Kertas kerja makmal teknologi pendidikan - 2009
-
Upload
kamal-sabaruddin -
Category
Education
-
view
237 -
download
12
Transcript of Kertas kerja makmal teknologi pendidikan - 2009
Pendahuluan
Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah pengembangan dari Perpustakaan
Sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. PSS memberi tafsiran
kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara
keseluruhannya;
PSS adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.
PSS menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang
bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran
asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat
berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Konsep Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan :
Satu tempat
Koleksi
Perkhidmatan
Agen Perubahan
Oleh yang demikian perubahan perlu dibuat bagi memastikan fungsi PSS
yang disebutkan diatas dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seterusnya
dapat meningkatkan kecemerlangan akademik dan ko-akademik pelajar SMK.
Taman Panglima.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dapat melatih
pelajar menjadi pengguna maklumat yang efisien. ICT bukan setakat
menyediakan maklumat untuk para pelajar, malah menjadi media komunikasi dan,
1
perkongsian ilmu/idea yang efektif untuk proses pembelajaran formal dan tidak
formal. Keberkesanan penggunaan ICT ini diaplikasikan penggunaannya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menurut Salter (2003),
pembelajaran menggunakan kemudahan teknologi memudahkan dan
memperkukuhkan penyampaian maklumat dengan berkesan.
Justeru itu, PSS mengambil inisiatif mengambil alih Makmal Bahasa untuk
dijadikan sebagai Makmal Teknologi Pendidikan (Makmal Teknopen). Usaha ini
difikirkan perlu kerana Bilik Tayangan di PSS sering digunakan bagi tujuan P&P.
Oleh itu Makmal Teknologi Pendidikan ini diwujudkan bersesuaian dan tepat pada
waktunya kerana guru-guru di sekolah ini telah sedar bahawa ICT adalah media
terbaik dalam membantu peningkatan pemahaman pelajar dalam P&P.
Makmal Teknologi Pendidikan
Ianya diberi nama Makmal Teknologi Pendidikan (Makmal TeknoPen)
kerana makmal ini akan dilengkapi dengan peralatan komputer multimedia, alatan
media teknologi pendidikan yang lain seperti “lcd projector” , “slaide projector”,
kamera slr, digital kamera, video kamera, perakam cd/dvd,capaian akses internet,
radio kaset, perisian-perisian interaktif, dan lain-lain.
Di sini guru-guru boleh membuat salinan dan bahan bantu mengajar
kerana semua kemudahan peralatan disediakan di sini. Bukan dari segi bahan
dan peralatan sahaja, malahan kepakaran membina bahan bantu mengajar juga
akan dibantu oleh Penyelaras Makmal Teknologi Pendidikan dan Guru
Perpustakaan dan Media yang mempunyai pengetahuan dalam bidang Teknologi
Pendidikan.
2
Rasional Projek
Menurut Holder dan Mitson (1974), mengatakan “Pusat sumber sekolah
memainkan peranan mengoperasikan kehendak kandungan sukatan pelajaran,
memperbaiki mutu dan kaedah pengajaran dan meningkatkan mutu pendidikan
secara menyeluruh. Pendapat ini disokong oleh McGinness (1969) yang melihat
peranan Pusat Sumber Sekolah sebagai 4E iaitu ekonomi (economy), kecekapan
(efficiency), kecemerlangan (excellence) dan pengayaan (enrichment).
Oleh yang dekimian, Pusat Sumber cuba memperbaiki mutu dan kaedah
pengajaran seperti mana yang dihuraikan oleh Holder dan Mitson (1974) di atas
dengan cuba memaksimumkan penggunaan alatan teknologi pendidikan dan
ruang yang ada dengan baik dan berkesan.
Disini terdapat dua (2) persoalan yang mana ianya boleh menerangkan
dengan lebih lanjut mengapakah Pusat Sumber Sekolah mahu menubuhkan
Makmal Teknologi Pendidikan.
Rasional pertama ialah dasar Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) menekankan bahawa setiap pelajar mempunyai peluang untuk mendapat
pendidikan yang sama rata. Huraian ini bermaksud mengapakah perlu kita
membiarkan projektor-projektor LCD yang dipasang di kelas terpilih yang mana
3
peratusan kekerapan penggunaannya hanyalah terlalu rendah dan penggunaanya
hanya pada kelas tertentu sahaja.
Persoalan kedua ialah peluang kepada guru-guru yang tidak dibekalkan
komputer peribadi (“laptop/notebook”) juga mempunyai peluang menggunakan
media teknologi pendidikan dalam p&p mereka. Ini adalah kerana Makmal
Teknologi Pendidikan ini akan dilengkapi dengan komputer “desktop” yang
dihubung terus ke projector LCD. Oleh yang demikian, guru-guru tersebut hanya
membawa perisian berbentuk cakera pada atau “pen-drive” untuk melaksanakan
p&p mereka dengan berkesan.
Oleh yang demikian, Pusat Sumber Sekolah memohon kebenaran dan
sokongan pihak sekolah dalam projek ini. Bagi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
pula, Pusat Sumber Sekolah ini memohon sedikit bantuan kewangan bagi
membina jaringan besi “grill” pada 2 pintu dan 2 tingkap dalam Makmal ini bagi
memastikan keselamatan peralatan media di situ serta kipas angin dinding.
Kos keseluruhan adalah seperti berikut.
Grill pintu 2’X7’ = RM500.00
Grill tingkap 9’X4’ = RM600.00
Kipas angin dinding = RM800.00
Pembaikian pintu / suis = RM100.00
Keseluruhan = RM2,000.00
4
Analisis SWOT
Kekuatan
a) Guru Perpustakaan & Media (GPM) dan Guru Penyelaras Makmal Teknologi
Pendidikan mempunyai kemahiran dan pengetahuan luas dalam bidang
Teknologi Pendidikan.
b) Lembaga Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang aktif dan tekun dalam
tugasan mampu membantu menguruskan makmal.
c) Mempunyai peralatan asas yang lengkap bagi mewujudkan makmal
Teknologi Pendidikan.
d) Kumpulan guru-guru yang berminat menggunakan Teknologi Pendidikan
dalam p&p.
e) Pihak pentadbiran yang bersikap terbuka dengan konsep p&p yang
menggunakan Teknologi Pendidikan.
Kelemahan
a) Makmal yang kurang kondusif dan perlu penambahbaikan.
b) Sistem keselamatan perlu dipertingkatkan lagi.
c) Tiada bantuan kewangan
Peluang
a) Kaedah penyebaran ilmu menggunakan media teknologi pendidikan kepada
warga SMKTP akan menarik minat kearah peningkatan ilmu dan akademik.
Ancaman
a) Kemudahan asas sedia ada yang rosak, tidak kondusif dan selamat.
5
Kronologi Pelaksanaan Projek
Tarikh Aktiviti Catatan
-Perbincangan bersama AJK Induk PSS
23.06.2009Mendapatkan kebenaran lisan daripada Puan Pengetua / PK Pentadbiran.
8 & 1.07.09Mengalih semua kerusi/meja kayu ke kelas-kelas dan laluan ke Makmal LK
13.07.2009Membersih tingkap-tingkap,perabut dan lantai.
16.07.2009Menyusun atur perabot dan memasang langsir.
20.07.2009Memindahkan LDC Projektor dari kelas ke PSS (ditempatkan sementara)
Menghantar kerja kerja projek bagi mendapat kelulusan bertulis dan sokongan Puan Pengetua / PK Pentadbiran.
Menghantar salinan kertas kerja yang telah disahkan kepada setiausaha PIBG bagi memohon peruntukan “grill”
Pemasangan “Grill”
Operasi Penggunaan Makmal Teknologi Pendidikan bermula.
6
Kesimpulan
Oleh yang demikian Pusat Sumber Sekolah juga semestinya berperanan
bukan sahaja sebagai pusat ilmu, tetapi berupaya membekalkan kemudahan dan
perkhidmatan bagi warga sekolah khususnya pelajar. Pusat Sumber Sekolah
yang aktif bukan sahaja menyediakan bahan-bahan yang bermanfaat kepada
penggunanya akan tetapi juga berperanan sebagai Pusat Hubungan Masyarakat.
Ini bermakna Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru (PIBG) merupakan jambatan
penghubung di antara sekolah dengan masyarakat. Kerjasama dan sokongan
padu dari PIBG adalah sangat-sangat dialu-alukan.
Justeru itu, peranan ini boleh juga dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah
terutamanya tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti Pusat Sumber perlu kepada bantuan masyarakat di mana
bantuan itu akan memantapkan dan mengeratkan lagi hubungan sekolah dan
masyarakat . Oleh itu, amatlah sesuai jika akhirnya dikatakan sekolah itu sebagai
salah satu institusi masyarakat.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………. …………………….
Ahmad Kamal Sabaruddin Pn Rahimah bt Jamaludin
7
LAMPIRAN
8
9
10