Kertas Kerja LDP Headcount

download Kertas Kerja LDP Headcount

of 3

description

contoh kertas kerja ldp headcount

Transcript of Kertas Kerja LDP Headcount

SMK SRI TANJUNGPONTIAN, JOHOR2014PROGRAM PEMANTAPAN HEADCOUNT

PENGENALANStrategi headcount akademik memberi fokus kepada data secara diskrit dalam melihat pencapaian dan perkembangan murid. Maklumat tersebut dianalisis sepanjang murid berada di sesebuah sekolah supaya prestasi mata pelajarannya dapat dikenalpasti. Pengesanan ini berkait rapat dengan usaha meningkatkan potensi murid, pencapaian mata pelajaran dan pencapaian sekolah secara keseluruhan.

Istilah Headcount bermaksud :An inventory of people in a group taken by counting individuals.; yakni mengenal pasti bilangan individu dalam sesebuah kumpulan, organisasi atau institusi. Dalam konteks strategi akademik, Headcount didefinisikan sebagai satu proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap murid mulai tahun satu hingga tahun enam di sekolah rendah dan tingkatan satu hingga tingkatan enam di sekolah menengah.

Berdasarkan strategi tersebut pengukuran dan penilaian dianalisis secara terperinci dan menyeluruh dengan tujuan untuk mengesan perkembangan potensi murid dalam penguasaan bidang akademik. Pengesanan tersebut disusuli dengan menentukan pendekatan pengajaran yang boleh membantu ke arah penambahbaikan pembelajaran murid.

OBJEKTIF PROGRAMDiakhir program, peserta dapat:1. Menyatakan kepentingan headcount dalam mengesan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.2. Menjelaskan penggunaan borang-borang, rekod dan maklumat pencapaian murid yang penting dalam melihat perkembangan murid.3. Menentukan Take Off Value (TOV).4. Membuat kiraan Expected Targeted Result (ETR) dan Operational Targeted Increment (OTI).

RASIONALTerdapat kelemahan dan kekurangan dalam pengurusan headcount di sekolah. Salah satu puncanya ialah guru-guru yang diamanahkan tidak mendapat latihan dan pendedahan yang secukupnya mengenai cara pelaksanaa headcount dibuat. Terdapat juga guru baru yang tidak mengetahui istilah, tujuan dan bagaimana perlaksanaan headcount dilakukan.

SASARAN PESERTA76 orang guru pelbagai mata pelajaran di SMK Sri Tanjung Benut

PENCERAMAH/FASILITATORTn. Hj. Ariffin Bin Abd LatifKetua Unit Teknik Dan VokasionalJabatan Pendidikan Negeri Johor

TEMPOH DAN TEMPATTarikh:10 Mei 2014Masa:8.00 pagi 12.30tengah hariTempat:Bilik Muzik, SMK Sri Tanjung

TENTATIF PROGRAM8.00 8.30 pagiKehadiran Peserta8.30 9.30 pagiSlot 1: Slot bersama Pegawai PPD9.30 10.00 pagiJamuan10.00 12.30 tghSlot 2: Pemantapan Headcount

ANGGARAN KOS PROGRAMBIL.PERKARAJUMLAH (RM)

1Jamuan76 orang x RM10.00760.00

2Bayaran dan cenderahati penceramah240.00

1000.00

Disediakan oleh:Disahkan oleh:

.................................................. ................................................................(NOORASILAH MD SUANDI) (PN HJH ANDI AUDRYANAH MD NOOR) P/SU LDP PENGETUA SMK SRI TANJUNG, BENUT