daripada pihaksekolah dan mendapat apa jua bentuk kerjasama.

    5.0 KUMPULAN SASARAN

    Pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 4 SMK Tun Saban.

  • 7/30/2019 KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT PSK TINGKATAN 1

    4/6

    6.0 TENTATIF PROGRAM

    9.30 pagi - Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan mengikut kelas

    - Ambil kehadiran (Tingkatan 1 dan 2)

    - Nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah

    - Taklimat dan pembahagian kumpulan

    9.40 pagi - Pelajar bergerak ke tempat yang ditetapkan

    11.00 pagi - Rehat / makan tengah hari dan bersurai

    7.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

    Penasihat : Pn. NurAdilah binti Ilyas (Ketua Panitia PSK)

    Pengarah : Mansor Alansori bin Mohd Amin

    Penolong Pengarah : Nor Fakhitah binti Sobri

    Setiausaha : Safikah binti Mustaffa

    Bendahari : Shobnaa a/p Tinagaran

    AJK :

    i) Publisiti : Yvonne Pon Hui Yi

    ii) Keceriaan : Nor Ismahani binti Zonkifli

    iii) Kebersihan : Muhamad Syuhairie Aidil bin Abdullah Sani

    iv) Keselamatan : Muhammad Zulfaqar bin Zakaria

    v) Dokumentasi : Brian Steven a/l Thevandra Naidu

    vi) Makanan : Suraya bt Mohd Taib

    v) Disiplin : Semua guru mata pelajaran PSK

  • 7/30/2019 KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT PSK TINGKATAN 1

    5/6

    8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

    BIL PERKARA ANGGARAN

    PERBELANJAAN

    JUMLAH CATATAN

    1 Makanan Pelajar

    Ting.1 : 182 orang x RM3.50 RM637.00

    RM637.00

    2 Cat Pelaka RM18.50 x 13 tong RM240.50

    3 Cat dinding (shine) RM63 x 4 tong RM252.00

    4 Cat dinding (biasa) RM38 x 1 tong RM38.00

    4 Berus untuk mengecat

    - Berus roler (panjang)- Berus roler 4- Berus 1- Berus 1.5- Berus 2- Paint Tray

    RM6.80 x 4

    RM5.80 x 2

    RM 1 x 2RM 1.50 x 3

    RM 2 x 4

    RM3.50 x 3

    RM27.20

    RM11.60

    RM2.00RM4.50

    RM8.00

    RM10.50

    5 Berus Sawang RM8.50 x 2 RM17.00

    6 Tuala Good Morning RM1 x 10 RM10.00

    JUMLAH BESAR RM 1258.30

    9.0 PENUTUPDiharapkan program ini mendapat sokongan, kelulusan dan kerjasama daripada pihak sekolah.

    Semoga program ini akan benar-benar memenuhi matlamat dan objektif khidmat masyarakat.

    Selain itu, program ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar yang terlibat supaya

    memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperolehi ke arah membentuk sahsiah yang cemerlang

    dan dapat menyumbangkan khidmat bakti serta tenaga kepada komuniti sekolah.

    Disediakan oleh, Disemak oleh,

    ...................................... ..........................................

    (SAFIKAH BINTI MUSTAFA) (NURADILAH BINTI ILYAS)

    Setiausaha Program Khidmat Masyarakat Ketua Panitia PSK

    SMK Tun Saban. SMK Tun Saban

    Disemak semula oleh, Disahkan oleh,

    ....................................... .................................................

    (LUKMAN BIN SHUKRI SAGHIRI) (HJ ABD WAHID B. RAMLI)

    Guru Kanan Kemanusiaan PengetuaSMK Tun Saban SMK Tun Saban

  • 7/30/2019 KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT PSK TINGKATAN 1

    6/6