Kertas Kerja Lawatan Asrama Ke Terengganu 2015

6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ABDUL SAMAD 71500 TANJONG IPOH NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KERTAS KERJA : PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE Cameron Highland Tarikh : 13, 14, dan 15 November 2015 Tempat : Cameron Highland Anjuran : Asrama SMK Dato’ Abdul Samad

description

KERTAS KERJA LAWATAN

Transcript of Kertas Kerja Lawatan Asrama Ke Terengganu 2015

Page 1: Kertas Kerja Lawatan Asrama Ke Terengganu 2015

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ABDUL SAMAD 71500 TANJONG IPOH

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERTAS KERJA :

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJARKE

Cameron Highland

Tarikh : 13, 14, dan 15 November 2015Tempat : Cameron HighlandAnjuran : Asrama SMK Dato’ Abdul Samad

Page 2: Kertas Kerja Lawatan Asrama Ke Terengganu 2015

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE CAMERON HIGHLAND

1.0 PENDAHULUAN

Institusi Asrama sinonim sebagai tempat alternatif bagi pelajar untuk memfokuskan diri dalam proses pembelajaran dan bebas daripada gangguan-gangguan di rumah. Sehubungan dengan itu, mereka juga lebih terdedah kepada memahami teori semata-mata tanpa pendedahan kepada pengalaman sebenar. Oleh itu, Unit Asrama SMK Dato’ Abdul Samad akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Comeron Highland dengan harapan para pelajar ini boleh mempraktikkan ilmu teori mereka dalam kehidupan di samping dapat menimba pengalaman-pengalaman berguna dalam kehidupan mereka.

2.0 RASIONAL PROGRAM

a. Tahap kesedaran dalam diri masih boleh dibentuk dan dibina untuk melahirkan pelajar yang proaktif dalam tindakan mereka.

b. Perubahan tempat memberikan satu suasana baru dan membuka minda terhadap pelajar-pelajar.

c. Memberikan gambaran kemajuan Negara yang perlu dipertingkatkan lagi bagi generasi-generasi yang akan datang.

d. Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang teknologi dan pendidikan serta memenuhi kehendak bagi semua kumpulan pelajar berdasarkan minat.

3.0 MATLAMAT PROGRAM

a. Untuk menjadikan pelajar asrama adalah lebih berpotensi daripada pelajar yang tidak tinggal di asrama.

b. Untuk melahirkan pelajar asrama yang berpengetahuan tinggi dan berwawasan dalam mengharungi arus pembangunan yang pesat.

c. Untuk mengeratkan lagi tali silaturahim dan bersatu padu dalam apa jua program yang dilakukan di asrama.

d. Untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya pembangunan serta penghayatan sejarah dan keindahan Negara.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

a. Peserta boleh menerangkan dengan lebih terperinci tentang alam semulajadib. Peserta boleh mengaplikasikan teori yang dipelajari di sekolah dengan kehidupan

sebenar

Page 3: Kertas Kerja Lawatan Asrama Ke Terengganu 2015

5.0 KUMPULAN SASARAN

40 Pelajar Asrama SMK Dato’ Abdul Samad Tahun 2015 dan 4 orang guru pengiring. (Rujuk Lampiran 1)

6.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 13, 14 dan 15 November 2015Tempat : Comeron HighlandJadual Lawatan :

13 November 2015

Masa Aktiviti3.00 petang Bertolak ke Cameron Highland dari SMK Dato’ Abdul Samad8.00 malam Tiba di Cameron Highland dan Check In Hotel9.00 malam Rehat/tidur.

14 November 2015

Masa Aktiviti7.30 pagi – 8.30 pagi Sarapan8.30 pagi – 8.00 malam Lawatan ke mardi agro park cameron highlands

Lawatan ke ladang teh boh cameron highlandsLawatan ke Taman rama-rama Cameron Highland

8.00 malam Kembali ke hotel

15 November 2015

Masa Aktiviti7.30 pagi – 8.30 petang Sarapan8.30 Pagi Check – Out Hotel8.30 Pagi- 10.00 Pagi Lawatan “Bench-Making” ke Asrama SMK Tanah Rata10.00 Pagi- 2.00 Petang Lawatan ke strawberry farm2.00 Petang Bertolak balik ke SMK Dato’ Abdul Samad.

Page 4: Kertas Kerja Lawatan Asrama Ke Terengganu 2015

7.0 KEWANGAN – SUMBER PENDAPATAN

Peruntukan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah (Sewa Bas) RM 2000.00Kutipan pelajar RM 50.00 x 40 RM 2000.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 4000.00

8.0 KEWANGAN – ANGGARAN PERBELANJAANPerbelanjaan mengikut keperluan

Bil

Perkara Pengiraan Kos Perkepala Kos Keperluan Jumlah

1. Sewa Bas Sewa Bas RM 2000.00 RM 2000.00 RM 2000.002. Penginapan RM 25.00 x 2 hari = RM 50.00 RM 50.00 x 40 orang RM 2000.00Jumlah Keseluruhan RM 4000.00

9.0 PENILAIAN

Sepanjang lawatan berlangsung, para pelajar akan diberikan misi yang mesti dilaksanakan di tempat-tempat lawatan dan soalan-soalan yang perlu dijawab tentang tempat lawatan dalam kumpulan. Setiap misi dan jawapan akan dikutip di akhir lawatan dan akan dinilai. Misi yang Berjaya dilaksanakan berdasarkan kehendak soalan dan soalan yang Berjaya dijawab akan mendatangkan markah kepada kumpulan tersebut. Kumpulan yang Berjaya akan diberi hadiah di akhir lawatan.

10.0 Program ini diharapkan dapat menaikkan lagi semangat para pelajar asrama dan mendorong mereka kepada kecemerlangan yang berterusan.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh : Disahkan Oleh:

……………………………. ……………………………………….

Mohamad Shahir Bin Ismail