Kertas Kerja Lawatan Ke Zoo Taiping

6
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO DAN MUZIUM TAIPING ANJURAN: PRASEKOLAH ANNUR DAN PRASEKOLAH BINNAJAH SK SERI SIAKAP, SIMPANG TIGA, 34350 KUALA KURAU, PERAK PADA : 27 MEI 2014 TEMPAT: ZOO DAN MUZIUM TAIPING 1.0 PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti tahunan bagi Kelas Prasekolah Annur dan Prasekolah Binnajah. Program lawatan sambil belajar ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi murid – murid prasekolah yang mana murid – murid ini akan didedahkan dengan hidupan haiwan yang sebenar. Dengan itu, murid – murid prasekolah lebih memahami pembelajaran yang telah diajarkan dalam bilik darjah berkaitan tema haiwan. Lawatan kali ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid-murid berkaitan adat dan budaya masyarakat Malaysia dengan lawatan ke Muzium Taiping. Untuk menambah keseronokan murid-murid dalam lawatan ini, kami telah merancang untuk membawa mereka menaiki keretapi daripada stesen Keretapi Parit Buntar ke Stesen Keretapi Taiping. Dan daripada Stesen keretapi Taiping bas yang kami sewa akan

description

Kertas Kerja/ paper work

Transcript of Kertas Kerja Lawatan Ke Zoo Taiping

Page 1: Kertas Kerja Lawatan Ke Zoo Taiping

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO DAN MUZIUM TAIPING

ANJURAN:

PRASEKOLAH ANNUR DAN PRASEKOLAH BINNAJAH

SK SERI SIAKAP, SIMPANG TIGA, 34350 KUALA KURAU, PERAK

PADA :

27 MEI 2014

TEMPAT:

ZOO DAN MUZIUM TAIPING

1.0 PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti tahunan bagi Kelas Prasekolah

Annur dan Prasekolah Binnajah. Program lawatan sambil belajar ini merupakan

aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi murid – murid prasekolah yang mana

murid – murid ini akan didedahkan dengan hidupan haiwan yang sebenar. Dengan

itu, murid – murid prasekolah lebih memahami pembelajaran yang telah diajarkan

dalam bilik darjah berkaitan tema haiwan.

Lawatan kali ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid-

murid berkaitan adat dan budaya masyarakat Malaysia dengan lawatan ke Muzium

Taiping. Untuk menambah keseronokan murid-murid dalam lawatan ini, kami telah

merancang untuk membawa mereka menaiki keretapi daripada stesen Keretapi Parit

Buntar ke Stesen Keretapi Taiping. Dan daripada Stesen keretapi Taiping bas yang

kami sewa akan menunggu dan membawa kami ke Zoo Taiping. Adalah besar

harapan kami agar program ini akan berjalan dengan jayanya. Sesungguhnya

penyatuan idea dan tenaga dari pelbagai pihak mampu memberikan impak yang

positif bagi menjayakan niat murni ini.

Page 2: Kertas Kerja Lawatan Ke Zoo Taiping

2.0 OBJEKTIF

Program lawatan sambil belajar ini mempunyai objektif-objektif seperti yang berikut:

i) Mendedahkan murid prasekolah mengenai dunia sebenar hidupan haiwan

di zoo.

ii) Sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah.

iii) Memupuk minat belajar dan semangat ingin tahu mengenai hidupan liar.

3.0 RASIONAL

Perlaksanaan program ini tidak lain daripada memberi peluang kepada murid

murid Kelas Prasekolah ini memperolehi pembelajaran di luar bilik darjah dan

melihat persekitaran sebenar hidupan haiwan.

Program lawatan sambil belajar yang dirancang ini bukan sahaja boleh

menimbulkan minat belajar namun ianya mampu mewujudkan pembelajaran

berkesan dikalangan murid – murid prasekolah.

Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak penganjur sekiranya murid –

murid prasekolah SK Seri Siakap ini diberi peluang untuk merasai pembelajaran di

luar bilik darjah demi kebaikan murid – murid prasekolah dan juga pihak SK amnya.

4.0 KUMPULAN SASARAN

1. Warga Prasekolah SK Seri Siakap yang terdiri daripada :-

Seramai 50 orang murid

Seramai 2 orang guru prasekolah

Seramai 2 orang pembantu pengurusan murid

2. Seramai 3 orang guru pengiring tambahan

Page 3: Kertas Kerja Lawatan Ke Zoo Taiping

5.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tempat : Zoo Taiping Dan Muzium Taiping

Tarikh : 27 Mei 2014

6.0 ANJURAN

Kelas Prasekolah Annur dan Binnajah

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA LAWATAN

Penasihat : Pn Norbaizura bt Rahmat

Pengerusi : Pn. Norzakiah bt Md Kasa

Setiausaha : Pn Aryati Haini bt Samsudin

(Guru Prasekolah Annur)

Bendahari : Pn Zaiti bt Samad

(Guru Prasekolah Binnajah)

AJK : Pn .Noorshuheda bt Soed@Shuib

(PPM Prasekolah Annur)

Pn. Norazlina bt Masri

(PPM Prasekolah Binnajah)

Pn. Juliana bt Jusoh

(Guru PAI)

Page 4: Kertas Kerja Lawatan Ke Zoo Taiping

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan :

Kutipan Murid (RM 30 x 50 orang) = RM 1500.00

Sumbangan Guru- guru : RM 200.00

JUMLAH : RM 1700.00

Anggaran Perbelanjaan:

Pengangkutan bas : RM 450.00Pengangkutan keretapi :

1. kanak-kanak 10 x 50 RM 500.002. Dewasa 12 x 7 RM 84.00

Makan Minum : 4 x 57 RM 228.00Tiket : RM 260.00Kecemasan : RM 178.00JUMLAH: RM 1700.00

9.0 SENARAI PESERTA LAWATAN

Rujuk lampiran A

10.0 JADUAL AKTIVITI / TENTATIF PROGRAM

7.30 Pagi Berkumpul Di Sk Seri Siakap

7.45 Pagi Menaiki Bas Ke Stesen Keretapi Parit Buntar

8.30 Pagi Menaiki Keretapi Ke Taiping

9.15 Pagi Dijangka Tiba Di Stesen Keretapi Taiping

9.30 Pagi Bertolak Ke Zoo Taiping

10.00 Pagi Sampai Ke Zoo Taiping Dan Melawat Sekitar Zoo

Taiping

12.30 Tgh Rehat Dan Makan Tengahari Di Taman Tasik Taiping

1.30 Ptg Melawat Muzium Taiping

2.30 Ptg Bertolak Balik Ke Sk Seri Siakap

3.30 Ptg Dijangka Tiba Di Sk Seri Siakap

Page 5: Kertas Kerja Lawatan Ke Zoo Taiping

11.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat

memberi faedah dan pengetahuan secara ‘hands on’ kepada warga Kelas

Prasekolah Annur dan Prasekolah Binnajah dan mampu mencapai objektif-objektif

yang telah digariskan dengan jayanya. Semoga lawatan ini memberi manfaat

kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

.

Disediakan oleh :

……………………………………..

(ARYATI HAINI BT SAMSUDIN)

Setiausaha,

Progran Lawatan Prasekolah

SK Seri Siakap