kertas kerja makan malam perdana siswa ipgkrm 2015.docx

13
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR 70400, JALAN SIKAMAT SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN KERTAS KERJA MAKAN MALAM PERDANA SISWA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR 2015 TARIKH: 30 OKTOBER 2015 TEMPAT : KLANA RESORT SEREMBAN ANJURAN : JAWATAN PERWAKILAN PELAJAR(JPP)

description

ipg kampus raja melewar

Transcript of kertas kerja makan malam perdana siswa ipgkrm 2015.docx

Page 1: kertas kerja makan malam perdana siswa ipgkrm 2015.docx

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

70400, JALAN SIKAMAT

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

MAKAN MALAM PERDANA

SISWA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR 2015

TARIKH:

30 OKTOBER 2015

TEMPAT :

KLANA RESORT SEREMBAN

ANJURAN :

JAWATAN PERWAKILAN PELAJAR(JPP)

DENGAN KERJASAMA

UNIT HAL EHWAL PELAJAR(HEP)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

Page 2: kertas kerja makan malam perdana siswa ipgkrm 2015.docx
Page 3: kertas kerja makan malam perdana siswa ipgkrm 2015.docx

MAKAN MALAM PERDANA

SISWA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR 2015

1. PENDAHULUAN

Program “Makan Malam Perdana Siswa Institut Pendidikan Guru Kampus Raja

Melewar 2015” ini merupakan satu program yang dilaksanakan untuk menzahirkan rasa

terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga kepada siswa semester 8 (PISMP

Ambilan Jan 2012) Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar yang selama ini

telah berusaha bersungguh-sungguh menyumbangkan tenaga dan buah fikiran

mahupun wang ringgit dalam menjayakan setiap aktiviti institut sepanjang masa ini. Di

samping itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan

memupuk perpaduan sesama siswa-siswi Institut Pendidikan Guru Kampus Raja

Melewar yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan kepercayaan. Manakala

bagi mahasiswa dan mahasiswi semester 8, penganjuran majlis makan malam ini

secara tidak langsung merupakan acara untuk meraikan mereka yang bakal

memulakan kehidupan di alam pekerjaan kelak. Selain itu, majlis ini juga diadakan

untuk menghargai kejayaan siswa dalam bidang akademik mahupun kokurikulum yang

secara keseluruhannya telah membantu menaikkan imej dan nama institut. Oleh yang

demikian, diharapkan agar majlis makan malam ini akan berjalan dengan lancar dan

jayanya sekaligus memberi kesan yang amat mendalam kepada semua warga institut

dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persefahaman

seterusnya meninggalkan satu kenangan indah yang sentiasa diingati.

2. MATLAMAT

Program ini bermatlamat untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang,

bantu-membantu, semangat bersatu padu dan sebagainya ke dalam diri setiap warga

institut. Selain itu, majlis makan malam ini juga bermatlamat untuk mengukuhkan

semangat membina dan mengharumkan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja

Page 4: kertas kerja makan malam perdana siswa ipgkrm 2015.docx

Melewar ke peringkat yang lebih tinggi. Malahan, program ini dijalankan supaya

membentuk mahasiswa dan mahasiswi yang berketerampilan dalam semua aspek di

samping membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi

yang efektif. Program ini juga bermatlamat untuk menjaga dan memelihara kebajikan

warga institut agar para pelajar berasa bertuah menetap di Institut Pendidikan Guru

Kampus Raja Melewar.

3. OBJEKTIF

1. Menghargai jasa dan sumbangan siswa Institut Pendidikan Guru Kampus

Raja Melewar Semester 8 (PISMP Ambilan Jan 2012).

2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara siswa Institut Pendidikan Guru

Kampus Raja Melewar dengan para pensyarah serta Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

3. Meninggalkan kenangan indah yang sentiasa diingati kepada siswa

semester 8 (PISMP Ambilan Jan 2012).

4. ANJURAN

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan.

5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh : 30 Oktober 2015Masa : 8:00 malam hingga 11.30 malamTempat : Klana Resort, Seremban

6. PESERTA

6.1. Siswa Semester 8 (PISMP Ambilan Jan 2012) : 250 orang

6.2. Urusetia JPP dan pensyarah : 50 orang

Page 5: kertas kerja makan malam perdana siswa ipgkrm 2015.docx

Jumlah Penyertaan : 300 orang

7. PENGANGKUTAN

Bas IPG Kampus Raja Melewar

8. JAWATANKUASA INDUK DAN PROGRAM

8.1 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Tuan Haji Abu Bakar bin Sahari

Tuan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar

: Dr.Nizam bin Abdul Latiff

Tuan Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar

Pengerusi : Puan Hajah Hasnah binti Ahmad

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

: Dr. Haji Mohd Ali bin Jaamat

Ketua Unit Kepimpinan

Setiausaha : Ameer Firdaus bin Redzuan

Yang Dipertua Jawatan Perwakilan Pelajar

: Huong Hong Ming

Setiausaha Jawatan Perwakilan Pelajar

Bendahari : Puan Noraini binti Wahid

Pegawai Eksekutif Kanan

: Muhammad Badrul Huzaimi bin Saharudin

Bendahari Jawatan Perwakilan Pelajar

8.2 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi Majlis : Noor Afiqah Binti Idris

Prakesh Rao A/l Ganapathi

Bacaan doa : Mohamad Khairul Nizam Bin Mohd Johar

Page 6: kertas kerja makan malam perdana siswa ipgkrm 2015.docx

AJK Multimedia &Siaraya : Chan Kuan Foo

: Arvin a/l Selvarajoo

: Uthayakumar a/l Govindarajan

AJK Tempat & Peralatan : Lee Kah Wei

: Nageshwar Sri a/l Mani Maran

: Wong Zhi Heng

: Muhammad Hanif bin Nazri

: Nor Haikal Bin Mod Salleh

AJK Buku Program & Publisiti : Nur Farah Ain binti Mohd Zariman

: Eermafatimah Binti Abdullah

: Muhammad Hanif bin Mohamad Nazri

: Nur Syafiqah Binti Rahman

AJK Dokumentasi : Nor Aisyah Hafizah Binti Mohd Zainuddin

: Thevaki A/p Vanathiah

AJK Sambutan / Jemputan

AJK Keselamatan

AJK Hadiah / Cenderamata

AJK Persembahan

: Amirah Aimi binti Ismail

: Low Ying Yin

: Pirakas a/l Shangar

: Kathiresan a/l Moorthy

: Juccy Then Yii Fen

: Nur Jannah Binti Adnan

: Su Ek Jin

: Irma Liana Binti Awang

Page 7: kertas kerja makan malam perdana siswa ipgkrm 2015.docx

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Perbelanjaan Makan Malam Perdana Siswa Institut Pendidikan Guru

Kampus Raja Melewar 2015

Bil. Perkara Butiran Jumlah (RM) Catatan

1. Pengangkutan Bas IPG Kampus Raja Melewar

-

Perjalanan pergi dan balik

Tanggungan IPG Kampus Raja Melewar

3. Cenderahati

SiswaRM30 x 250 peserta= RM7,500.00

RM7,500.00 -

TetamuRM400.00

RM400.00 -

4. Makanan

Malay Set Menu E (Rujuk

Lampiran 1)

RM67 x 300 peserta= RM20,100.00

RM20,100.00 -

JUMLAH KESELURUHAN RM28,000.00

9.2 Sumbangan

1. Sumbangan

SiswaRM50.00 x 250 peserta

= RM12,500.00RM12,500.00

-

Wang Amanah IPGKRMRM 2,500.00

RM2,500.00-

JUMLAH KESELURUHAN RM15,000.00

10. TENTATIF PROGRAM

Page 8: kertas kerja makan malam perdana siswa ipgkrm 2015.docx

Tarikh : 30 Oktober 2015 (Jumaat)

MASA PROGRAM

7.30 malam Bertolak ke Klana Resort, Seremban dari IPG Kampus Raja Melewar, Seremban.

8.00 malam Ketibaan VIP

Tuan Haji Abu Bakar bin Sahari

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Dr.Nizam bin Abdul Latiff

Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

8.10 malam Bacaan doa

8.20 malam Ucapan wakil pelajar dan ucapan perasmian

9.00 malam Anugerah tokoh

Makan malam

Persembahan pelajar

Sesi cenderamata

11.00 malam Sesi bergambar

11.30 malam Bersurai

11. PENUTUP

Page 9: kertas kerja makan malam perdana siswa ipgkrm 2015.docx

Diharapkan agar kertas kerja Makan Malam Perdana Siswa Institut Pendidikan Guru

Kampus Raja Melewar 2015 ini mendapat kelulusan daripada pihak pentadbiran supaya

program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah

digariskan. Penganjuran program ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada

semua mahasiswa dan mahasiswi yang telah sedaya-upaya memerah tenaga dan buah

fikiran sekaligus menjadi pemangkin dan batu loncatan buat dalam menempuh alam

pekerjaan kelak. Secara tidak langsung, insitut akan dapat melahirkan warga

mahasiswa dan mahasiswi yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap

dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan pengembelingan

tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan. Kerjasama daripada pihak tuan saya

dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

(AMEER FIRDAUS BIN REDZUAN)

Yang Dipertua,

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,

Seremban, Negeri Sembilan.

Disemak oleh,

Page 10: kertas kerja makan malam perdana siswa ipgkrm 2015.docx

(DR MOHD ALI BIN JAAMAT)

Pensyarah Penasihat,

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,

Seremban, Negeri Sembilan.

.

Disokong oleh,

(PUAN HAJAH HASNAH BINTI AHMAD)

Ketua Jabatan,

Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar ,

Seremban, Negeri Sembilan

Diluluskan oleh :

…………..……………………………

(TUAN HAJI ABU BAKAR BIN SAHARI )Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar ,

Seremban, Negeri Sembilan

.

Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan/ tidak meluluskan program

dalam kertas kerja ini.

Page 11: kertas kerja makan malam perdana siswa ipgkrm 2015.docx

Ulasan: