Kertas Kerja Lawatan 2013 Melaka

7
SMK BANDAR TASIK SELATAN 57000 KUALA LUMPUR KERTAS CADANGAN AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR ANJURAN : KELAB FALAK SMK BANDAR TASIK SELATAN TAHUN 2013

description

Kertas Kerja Lawatan 2013 Melaka

Transcript of Kertas Kerja Lawatan 2013 Melaka

SMK BANDAR TASIK SELATAN57000 KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGANAKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

ANJURAN :KELAB FALAK SMK BANDAR TASIK SELATANTAHUN 2013

TEMPAT :MELAKA BANDAR BERSEJARAH

KERTAS CADANGANAKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

1.0 PENGENALAN

Lawatan sambil belajar merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat berfaedah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar. Oleh yang demikian, Kelab Falak SMK Bandar Tasik Selatan merancang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan bandar Melaka. Ini bagi memupuk dan menarik minat para pelajar terhadap bidang ilmu falak yang pernah menjadi kegemilangan tamadun Islam serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui sejarah negara dengan melawat berbagai-bagai tempat menarik di bandar Melaka. Hasil daripada lawatan ini, pelajar akan memperoleh pengalaman serta ilmu pengetahuan baru yang berguna kepada mereka.

2.0 OBJEKTIF

2.1.Menanam kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan ilmu falak dan sejarah negara.

2.2.Pelajar dapat belajar secara hands-on dengan melihat serta melakukan sendiri aktiviti pencerapan objek-objek di langit serta menyaksikan sendiri tinggalan sejarah negara.

2.3.Pelajar dapat merakam, mengkaji, mencuba serta menyertai aktiviti yang diadakan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan di tempat-tempat bersejarah di bandar Melaka.

2.4.Menanam rasa kesyukuran serta kagum dengan ciptaan dan kekuasaan Allah.

2.5.Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli kelab dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan.

3.0 MATLAMAT

Adalah diharapkan lawatan sambil belajar ini dapat :

3.1.Memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai ilmu falak dan kepentingannya.

3.2.Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dalam melaksanakan aktiviti.

3.3.Meluaskan pandangan dan pemikiran para pelajar mengenai keunikan dan kepentingan ilmu falak dalam Islam serta Melahirkan generasi pewaris kegemilangan ilmu falak di masa hadapan.

3.4.Memupuk semangat cintakan negara dengan menghargai dan menghayati sejarah Malaysia.

3.5.Memupuk sikap bekerjasama, bertanggungjawab dan prihatin sepanjang lawatan diadakan.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh

:20 April 2013

Hari

:Sabtu

Tempat

:Kompleks Falak Al-Khawarizmi,Kg Balik Batu, Tanjung Bidara,78300 Masjid Tanah, Melaka

Masa

:7.00 pagi 9.oo malam

5.0 KUMPULAN SASARAN

Seramai 40 orang ahli Kelab Falak sesi pagi dan petang serta dua orang guru penasihat kelab.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARASUMBERKOSRM

1Sewa BasDana Kelab FalakSumbangan BaitulmalRM 550.00 550.00

Peruntukan dariKokurikulumRM 350.00 350.00

JumlahRM 900.00

BILPERKARASUMBERKOSRM

1Sewa BasDana Kelab FalakSumbangan BaitulmalRM 550.00550.00

(bas besar)

Peruntukan dari Kokurikulum

RM 350.00350.00

Jumlah RM 900.00

BILPERKARASUMBERKOSRM

1.Sewa BasDana Kelab Falak Sumbangan BaitulmalRM 550.00 (bas besar)550.00

Duit KokurikulumRM 350.00350.00

2.Sarapan PagiDibayar oleh pelajarRM 3.00 x 40 orang100.00

3.Makan TengahariDibayar oleh pelajarRM 5.00 x 40 orang200.00

4.Minum PetangDibayar oleh pelajarRM 3.00 x 40 orang100.00

5.Makan Malam

Dibayar oleh pelajarRM 5.00 x 40 orang200.00

6.Bayaran MasukDibayar oleh pelajarRM 1.00 x 40 orang40.00

7.Tiket TayanganDibayar oleh pelajarRM 3.00 x 40 orang120.00

JUMLAHRM 1,660.00

7.0 TENTATIF PROGRAM

6.45 pagi:Pelajar bersarapan pagi di kantin sekolah

7.00 pagi:Bertolak dari sekolah ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi

9.30 pagi:Tiba di Kompleks Falak Al-Khawarizmi

9.45 pagi:Lawatan bermula dan pelajar menyertai pertandingan sempena Sambutan Sedekad Kompleks Falak Al-Khawarizmi

11.00 pagi:Menonton tayangan filem 3D

1.00 petang:Makan tengahari dan solat di Surau Kompleks Falak Al-Khawarizmi

2.00 petang:Bertolak ke Bandar Melaka

3.00 petang:Tiba di Bandar Melaka dan lawatan bermula

6.00 petang:Lawatan tamat dan bertolak pulang ke sekolah

7.30 malam:Makan malam dan solat dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) lebuhraya

9.00 malam:Tiba di sekolah

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan segala aktiviti yang dirancang akan berjaya dilaksanakan dengan kerjasama dan bantuan semua guru, ahli Kelab Falak SMK Bandar Tasik Selatan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Dengan aktiviti ini diharapkan ahli kelab akan mendapat manfaat dan membentuk jiwa pewaris generasi celik falak dan dapat membentuk semangat bagi mengembalikan kegemilangan ilmu falak di masa hadapan. Diharap pelajar juga dapat mengambil iktibar daripada sejarah Malaysia dan menanam semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi.

Disediakan oleh,

( KHADIJAH BT ABDULLAH )GURU PENASIHAT KELAB FALAK

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

WANG BAITULMAL YANG TELAH DIGUNAKAN SEHINGGA JUN 2012

1.Sewa bas ke planetariumRM 250.002.Makanan pelajar ke PlanetariumRM 225.003.Sewa bas ke MelakaRM 500.00

Oktober 2012

3.TeleskopRM 2,030.00 4.Tongkat Istiwa & Rubuk MujaiyabRM 190.005.Program kaji bintangRM 100.00

Februari 2013

6.makanan kursus falakRM 150.00