Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras (1)

download Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras (1)

of 5

description

:)

Transcript of Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras (1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

43657 BANDAR BARU BANGI

SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA

PROGRAM BINA INSAN GURU

( PENANDA ARASAN )

FASA 6 SIRI 1

PISMP AMBILAN JANUARI 2011

TARIKH :

26 SEPTEMBER 2013

TEMPAT :

SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN, KAJANG

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT KAJANG

KELOLAAN

UNIT KOKURIKULUM

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM1.0 PENGENALANKerancakan arus transformasi masa kini dalam bidang pendidikan telah menjadikan bidang pendidikan di negara ini semakin maju mengikut arus pembangunan globalisasi. Oleh itu, sebagai bakal pendidik di arus pemodenan, guru pelatih seharusnya mengetahui dan lebih arif serta peka dengan lebih mendalam mengenai perubahan dan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan masa kini. Melalui lawatan penanda arasan (benchmarking), guru pelatih akan didedahkan dengan budaya guru cemerlang yang mampu mengubah iklim pendidikan setempat. Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas dan Perkhidmatan, guru pelatih mampu mengenal pasti maklumat-maklumat serta menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan perundangan, peraturan, dan pekeliling ikhtisas pendidikan. Di samping itu, guru-guru pelatih akan lebih memahami mengenai pengalaman mengajar yang bakal didedahkan oleh guru-guru cemerlang terhadap usaha dan semangat mereka dalam mencurahkan ilmu dan bakti kepada anak didik mereka. Diharapkan melalui perkongsian pengalaman ini mampu melahirkan bakal-bakal guru yang berinovasi tinggi dalam mencetus kejayaan dan semangat yang jitu kepada anak didik. Penghayatan dalam menjiwai peranan dalam dunia pendidikan amat perlu bagi memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kesimpulannya guru-guru pelatih diharapkan dapat menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan ilmu tersebut dalam menggerakkan momentum diri untuk menjadi guru yang bermotivasi, berinovatif dan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang.2.0 OBJEKTIF2.1 Membina kemahiran merancang, melaksana, dan mengurus program.2.2 Melaksanakan sesuatu aktiviti berasaskan semangat berpasukan, amanah, dan kesediaan berbakti.2.3 Menunjukkan kepekaan kepada realiti persekitaran.2.4 Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.

2.5 Mendedahkan pelajar dengan ciri-ciri guru cemerlang.

2.6 Mengenal pasti budaya kerja guru cemerlang. 3.0 MATLAMATMelahirkan bakal guru yang mempunyai jati diri sebagai seorang guru yang berpengetahuan tinggi dan bermotivasi untuk menjadi agen penggerak pendidikan masa hadapan yang maju selaras dengan pemodenan globalisasi.

4.0 TEMAGuru Inovatif Pencetus Transformasi Generasi Masa Hadapan5.0 TARIKH29 September 20136.0 TEMPAT

Penanda Arasan 1: Sekolah Kebangsaan Saujana Impian , KM. 22, Jalan

Cheras,43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Penanda Arasan 2: Sekolah Kebangsaan Convent Kajang, No. 15, Jln Gereja,

43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan7.0 PENGANGKUTANBas Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

8.0 SASARAN PESERTARujuk Lampiran 1

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANARujuk Lampiran 2

10.0 TENTATIF PROGRAMRujuk Lampiran 311.0 ANGARAN BELANJAWANRujuk Lampiran 412.0 PENUTUPDiharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta InsyaAllah dapat mencapai objektif, matlamat program dan tema program iaitu Guru Inovatif Pencetus Transformasi Generasi Masa Hadapan. Semoga segala yang dirancang dan diusahakan ini mendapat keberkatan dan keredaan Allah s.w.t.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,(NUR IDAYU BINTI ZIKRI)(EN. ELIAS BIN ABDUL KADIR)

Setiausaha,

Pensyarah Penasihat,Lawatan Penanda Arasan (BIG), Lawatan Penanda Arasan (BIG),

PISMP Semester 6,

Unit Kokurikulum,IPG Kampus Pendidikan Islam.

IPG Kampus Pendidikan Islam.

Tarikh:.. Tarikh:.

Disahkan oleh,

Disokong oleh,

(PUAN NOR ANNISA BT KADRI) (EN. MOHD SHAHRIZAN BIN MHD SALAMAT)Ketua Unit Kokurikulum,

Pegawai Eksekutif Kanan N32,

IPG Kampus Pendidikan Islam.

IPG Kampus Pendidikan Islam.

Tarikh:.. Tarikh:

Ulasan Pengarah/Timbalan Pengarah:

( HJ. OSMAN BIN HUSSAIN)

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

43657 Bandar Baru Bangi, Selangor.BINA INSAN GURU