Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs

11

Click here to load reader

Transcript of Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs

Page 1: Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs

SEKOLAH KEBANGSAAN

GUNONG SENYUM

Jalan Seberang Temerloh

28050 Kuala Krau,

Pahang Darul Makmur.

2014

Oleh,

MOHD SHARUL ANUAR BIN ABD AZIZ

Jurulatih Ragbi Bawah 12 (U12)

Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum

Kertas Kerja Liga Dan Kejohanan Ragbi

Ragbi Bawah 12 (U12)

Page 2: Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs

LIGA DAN KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN TERTUTUP SK. GUNONG

SENYUM

1.0 MISI

Menjadikan Skuad ragbi SK. Gunong Senyum antara yang terbaik di Negeri Pahang, serta

memberi persedian kepada pemain ragbi di SK. Gunong Senyum untuk menyertai setiap

kejohanan yang dianjurkan oleh PPD, JPNP dan KPM serta Kesatuan Ragbi Malaysia.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan mutu permainan pemain-pemain ragbi SK. Gunong senyum untuk menjadi

Skuad yang terbaik di Negeri Pahang.

2.2 Memberi peluang kepada semua pemain sekolah untuk menunjukkan bakat dan kebolehan

masing-masing dalam permainan ragbi.

2.3 Memupuk minat murid untuk mewakili sekolah dan menghasilkan pemain yang bermutu

kelak.

2.4 Menyediakan pemain SK. Gunong Senyum dalam kejohanan 7 sepasukan serta mencari

pemain-pemain berbakat untuk mewakili sekolah.

3.0 PENGANJURAN

3.1 Dianjurkan oleh kelab ragbi sekolah SK. Gunong Senyum

4.0 TARIKH DAN MASA KEJOHANAN

4.1 – 13,14,16, 21 Oktober 2014.

5.15 petang-6.30 petang

5.0 PENYERTAAN

5.1 Terhad kepada murid lelaki berusia 8 hingga 12 tahun sahaja

5.2 Kejohanan ini terhad kepada 4 pasukan sahaja.Pasukan yang mendaftar lebih awal akan

mendapat tempat di dalam kejohanan.

6.0 ANGGARAN PESERTA DAN PETUGAS

BIL. PERKARA BIL.

DIBENARKAN

JUMLAH

PASUKAN

JUMLAH

1 Pengurus Pasukan 1 4 4

2 Jurulatih Pasukan 1 4 4

3 Pemain 12 4 48

4 Pengadil Dan Teknikal 3 - 3

5. Petugas 8 - 8

Jumlah 67

Page 3: Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs

7.0 FORMAT PERTANDINGAN

7.1 Format pertandingan adalah dalam bentuk liga.

7.2 Setiap pasukan akan bertanding dengan setiap pasukan di dalam kejohanan.

7.3 2 pasukan teratas liga akan bermain dalam piala kejohanan 7 sepasukan tertutup SK.

Gunong Senyum.

7.4 Sistem Pertandingan (rujuk lampiran di akhir kertas cadangan).

8. JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

Penasihat

Pn. Hajah Maznah Binti Sallahudin ( Guru Besar )

Pengerusi

En. Saipuddin Bin Mat Piah ( YDP PIBG )

Naib Pengerusi

En. Mohd Sham Salleh bin Mohd Rashidi ( Pemangku GPK Kokurikulum )

Setiausaha

En. Mohd Sharul Anuar bin Abd Aziz ( Setiausaha Sukan )

Bendahari

En. Mohd Yusof bin Abdul Aziz ( Bendahari PIBG )

Pengerusi Teknik

En. Mohd Sham Salleh bin Mohd Rashidi ( Pemangku GPK Kokurikulum )

En. Mohd Sharul Anuar bin Abd Aziz ( Setiausaha Sukan )

En. Azmi bin Daman

Perasmi

Guru Besar

Page 4: Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs

9. JAWATAN KUASA KERJA

AJK TEKNIK

En. Mohd Sham Salleh bin Mohd Rashidi

En. Mohd Sharul Anuar bin Abd Aziz

En. Azmi Bin Daman

AJK PERALATAN

Haji Mazlan bin Mat Yasin

En. Zawawi bin Mohd Din

AJK BUKU PROGRAM

En. Mohd Yusof bin Abd Aziz

En. Mohd Azlee bin Razali

AJK HADIAH & CENDERAHATI

Cik Nur Munirah Binti Mansur

Ustazah Nur Azmalis binti Ahmad Zubaidi

Pn. Nor Akma binti Mustafa

AJK SIARAYA , RAKAMAN DAN

DOKUMENTASI

En.Mohd Ellyme bin Othman

En. Mohd Hasrun bin Mohd Nor

En. Mohd Nazaharudin bin Mohsin

PERSIAPAN TEMPAT

En. Azmi Bin Daman

En Adanan bin Kamaludin

PENDAFTARAN PASUKAN/PEMAIN

Ust. Yahya Bin Ismail

Ust . Nordin bin Mohd Zin

PENGADIL

En. Mohd Sham Salleh bin Mohd Rashidi

En. Mohd Sharul Anuar bin Abd Aziz

MINUMAN

Pn.Noraini binti Mamat

Pn. Selamah binti Bakar

Pn. Saloma binti Ismail

RAWATAN/KECEMASAN

En. Zahari Bin Mat Zin

Hj. Razali bin Mahmud

En. Mohd Shobri bin Jusoh

10. PERBELANJAAN

10.1 Liga dan Kejohanan Ragbi Tertutup 2014

Bil Perbelanjaan Kos (RM) Catatan

1 Saguhati pengadil 200.00 RM 50.00 x 4 hari

2 Minuman pemain (air mineral) 200.00 20 peti x RM 10.00

3 Hadiah

4 Medal - 384.00 12 pemain x 4 pasukan = 48

biji

48 biji x RM 8.00 = RM

384.00

5 Sijil penyertaan 50.00

Jumlah 834.00

Page 5: Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs

11.0 PERALATAN YANG DI PERLUKAN

BIL PERALATAN BILANGAN DIPERLUKAN

1 Bola kejohanan 2

2 Kon / skittle 8

3 Tiang bendera 10

4 Bendera pembantu pengadil 2

5 Khemah 1

6 Meja 2

7 Kerusi 5

8 Papan markah 1

9 Air horn 1

10 Jam randik 1

12.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan dengan adanya kejohanan seperti ini bakat dan mutu permainan ragbi

di kalangan pemain-pemain ragbi di SK. Gunong Senyum akan dapat dipertingkatkan.

Semoga kejohanan ini akan dapat melahirkan pemain negeri Pahang yang lebih berkaliber di

masa akan datang yang dapat menaikkan nama Malaysia dalam permainan Ragbi di peringkat

antarabangsa.

Di sediakan oleh, Di semak oleh,

………………………………………. .............................................

(MOHD SHARUL ANUAR BIN ABD AZIZ)

Penasihat kelab Ragbi,

SK. Gunong Senyum,

Temerloh.

Page 6: Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN RAGBI 7

SEPASUKAN TERTUTUP SK. GUNONG SENYUM.

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Kejohanan ini akan dimainkan menurut Undang-Undang Permainan Ragbi Lembaga Ragbi

Antarabangsa (Terbuka) dan ELV yang diterima pakai oleh Kesatuan Ragbi Malaysia.

Peraturan ''3 man scrum” akan digunakan, pilihan "5 man scrum” hanya untuk team yang

masukkan bola.

2. KELAYAKAN PASUKAN DAN YURAN PENYERTAAN

2.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 12 orang pemain dan 1/2 orang pegawai

pasukan.

2.2 Pendaftaran pasukan hendaklah dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan dan

pendaftaran tidak boleh dipinda selepas perlawanan pertama pasukan tersebut.

2.3 Yuran penyertaan setiap pasukan adalah sebanyak RM 20.00(Ringgit Malaysia Dua

Puluh Sahaja)

3. SISTEM PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini adalah berformat liga dan setiap pasukan akan bermain dengan setiap

pasukan dalam kejohanan.

3.2 Setiap pasukan akan bermain 3 perlawanan sepanjang liga.

3.3 2 pasukan teratas liga akan bertanding untuk satu piala kejohanan ragbi 7 sepasukan

tertutup SK. Gunong Senyum.

3.3.1 Piala tersebut akan dipertandingkan dalam bentuk perlawanan akhir.

3.3.2 Kejohanan merebut piala tersebut akan dijalankan setelah liga berakhir.

4. KEDUDUKAN DALAM LIGA

4.1 Untuk pertandingan secara liga, mata berikut akan diberikan:

Menang : 3 mata

Seri : 1 mata

Kalah : 0 mata

4.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang kumpulan akan

ditentukan mengikut sistem berikut:

4.2.1 Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira menang.

4.2.2 Jika masih seri, pemenang yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang.

4.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.

4.2.4 Jika masih seri, jumlah pungutan

(i) Try 7 mata

(ii) Try 5 mata

Page 7: Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs

5. PERLAWANAN PIALA KEJOHANAN

5.1 Pada perlawanan akhir, jika berlaku kedudukan seri selepas tamat perlawanan,masa

tambahan sebanyak 5 minit diberikan (sehala).

6. MASA PERLAWANAN

6.1 Masa bagi semua perlawanan awal hingga ke akhir akan dijalankan selama 10 minit- 2

minit (rehat) – 10 minit.

7 . PERTUKARAN PEMAIN

7.1 Semaksimum lima (5) pemain boleh digantikan pada bila-bila masa dalam setiap

perlawanan.

7.2 Pemain yang diganti tidak boleh bermain semula dalam perlawanan tersebut

KECUALI untuk menggantikan pemain yang mendapat luka yang terbuka dan

berdarah(diputuskan oleh pengadil).

8. MASA MELAPOR

8.1 Semua pasukan mestilah berada 15 minit sebelum masa perlawanan.

8.2 Semua pengurus pasukan mestilah menghantar senarai nama pemain 10 minit sebelum

masa perlawanan kepada pegawai pertandingan.

8.3 Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 6 pemain untuk memulakan

perlawanan. Jika tidak, kemenangan percuma akan diberikan kepada lawannya dengan

skor 20 – 0.

8.4 Jika satu pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 10 minit selepas masa yang

ditentukan, maka perlawanan tersebut akan dibatalkan.

9. BANTAHAN

9.1 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola Pertandingan

dalam masa Tiga Puluh (30) minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan.

9.2 Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan

ialah 20 – 0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan.

9.3 Setiap bantahan (9.1 dan 9.2) mestilah disertakan denggan wang tunai RM100.00 (Ringgit

Malaysia Satu Ratus Sahaja).Wang tidak akan dikembalikan dalam apa jua situasi.

10. JAWATANKUASA TATATERTIB DAN DISIPLIN

- Pengerusi Pengelola atau wakilnya

- Setiausaha Kejohanan atau wakilnya

- Pengerusi Teknik Kejohanan

- Pengadil Perlawanan ( Jika perlu )

- 3 orang Pengurus Pasukan yang berkecuali

Page 8: Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs

11 JAWATANKUASA RAYUAN

11.1- Pengerusi Pengelola Kejohanan

11.2- Setiausaha Pengelola Kejohanan

11.3- Pengerusi Teknikal Kejohanan

11.4- 3 Pengurus Pasukan Sekolah Berkecuali

12 TINDAKAN TATATERTIB DAN DISPLIN

12.1 Mana-mana pemain yang menerima Kad Kuning (Amaran), pemain tersebut akan

direhatkan (Sin Bin) selama 3 minit di Meja Teknikal.(Masa akan dikira selepas pemain

tersebut duduk di kerusi yang disediakan).

12.2 Mana-mana pemain yang menerima Kad Merah (Dibuang padang), pemain tersebut

akan digantung daripada perlawanan tersebut dan 1 (Satu) perlawanan

seterusnya.Pemain tersebut hanya boleh bermain dalam kejohanan setelah Jawatankuasa

Tatatertib dan Disiplin membuat sebarang keputusan. Sebarang rayuan dirujuk terus

kepada Jawatankuasa Rayuan.

13. PENGADIL

13.1 Pengadil dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Negeri

Pahang dan Kesatuan Ragbi Malaysia.

14. PENTAKSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN

PERTANDINGAN

14.1 Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsir segala perkara yang tidak disiarkan

dalam Undang-Undang Pertandingan ini dan keputusan adalah MUKTAMAD.

Di sediakan oleh, Di semak oleh,

………………………………………. .............................................

(MOHD SHARUL ANUAR BIN ABD AZIZ)

Penasihat kelab Ragbi,

SK. Gunong Senyum,

Temerloh.

Page 9: Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs

BORANG PENYERTAAN

NAMA PASUKAN :

PENGURUS :

Bil Nama Pemain Tahun

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Disahkan oleh.

....................................................

*GPK Ko-kurikulum

Page 10: Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs

JADUAL LIGA

A

B C D

A

B

C

D

JADUAL LIGA

13.10 2014

A VS B

C VS D

14.10.2014

B VS C

A VS D

16.10.2014

B VS D

C VS A

21. 10 2014

CUP - 1 VS 2

PLATE - 3 VS 4

Page 11: Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs

BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN

PERLAWANAN :____________________________________________________

TARIKH :____________________________________________________

MASA :____________________________________________________

LWN

1ST

HALF

2ND

HALF

TOTAL

KEPUTUSAN DI SAHKAN OLEH:

PENGURUS PASUKAN

PENGADIL

PENGURUS PASUKAN

....................................................

PEGAWAI KEJOHANAN