Kertas Kerja Menaik Taraf Makmal

12
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SUNWAY JALAN PJS 7/15, PETALING JAYA SELANGOR DARUL EHSAN KERTAS KERJA KERTAS KERJA MEMBAIK PULIH MEMBAIK PULIH MAKMAL KOMPUTER & MAKMAL KOMPUTER & MENAIK TARAF MENAIK TARAF KOMPUTER KOMPUTER DISEDIAKAN OLEH : PENYELARAS ICT

Transcript of Kertas Kerja Menaik Taraf Makmal

Page 1: Kertas Kerja Menaik Taraf Makmal

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SUNWAYJALAN PJS 7/15, PETALING JAYASELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJAKERTAS KERJA

MEMBAIK PULIHMEMBAIK PULIHMAKMAL KOMPUTER &MAKMAL KOMPUTER &

MENAIK TARAFMENAIK TARAF KOMPUTERKOMPUTER

DISEDIAKAN OLEH :

PENYELARAS ICTCIK SYARIFAH SHAIRAH BT SYED ABDUL WADUD

UNIT ICTSEK MEN KEB BANDAR SUNWAY

Page 2: Kertas Kerja Menaik Taraf Makmal

SENARAI NAMA UNIT ICT SMK BANDAR SUNWAY 2007

Pengerusi : Pn. Hajah Normah Bt. Haji Kasim - Pengetua

Naib Pengerusi I : Pn. Lee Kim Hong - Penolong Kanan

Naib Pengerusi II: Cik Norzihan Bt. Adnan - Penyelia Petang

Penyelaras : Cik Syarifah Shairah Bt. Syed Abdul Wadud

Setiausaha : Pn. Zaidah Bt. Muhammad

Pen. Setiausaha : Cik Norni Bt. Muhd Rusli

AJK :

1. En. Khoo Kong Meng - Penolong Kanan HEM

2. Pn. Ong Siew Lee - Penolong Kanan Kurikulum

3. Pn. Zoraidah Bt. Mohd Dan - GKMP Kemanusiaan

4. Pn. Normadiah Bt. Abu - GKMP Bahasa

5. Pn. Loh Wai Leng - GKMP Sains & Matematik

6. Pn. Wong Hui Sean - GKMP Teknologi & Vok.

7. Encik Jeffrey Lawrence

8. Pn Azleen Bt. Khamis

9. Pn. Doris Chee

10. Pn. Ng Shau Fean

11. Pn. Zaidad Farhah Bt. Baharudin

12. Pn. Siti Hajar Bt. Osman

13. Pn. Roshaslinda Bt. Hanafi

14. Cik Aznita Bt. Mastor

15. Cik Siti Khairani Bt. Kassim

Page 3: Kertas Kerja Menaik Taraf Makmal

PENGENALAN MAKMAL KOMPUTER

1. Makmal komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway telah mula beroperasi pada 27 November 2002 di bawah pengurusan Pn Elizabeth Lucy Lopez.

2. Pada ketika itu, sebanyak 42 buah komputer termasuk 2 buah komputer guru telah dibekalkan.

3. Makmal komputer telah dibahagikan kepada dua buah bilik iaitu makmal 1 dan makmal 2. Setiap bilik masing-masing mempunyai 21 buah komputer.

4. Kesemua komputer telah dilengkapi dengan perisian Pentium 3 dan menggunakan Windows NT 2000.

5. Dilengkapi dengan sebuah bilik guru ICT, sebuah bilik stor dan sebuah bilik ’server’.

6. ’Hub’ bagi networking telah ditanam di bawah tanah.

PERALATAN SEDIA ADA

1. Komputer - 42 buah2. Meja Komputer - 42 buah3. Kerusi - 82 buah4. Papan putih - 2 5. Layar putih - 1

PERMASALAHAN

1. Kondusi komputer yang amat teruk kerana masih lagi menggunakan perisian lama iaitu Pentium 3 dan Windows NT 2000.

2. Kelemahan sistem sambungan internet yang tidak berfungsi sejak Januari 2007.

3. Kelemahan yang ketara ialah ketiadaan atau kehilangan kata laluan pada komputer utama (admin).

4. Beberapa buah komputer tidak dapat digunakan lagi kerana kerosakan pada bahagian dalamannya.

5. Beberapa buah kerusi juga sudah rosak. Ini menyebabkan makmal kekurangan kerusi dan pelajar sering terjatuh daripada kerusi kerana keadaan kerusi yang uzur.

6. Sehubungan dengan itu, saya lampirkan laporan penuh tentang kerosakan dan kehilangan bagi setiap set komputer di makmal SMK Bandar Sunway. (Sila rujuk lampiran A)

Page 4: Kertas Kerja Menaik Taraf Makmal

CADANGAN MENAIK TARAF KOMPUTER MAKMAL

1. Mencadangkan agar SMK Bandar Sunway diberi peruntukan bekalan komputer baru berserta dengan perisian terkini iaitu set komputer yang lengkap.

2. Memperbaiki sambungan internet di makmal.3. Memperbaiki sistem sambungan ’server’ agar dapat berfungsi dengan

lebih baik dan lancar.4. Menyediakan sebuah papan layar putih di makmal 1.

CADANGAN MEMPERBAIKI KEROSAKAN MAKMAL

1. Bumbung dan siling makmal yang bocor perlu ditukar baru. Hal ini perlu dititik beratkan kerana apabila hujan, air hujan akan

melimpah masuk ke dalam makmal dan sekaligus ia membahayakan bagi semua pihak kerana terdapat banyak kabel dan peralatan elektronik di dalam makmal yang mungkin akan menyebabkan ”electrical shock”.

Terdapat juga beberapa siling lain yang telah mula mengembang dan menjadi hitam akibat kebocoran pada bumbung.

2. Cermin yang pecah perlu ditukar baru. Terdapat dua buah cermin tingkap yang pecah dan masih tidak

ditukar. Hal ini perlu diambil perhatian agar kes kecurian dapat dielakkan.

3. Pintu utama dan pintu makmal yang tiada tombol menyusahkan guru dan pelajar untuk membukanya. Berikut dilampirkan foto kerosakan yang telah dinyatakan.

Pintu utama makmal tiada tombol dan menyusahkan guru serta pelajar yang ingin menggunakan makmal.

Pintu kedua makmal juga telah kehilangan tombol dan pintu tersebut juga tidak berfungsi dengan baik.

4. Ketiadaan sistem keselamatan seperti loceng amaran mungkin akan menyebabkan berlakunya kecurian.

5. Berikut disertakan beberapa foto kerosakan pada makmal. (Sila rujuk lampiran B)

CADANGAN MEMPERBAIKI KEROSAKAN MEJA DAN KERUSI

1. Mencadangkan agar membaiki meja dan kerusi untuk keselesaan para guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajran dijalankan.

LAMPIRAN B

Page 5: Kertas Kerja Menaik Taraf Makmal

TIADA SILING

Page 6: Kertas Kerja Menaik Taraf Makmal

SILING BOCOR DI MAKMAL 1 DAN 2

Page 7: Kertas Kerja Menaik Taraf Makmal

MEJA MUDAH PATAH KERANA SKRU PENYAMBUNG BERKARAT DAN MEJA SUDAH REPUT

Page 8: Kertas Kerja Menaik Taraf Makmal

TOMBOL PINTU ROSAK DAN ADA YANG TIADA

Page 9: Kertas Kerja Menaik Taraf Makmal

2 CERMIN TIADA IAITU DI MAKMAL 1 DAN BILIK SERVER