KERTAS KERJA LAWATAN

download KERTAS KERJA LAWATAN

of 5

description

lawatan...

Transcript of KERTAS KERJA LAWATAN

Institut Pendidikan Guru Kebitaraan Sukan Kampus Tun Abdul Razak.

KERTAS KERJA LAWATANKE SEKOLAH - SEKOLAH PENDIDIKAN KHASINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK,KOTA SAMARAHAN

1.0PENDAHULUAN

Murid murid Pendidikan Khas adalah kanak kanak yang telah dikenalpasti oleh pakar professional, separa perubatan dan juga guru guru di Sekolah Pendidikan Khas yang mana mereka ini mengalami masalah pembelajaran yang boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana dan juga serius. Kategori ini adalah mengikut darjah ketidakupayaan kefungsian seperti berikut :

a. Kebolehan kognitifb. Perkembangan tingkah laku sosialc. Penguasaan bacaand. Penguasaan lisane. Kemahiran matematikf. Kemahiran kendirig. Keusahawananh. Kebolehan penglihatani. Kebolehan pendengaran

Lawatan pula merupakan sebuah program pembelajaran yang berlaku secara tidak formal. Pembelajaran melalui pendekatan pengalaman iaitu konsep melawat sambil belajar amatlah digalakkan kerana ia menggunakan deria pendengaran, penglihatan, sentuhan, menghidu dan deria rasa. Melalui lawatan, ia boleh membantu murid murid meningkatkan rasa ingin tahu, membuat kajian, analisis dan meneroka tentang sesuatu perkara baru yang mereka temui. Program lawatan ini juga mampu memupuk sikap positif dalam kalangan murid murid berkeperluan khas ( orang kelainan upaya yang istimewa) dengan mengenepikan perasaan rendah diri, rasa cemas dan was was sehingga mereka mampu mengatasi segala masalah dan kesulitan yang timbul yang akhirnya mereka dapat berdikari.

Menyedari bahawa aktiviti lawatan ini berupaya membentuk sahsiah guru secara amnya, maka diharapkan program yang dirancang akan dapat mencapai hasrat dan objektif, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga Falsafah Pendidikan Guru.

2.0RASIONAL

Sehubungan dengan ini, Kumpulan Guru Pelatih Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2010 bagi Semester 6 pada kali ini telah bersepakat dan mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan ke Sekolah Sekolah Pendidikan Khas yang berada di sekitar kawasan Kuching dan Samarahan bagi merealisasikan hasrat ingin melahirkan guru yang berpandangan progresif dan saintifik serta membentuk pembangunan individu guru itu sendiri supaya bersedia untuk menggalas cabaran dalam mengendalikan murid murid pendidikan khas dan lawatan ini memenuhi kehendak sukatan pelajaran bagi semester ini dan juga kerja kursus yang berasaskan projek dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani Suaian dengan kod kursusnya ialah PJM 3114.

3.0OBJEKTIF LAWATAN

3.1Meningkatkan pengetahuan guru pelatih berkaitan perjalanan sistem pentadbiran Unit Pendidikan Khas di Sekolah dan tumpuan khusus kepada cara pengendalian murid murid kurang upaya semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian berlangsung.

3.2Memberi pengalaman dan peluang kepada guru pelatih untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian mengikut keadaan sebenar.

3.3Meningkatkan pengetahuan melalui perkongsian ilmu bersama dengan Guru Pendidikan Khas yang berpengalaman dan berkemahiran.

3.4Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru pelatih dengan pihak sekolah khususnya Bahagian Penyeliaan Pendidikan Khas di sekolah.

4.0TARIKH, HARI, MASA DAN TEMPAT

Tarikh:18 Julai 2012Hari:RabuMasa:8.30 pagiTempat : Rujuk Lampiran 1.

5.0SASARAN

Guru Pelatih PISMP Pendidikan Jasmani Semester 6 Ambilan Januari 2010 seramai 22 orang.

6.0JAWATANKUASA KERJA LAWATANPenasihat: Puan Salmi Binti Hj. Lilek Pensyarah Pembimbing subjek PJM 3114

Pengerusi: Muhammad Zul Hazmi Bin MajeniTimb. Pengerusi : Senorita Anak NgelambaiSetiausaha: Arrzahara Binti AffendiNaib Setiausaha: Norazman Bin RadoBendahari: Erick Lim Wee Lik

Jawatankuasa ProtokolJawatankuasa Pengangkutan

Mohd Hafiz Bin Mohd Razib Robert Houp Douglas Mohd Izzack Wisa Bin Mohd Wilson Stephen Anak Medan Randy Anak Latan Fredonia Bajik Laman Jenny Asong Saging Franklin Harisson Anak Sampai Siti Azariah Binti Sabir Tiong Kim Yew

Jawatankuasa FotografiJawatankuasa Buku Program

Timothy Lim Norazman Bin Rado Ahmad Nurqamar Bin Mohamad Hafizharfani Bin Jemain Linford Christie Anak James Cook

Mohamad Khaidiruddin Bin Abdullah Sani

Jawatankuasa CenderahatiJawatankuasa Makanan

Mohd Hafiz Bin Mohd Razib Abdul Halim Bin Md Isa

7.0TENTATIF LAWATAN

7.30 pagi:Berkumpul di Kafeteria Institut7.45 pagi:Bertolak ke Sekolah Pendidikan Khas8.30 pagi:Tiba di Sekolah Pendidikan Khas:Taklimat Bersama Guru Penyelia Pendidikan Khas:Lawatan ke Sekitar Kawasan Sekolah:Pemerhatian Sesi P & P Pendidikan Jasmani Suaian:Amali Pengajaran Mikro Pendidikan Jasmani Suaian:Sesi Refleksi Bersama Guru Pembimbing:Majlis Penutupan:Makan Tengah Hari:Bersurai