Kertas Kerja Kumpulan

6
KERTAS KERJA KURSUS BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2 IPGKBL Tajuk: Khidmat Masyarakat di Pusat Orang Buta, Jalan Ong Tiang Swee, Kuching, Sarawak 1.Pengenalan Seiringi dengan hasrat pement!"an m#da$ insan g!r! ini% K!rs!s Bina Insan G!r! (BIG) m!$a diper"ena$"an da$am Latihan Perg!r!an Praper"hidmatan pada tah!n 2&&' !$ai tah!n 2&&* p!$a% pr#gram ini m!$a dimas!""an da$am s!"atan pr#gram $atihan perg!r!an praper"hidmatan di Instit!t Pendidi"an G!r! se$!r!h a$a+sia Sem!a pe$a,ar Pr#gram I,a-ah Sar,ana !da Perg!r!an .engan Kep!,ian di/a,i"an ter$iat da$am pr#gram terse!t Pr#ses peminaan insan g!r! di$ihat dari aspe" "esedaran aha/a pr#0esi#n "eg!r!an ada$ah m!$ia Insan g!r! ada$ah pemina generasi 1emer$ang% pement!" ,ati diri dan men,adi s!ri te$adan "epada mas+ara"at J!ster!% g!r! har!s mamp! men+es!ai"an diri da$am sem!a "eadaan dan sit!asi serta mamp! menangani 1aaran era g$#a$isasi dan s#si#$isasi Pr#gram ini diharap"an dapat me$ahir"an g!r! g!r! +ang !"an saha,a "a+a dengan i$m! ni$ai diri dan seter!sn+adapat mempersiap"an diri da$am pement!"an "!a$iti insan g!r! 1 PIS P SAINS A BILAN JUN 2&'3

description

BIG

Transcript of Kertas Kerja Kumpulan

KERTAS KERJA KURSUS BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2 IPGKBLTajuk: Khidmat Masyarakat di Pusat Orang Buta, Jalan Ong Tiang Swee, Kuching, Sarawak

1.0 Pengenalan Seiringi dengan hasrat pembentukan modal insan guru ini, Kursus Bina Insan Guru (BIG) mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan Praperkhidmatan pada tahun 2001. Mulai tahun 2005 pula, program ini mula dimasukkan dalam sukatan program latihan perguruan praperkhidmatan di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia. Semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian diwajibkan terlibat dalam program tersebut.Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada masyarakat. Justeru, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi serta mampu menangani cabaran era globalisasi dan sosiolisasi. Program ini diharapkan dapat melahirkan guru-guru yang bukan sahaja kaya dengan ilmu nilai diri dan seterusnya dapat mempersiapkan diri dalam pembentukan kualiti insan guru.

Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan ataupun output yang berguna. Bagi guru, khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan guru. Bukan itu sahaja, malahan dengan perancangan khidmat masyarakat yang sempurna sama ada di dalam sekolah atau luar sekolah akan dapat memberikan impak kepada guru itu sendiri khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen kepada masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional.

2.0 Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Pembinaan insan gurumerupakan usaha yang berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara.

3.0 Objektif AktivitiProgram ini merupakan satu usaha pencetus dalam usaha membina insan guru yang berakhlak mulia, mempunyai ketahanan dan kekuatan fizikal dan mental, mempunyai semangat perjuangan yang tinggi, memberi kebaikan kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai kegunaan melalui program BIG ini. Dengan ini, pelajar dapat mencapai objektif seperti berikut:1. Berupaya mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, rohani dan sosial.2. Berupaya menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.3. Boleh menyenaraikan keperluan kemahiran berfikiran asas tinggi (KBAT) dalam menganalisis masalah atau situasi.4. Berupaya merumus atau bertindak kepada persekitaran secara positif yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. 5. Berupaya merancang dan melaksanakan, memimpin program, bekerjasama mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

4.0 Jadual PelaksanaanTarikh: 14 Februari 2015Hari : Sabtu

5.0 TempatKursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 ini akan dilangsungkan di Pusat Orang Buta, Jalan Ong Tiang Swee, Kuching Sarawak.

6.0 Kumpulan SasaranKursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 ini akan melibatkan 58 orang guru pelatih daripada 3 kumpulan pengajian iaitu PISMP PA Ambilan Jun 2014, PISMP SEJ Ambilan Jun 2014 dan PISMP SN Ambilan Jun 2014.

7.0 Jawatankuasa KecilPengerusi : Lau Liik SiongTimbalan Pengerusi : Ng Hui MeiSetiausaha : Tan Sze Joo Timbalan Setiausaha : Wong Seng HuiBendahari : Chang Phui ChengTimbalan Bendahari : Julian Chieng Siang LinJK Publisiti: 1) Low Jun Wen2) Kong Xi Wen 3) Yii Tiu ChingJK Cenderahati : 1) Catherine Ngui You Ling 2) Chiung Huei Yee 3) Michelle Ngui Yun NingJK Makanan : 1) Wong Leh King 2) Kwan Yung Shen 3) Suzanna Liong Mei Liang JK Peralatan : 1) Chan Chun Meng 2) Andrew Sia Chou YangJK Kebajikan: 1) Wong Hou Ming 2) Yii Suei Ling 3) Wong Ying Ying Jurugambar: Alan Bong Chung Leong

8.0 Senarai Nama Peserta KumpulanBilNamaJantinaNo. KpNo. MatriksNo. TelefonCatatan

1.Alan Bong Chung LeongL950506-13-544720130600501116055377

2.Andrew Sia Chou YangL950412-13-58252013060080198379493

3.Catherine Ngui You LingP950629-13-58502013060110168594547

4.Chan Chun MengL950114-07-53692013060120147596417

5.Chang Phui ChengL950110-12-55092013060130128185906

6.Chiung Huei YeeP950407-04-55262013060140163458419

7.Julian Chieng Siang LinL951112-13-58792013060200198258755

8.Kong Xi Wen P950224-13-607020130602101119361788

9.Kwan Yung ShenP951118-12-62362013060220165098867

10.Lau Liik SiongL951209-13-61492013060230168164129

11.Low Jun Wen L951025-04-54292013060240172968553

12.Michelle Ngui Yun NingP940616-13-53262013060250146890042

13.Ng Hui MeiP950919-04-50602013060550166553805

14.Suzanna Liong Mee LiangP940501-13-54142013060540138430031

15.Tan Sze JooP950223-13-52602013060410165775121

16.Wong Hou Ming P951116-13-58762013060610168960737

17.Wong Leh KingP940517-13-58302013060500109850783

18.Wong Seng HuiP950218-13-60582013060420165778941

19.Wong Ying YingP941007-13-58782013060430168993922

20.Yii Suei LingP950404-13-62622013060440128979975

21.Yii Tiu ChingP950113-13-58762013060450146850728

9.0 PenutupMelalui program ini diharapkan semua guru pelatih dapat menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan menjadi seorang guru yang berjaya pada masa hadapan. Sesungguhnya program seperti ini dapat memantapkan lagi keyakinan dalam membentuk jati diri seseorang dan melahirkan guru pelatih yang mampu berdaya saing menuju kecemerlangan. Dengan adanya program ini dapat memupuk dan mengeratkan silaturahim sesama insan. Program khidmat masyarakat ini juga dapat membentuk peribadi dan sahsiah para guru yang mulia dalam diri setiap orang. Sebagai contohnya, bekerjasama, bertolak ansur, kasih sayang, berdikari, bertanggungjawab dan sebagainya. Semangat kerjasama turut dapat disemai dan diwujudkan bagi menjana satu formula ke arah mempertingkatkan penglibatan serta sumbangan kepada anggota dan masyarakat umum dalam mencapai kecemerlangan pendidikan yang berterusan, ketinggian akhlak serta kesepaduan ilmu, iman dan amal.

Disediakan oleh,Disokong Oleh,

___________________(TAN SZE JOO) (LAU LIIK SIONG)Setiausaha BIG Fasa 2,Pengerusi BIG Fasa 2,Kumpulan PISMP SN Ambilan Kumpulan PISMP SN AmbilanJun 2014, Jun 2014,IPG Kampus Batu Lintang.IPG Kampus Batu Lintang.6PISMP SAINS AMBILAN JUN 2014