KERTAS KERJA LAWATAN

6
1.0 TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk menganjurkan Program Jejak Menara bagi tujuan meningkatkan rasa percaya diri, daya fokus pelajar serta ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN NANAS PEKAN NANAS, PONTIAN JOHOR. CADANGAN MENGADAKAN PROGRAM JEJAK MENARA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI.

description

lawatan kerjaya

Transcript of KERTAS KERJA LAWATAN

Page 1: KERTAS KERJA LAWATAN

CADANGAN MENGADAKAN PROGRAM

JEJAK MENARADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI.

ANJURAN :UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN NANASPEKAN NANAS, PONTIAN JOHOR.

Page 2: KERTAS KERJA LAWATAN

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk menganjurkan Program Jejak Menara bagi tujuan meningkatkan rasa percaya diri, daya fokus pelajar serta memberikan motivasi kepada anak-anak pelajar untuk menanamkan cita-cita belajar hingga ke Menara Gading.

2.0 LATAR BELAKANG

Program ini dilaksanakan atas kesedaran bahawa pentingnya pelajar untuk mengenali institut pengajian tinggi bagi memudahkan mereka untuk menanam cita-cita melanjutkan pelajaran ke Menara Gading. Selain daripada itu, golongan mahasiswa yang ada di dalam Universiti juga mempunyai tanggungjawab sosial kepada negara dan bangsa khususnya pelajar sekolah untuk berkongsi aspirasi dan pengalaman mereka di Universiti.

Melalui program seperti ini, selaras dengan teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu (1) Berpengetahuan, (2) Kemahiran Berfikir (3) Kemahiran Memimpin dapat dipernuhi dan diaplikasikan dalam kalangan para pelajar SK Pekan Nanas. Program ini juga boleh dijadikan sebagai satu medium penyaluran maklumat dan perkongsian ilmu antara Universiti yang terlibat dan sekolah.

Jesteru, Program Jejak Menara ini dapat dimanfaatkan kepada para pelajar sekolah dan graduan universiti bagi mendorong kedua-dua belah pihak untuk memajukan diri, melahirkan anak-anak yang berilmu dan berbudibahasa disamping memberi pendedahan kepada pelajar yang terpilih berkenaan persekitaran belajar di Universiti.3.0 OBJEKTIF

3.1 Memperkasakan bidang kokurikulum SK Pekan Nanas dengan memberikan pendedahan persekitaran pembelajaran di peringkat tinggi.

3.2 Memberi peluang kepada para pelajar untuk memperoleh pengalaman belajar di dalam Universiti.

3.3 Meningkatkan motivasi pelajar agar mempunyai cita-cita melanjutkan pelajaran ke Menara Gading.

3.4 Memberi peluang kepada para pelajar yang terpilih untuk merasai keriangan beraktiviti di Angry Bird Activity Park JB yang merupakan pertama di Malaysia.

Page 3: KERTAS KERJA LAWATAN

3.5 Menambah pengalaman para peserta dalam proses pembelajaran luar bilik darjah seterusnya dapat memberikan impak positif kepada peserta dalam kemahiran berinteraksi dan berdikari.

3.6 Menyokong pelajar untuk melatih kemahiran dwibahasa ketika berinteraksi dengan krew di Angry Bird Activity Park dan antara peserta (ada peserta individu datang dari Negara Singapura)

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 28 Mei 2015Tempoh : 7.30 pagi – 6.30 petangHarga : RM100/ pesertaPenyertaan : 40 orang Pelajar dan 4 orang Guru PengiringDisediakan : 3 kali makan (Sarapan, Makan Tengahari & Minum

Petang) Sijil Penyertaan Pengangkutan Insurans Berkelompok 20 orang Fasilitator (Mahasiswa/i UTM) Keperluan Aktiviti LDK di Universiti

5.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI TEMPAT7.30pg – 8.00pg Berkumpul SK Pekan Nanas8.00pg – 9.00pg Bergerak ke UTM Dalam Bas9.00pg – 11.00pg Taklimat & Ice Breaking

Bersama Mahasiswa UTMBilik Kuliah UTM

12.00th – 12.30th Bergerak ke JBCC12.30th – 1.00Ptg Taklimat pendidikan Oleh Crew

Angry Bird Activity Park JB1.00ptg – 1.30ptg Aktiviti (1) di dalam Angry Bird

Activity Park JB1.30ptg – 1.45ptg Makan Tengahari di KFC

menggunakan Baucer1.45ptg – 2.00ptg Solat di JBCC2.00ptg – 4.30ptg Aktiviti (2) di dalam Angry Bird

Activity Park JB2.00ptg – 4.30ptg

4.30ptg – 5.00ptg Solat Asar di JBCC 4.30ptg – 5.00ptg

Page 4: KERTAS KERJA LAWATAN

5.00ptg – 6.00ptg Minum Petang & Bergerak Pulang ke Sekolah

5.00ptg – 6.00ptg

6.0 ANGGARAN KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. Pengangkutan Sebuah bas RM 1000

2. Makan Peserta Pagi - RM4.00Tengahari - RM7.00Petang - RM4.00

RM15.00 x 40

RM600

3. Saguhati UTM,Sewa Dewan dan Peralatan

RM200

4. Tiket Masuk dan Aktiviti di Angry Bird Activity Park JB

RM55 x 40 RM2200

JUMLAH : RM4000.00

7.0 SENARAI NAMA PESERTALampiran 1

8.0 PENUTUP

Diharapkan Program Jejak Menara ini dapat meningkatkan rasa percaya diri, daya fokus pelajar serta memberikan motivasi kepada anak-anak pelajar untuk menanamkan cita-cita belajar hingga ke Menara Gading.

Page 5: KERTAS KERJA LAWATAN

Disediakan oleh :

......................................................(NOR ASMIRAH BINTI MAMAT)Guru Bimbingan dan Kaunseling,Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas.

Disemak oleh :

.............................................................(PN SALWA BT MOHAMAD SALLEH)Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas

Disahkan oleh :

..............................................................(PN HJH SANIAH BT MOHD KHALID)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas

Page 6: KERTAS KERJA LAWATAN