Kertas Kerja Lepas Upsr

download Kertas Kerja Lepas Upsr

of 13

Transcript of Kertas Kerja Lepas Upsr

KERTAS CADANGAN PROGRAM BULAN DAKWAH

PANDUAN

PELAKSANAAN AKTIVITI KEROHANIAN SELEPAS UPSR DAN PMR SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIATAHUN 2012M/1433H

Disediakan oleh :Sektor Pembangunan Nilai dan AkhlakPengurusan Dakwah dan Syiar IslamBahagian Pendidikan IslamKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA4 SEPTEMBER 2012

Kata-Kata Aluan

Pengarah

Bahagian Pendidikan Islam

Kementerian Pelajaran Malaysia

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala, pemilik dan penguasa alam seluruhnya. Selawat dan salam kesejahteraan ke atas Baginda Muhammad SAW, penghulu para anbiya wal mursalin, pemberi syafaat kepada insan dan penterjemah akhlak Qurani yang hakiki dan sejati.

Pihak sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah pada waktu ini sedang bersiap sedia bagi menghadapi peperiksaan besar iaitu Peperiksaan UPSR dan PMR yang menjadi pengukur utama para pelajar di semua sekolah di seluruh Malaysia. Dengan berakhirnya kedua-dua peperiksaan besar ini, para pelajar terdedah kepada kelompangan masa yang perlu diisi oleh pihak sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan mampu mengelakkan mereka daripada terdedah dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral di luar sekolah.Sehubungan itu, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, merangka panduan pelaksanaan aktiviti kerohanian sebagai cadangan bagi pihak sekolah dalam merangka dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk para pelajar. Melalui kepelbagaian pengisian rohani, diharapkan para pelajar mendapat manfaat yang optimum daripada pengisian aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian tersebut.Akhir kalam, saya berharap agar semua pentadbir sekolah tidak mengira sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah akan sama-sama menjayakan pelaksanaan aktiviti berbentuk kerohanian selepas peperiksaan UPSR dan PMR ini.Sekian, wassalam.

(HJ ABDULLAH BIN MD. DIN )

PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KEROHANIAN SELEPAS UPSR DAN PMR SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TAHUN 2012M/1433H

1. PENGENALANPanduan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian Selepas UPSR dan PMR Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012 diwujudkan bagi memberikan pendedahan kepada pihak sekolah mengenai cadangan aktiviti-aktiviti kerohanian yang boleh dilaksanakan bagi memenuhi kelompangan masa khususnya bagi para pelajar yang telah selesai menjalani peperiksaan UPSR dan PMR.2. OBJEKTIF

i. Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan para pelajar dengan pengaplikasian aktiviti-aktiviti kerohanian.ii. Melahirkan generasi pelajar yang mampu mengamalkannya serta menghayati setiap ilmu dan pengetahuan tentang agama Islam dalam kehidupan harian mereka.iii. Mengukuhkan aspek kerohanian dalam diri para pelajar terutama dalam menggarap aspek syukur dan cinta kepada agama Islam.3. SASARANPara pelajar lepasan UPSR (bagi sekolah rendah) dan lepasan PMR (bagi sekolah menengah).4. TEMPAT

Premis sekolah atau kawasan sekitar yang bersesuaian.5. CADANGAN AKTIVITIUPSRPMR

1. Qiyamullail

2. Khemah Ibadat3. Kerja-kerja kebajikan (lawatan)

4. Pertandingan tilawah

5. Gotong-royong perdana

6. Ceramah awal remaja

7.Pertandingan mencipta buku skrap

8. Lukisan mural

9.Tayangan video kisah para nabi/ kisah teladan1. Qiyamullail

2. Khemah Ibadat3. Kerja-kerja kebajikan (lawatan)

4. Pertandingan tilawah

5. Gotong-royong perdana

6. Kursus/ seminar ;

i. Perundangan syarak ii. Perkahwinan

ii. iii. Amali haji

iii. iv. Sembelihan

iv. v. Pengurusan jenazah

v. vi. Solat ketika peperangan (Khauf)

7. Pertandingan mencipta buku skrap

8. Lukisan mural9.Tayangan video kisah para nabi/ kisah teladan

(Sila rujuk kepada Lampiran 1)6. KAEDAH PELAKSANAANPelaksanaan dijalankan selepas peperiksaan UPSR dan PMR.7. PELAPORAN

Semua laporan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah perlu diisi dalam Borang Maklum Balas dan hendaklah dihantar ke Bahagian ini untuk perhatian Ustaz Mohd Zamri bin Mohamed Noor (Tel : 03-83217276 / 013-9212082 Fak : 03-83217337) atau e-mail [email protected] (Sila rujuk kepada Lampiran 2)

8. PERKARA YANG DIPOHON

Bahagian ini memohon semua Guru Besar sekolah rendah dan Pengetua sekolah menengah seluruh Malaysia mengambil maklum dan bekerjasama untuk melaksanakan serta menjayakan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian Selepas UPSR dan PMR Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012. Diharap pihak sekolah terutamanya para pelajar dapat manfaat yang paling maksima daripada pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.Disediakan oleh :Unit Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam

Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam

Bahagian Pendidikan Islam

Kementerian Pelajaran Malaysia

Lampiran 1

1. QIAMULLAILMasa : 30 minitObjektif :

1. Melatih pelajar bermunajat untuk bangun malam.

2. Pelajar dapat menghayati kepentingan zikir-zikir munajat.

3. Melahirkan rasa rendah diri kepada Allah di kalangan pelajar.

Kaedah Pelaksanaan :

1. Pelajar membuat saf di surau dalam kumpulan yang ditetapkan oleh fasilitator.

2. Ketua fasilitator mengajak semua peserta muhasabah diri tentang kesalahan lalu.

3. Pelajar bersama-sama berzikir taubat sambil dipesan mengingati kesalahan dan dosa yang telah dilakukan.

4. Ketua fasilitator memberi taklimat cara menunaikan solat taubat dan tujuannya.

5. Bersama-sama mendirikan solat taubat dan menyambung zikir munajat.

6. Ketua fasilitator memberi taklimat cara menunaikan solat witir dan tujuannya.

7. Bersama-sama menunaikan solat witir serta berzikir sambil menunggu azan Subuh.

2. KHEMAH IBADATMasa : 2 hari 1 malamObjektif :

1. Melahirkan pelajar yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

2. Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi anatar mereka di samping meningkatkan tahap keyakinan diri.

3. Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan mampu memikul tanggungjawab serta boleh memimpin.

Kaedah Pelaksanaan :

1. Para pelajar mengikuti aktiviti perkhemahan di padang sekolah atau di mana-mana kawasan rekreasi.

2. Pelajar di dedahkan dengan pelbagai aktiviti dengan bantuan para fasilitator.

Cadangan tentatif program :

HARI PERTAMA

8.00 pg- Pendaftaran

8.30 pg- Taklimat Program/ Pembahagian Kumpulan

9.00 pg- Ice Breaking

10.15 pg- Minum pagi

10.30 pg- Ceramah 1 (Konsep bersuci dalam perspektif Islam)

11.45 pg- Bengkel 1(Amali Istinjak)

12.45 tgh- Makan tengahari/ Solat Zuhur

2.00 ptg- Bengkel 2 (Amali wuduk)

3.30 ptg- Bengkel 3 (amali Tayammum)

4.30 ptg- Minum petang/ Solat Asar

5.00 ptg- Latihan Malam Kesenian Islam

6.00 ptg- Riadah

7.10 mlm- Solat Maghrib/ Kuliah

9.15 mlm- Persembahan Malam Kesenian Islam

11.15 mlm- Muhasabah diri

12.00 mlm- Tidur

HARI KEDUA

4.30 pg- Qiyamullail/Solat Subuh/ Kuliah

7.00 pg- Riadah

8.15 pg- Solat sunat Dhuha

8.30 pg- Ceramah 2 (Falsafah solat : Pembentukan peribadi Muslim)

9.30 pg - Bengkel 4 (Azan dan Iqamah)

10.30 pg- Minum pagi

10.45 pg- Bengkel 5 (Amali solat)

11.45 pg - Bengkel 6 (Amali mandi wajib)

12.45 tgh- Makan tengahari

1.15 ptg- Solat Zuhur/ Kuliah

2.00 ptg- Khidmat masyarakat

3.30 ptg- Majlis penutup

4.30 ptg- Bersurai

3. KERJA-KERJA KEBAJIKAN (LAWATAN)Masa : 1 hariObjektif :

1. Mewujudkan hubungan yang erat antara pelajar dengan anggota masyarakat.

2. Mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja amal dan aktiviti kebajikan.

Kaedah Pelaksanaan :

1. Pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan bergerak ke beberapa lokasi berbeza seperti hospital, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim dan sebagainya.

2. Setiap kumpulan bergerak dengan bas ke setiap lokasi pilihan dan melaksanakan kerja-kerja kebajikan di lokasi tersebut.

3. Setiap pelajar perlu merekodkan setiap aktiviti yang dilaksanakan di lokasi tersebut dan menyatakan impak yang boleh diperolehi daripada pelaksanaan setiap aktiviti tersebut.4. PERTANDINGAN TILAWAHMasa : 1 hariObjektif :

1. Melahirkan pelajar yang bukan sahaja menguasai bidang akademik tetapi juga mahir dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran.2. Mewujudkan suasana menghayati ayat-ayat al-Quran dan kandungannya dalam diri pelajar.

Kaedah Pelaksanaan :

1. Pihak sekolah menganjurkan Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat kelas/ tingkatan dan terbuka (turut melibatkan guru dan kakitangan sekolah)

5. GOTONG-ROYONG PERDANAMasa : 1 hariObjektif :

1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih untuk pelajar.

2. Melahirkan suasana kondusif untuk para pelajar menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran.

3. Memupuk minat pelajar untuk menjaga kebersihan khususnya di kawasan sekolah.

Kaedah Pelaksanaan :

1. Pihak sekolah menganjurkan Gotong-royong Perdana dengan melibatkan para guru, pihak Pertubuhan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta agensi awam dan agensi swasta yang berkaitan.

2. Pihak sekolah menyarankan agar semua pelajar turut menjemput ibu bapa mereka untuk sama-sama menjayakan Gotong-royong Perdana ini.

6. CERAMAH/KURSUS/SEMINARMasa : 2 jam (ceramah) dan 1 2 hari (kursus/ seminar)Objektif :

1. Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran alaf akan datang.

2. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang sesuatu isu yang perlu mereka tahu sebagai persediaan untuk menghadapi hari mendatang.

3. Melahirkan kesedaran kepada para pelajar terhadap sesuatu isu yang dibincangkan dalam ceramah/ kursus/ seminar.Alatan : alat tulis, kertasKaedah Pelaksanaan :

1. Penceramah ditetapkan oleh pihak sekolah.

2. Disarankan agar diadakan soalan kuiz (ceramah) dan pelaporan (kursus/ seminar).

7. PERTANDINGAN MENCIPTA BUKU SKRAPMasa : 1 mingguObjektif :

1. Menonjolkan nilai kreativiti dan inovasi dalam diri pelajar.2. Menerapkan nilai kerjasama antara pelajar dalam kumpulan.

Alatan : alat tulis, kertas

Kaedah Pelaksanaan :

1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencipta buku skrap.

2. Tema bagi buku skrap yang dihasilkan itu ditetapkan oleh pihak sekolah.

3. Setiap kumpulan diberikan tempoh masa seminggu untuk menyiapkan buku skrap tersebut.

8. PERTANDINGAN LUKISAN MURALMasa : 2 mingguObjektif :

1. Menonjolkan nilai kreativiti dan inovasi dalam diri pelajar.2. Menerapkan nilai kerjasama antara pelajar dalam kumpulan.Alatan : Peralatan melukis mural

Kaedah Pelaksanaan :

1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melukis mural.

2. Lokasi untuk melukis mural tersebut adalah di sekitar kawasan sekolah dan ia ditetapkan oleh pihak sekolah.

3. Setiap kumpulan diberikan tempoh dua seminggu untuk menyiapkan lukisan mural tersebut.

9. TAYANGAN VIDEO KISAH PARA NABI/KISAH TELADANMasa : 2 mingguObjektif :

1. Memaparkan kepada pelajar tentang kisah para nabi/ kisah teladan untuk dijadikan renungan bersama dan diambil iktibar daripadanya.

Alatan : Video kisah para nabi/ kisah teladan

Kaedah Pelaksanaan :

1. Video tentang kisah para nabi/ kisah teladan di pilih oleh pihak sekolah.

2. Pelajar diminta untuk menyenaraikan semua unsur teladan yang boleh diperolehi daripada kisah-kisah tersebut.Lampiran 2Borang Maklum BalasPelaksanaan Aktiviti Agama Selepas UPSR dan PMR

Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 20121. Nama Sekolah : .......................................................................................2. Alamat Sekolah : .......................................................................................

3. No. Telefon

: .......................................................................................

4. E-mail Sekolah: .......................................................................................

BilAktivitiTarikh PelaksanaanJumlah Pelajar TerlibatCatatan

Cadangan/Komentar

...................................................................................................................................................................................................................................................................Tandatangan Guru Besar/Pengetua

.........................................

( ) Cop sekolah

Tarikh : ............................

Nota : Sila isi dan kembalikan ke Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak, Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk perhatian Ustaz Mohd Zamri bin Mohamed Noor (Tel : 03-83217276 / 013-9212082 Fak : 03-83217337) atau e-mail [email protected] 13