Kertas Kerja Menaiktaraf Bilik Muzik

10
INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM, 09800 SUNGAI PETANI KEDAH. KERTAS KERJA MENAIKTARAF BILIK MUZIK 1 dan 2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Transcript of Kertas Kerja Menaiktaraf Bilik Muzik

Page 1: Kertas Kerja Menaiktaraf Bilik Muzik

INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM,09800 SUNGAI PETANI KEDAH.

KERTAS KERJA MENAIKTARAF BILIK MUZIK 1 dan 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Disediakan oleh:

En. Mohd Zaaba Bin IsmailPensyarah Muzik IPGM KSAH

Page 2: Kertas Kerja Menaiktaraf Bilik Muzik

Disediakan pada 1 Oktober 20091. Tajuk

Kerja-kerja Ubahsuai dan Menaik Taraf Bilik Muzik 1 dan Bilik Muzik 2

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kampus Sultan Abdul Halim

08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

2. Latar Belakang

Bilik Muzik 1 dan 2, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim adalah bilik yang digunakan untuk pengajaran dan

pembelajaran bagi matapelajaran Muzik. Ianya juga merupakan bilik khas di mana penggunaannya adalah secara

maksimum dan di bawah kawalan serta disenaraikan dalam audit ISO. Bilik yang sedia ada pada masa kini boleh

dikategorikan dalam keadaan yang di luar jangkaan dan tidak menepati kehendak serta kepuasan pelanggan sepenuhnya.

Cadangan permohonan untuk mengubahsuai dan menaik taraf bilik muzik ini adalah selari dengan kehendak serta

keperluan semasa dan memenuhi tahap kepuasan pelanggan. Halangan yang sedia ada pada masa kini adalah ianya tidak

dapat digunakan semaksimum mungkin kerana disebabkan beberapa faktor seperti pendawaian yang tidak selamat,

pendawaian tambahan bagi soket yang tidak mencukupi, alternatif bagi mengatasi masalah tidak dapat dilaksanakan kerana

tiada dan beberapa faktor lain. Sekiranya cadangan permohonan ini dapat direalisasikan ianya dapat memberi impak yang

besar dalam melahirkan guru pelatih yang menjulang aspirasi negara serta melahirkan modal insan kelas pertama bertaraf

dunia.

Page 3: Kertas Kerja Menaiktaraf Bilik Muzik

3. Objektif

Objektif bagi cadangan permohonan ini adalah seperti berikut:

a) Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi guru pelatih.

b) Memaksimumkan tahap penggunaan kemudahan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

c) Menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan mencukupi untuk kegunaan guru pelatih dan institut.

d) Menepati kepuasan pelanggan dan ,mencapai tahap yang ditetapkan dalam ISO.

e) Menjamin keselamatan peralatan dan kemudahan kepunyaan institut yang ada dalam bilik tersebut.

4. Justifikasi

Cadangan bagi justifikasi bagi kerja-kerja mengubahsuai dan menaik taraf Bilik Muzik 1 dan 2 adalah seperti di

lampiran.

Page 4: Kertas Kerja Menaiktaraf Bilik Muzik

INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN

SENARAI PROJEK NAIK TARAF KEMUDAHAN DI BILIK MUZIK IPSAH

BIL PROJEK SKOP PROJEK ANGGARAN KOS (RM)

JUSTIFIKASI PROJEK

1. Mengganti dan memasang tingkap sedia ada dengan tingkap cermin gelungsur.dan bingkai tingkap besi.

Kerja-kerja membekal dan memasang tingkap cermin gelungsur.Bahan: Tingkap cermin Bingkai tingkap besi.

Sebahagian bingkai tingkap lama telah rosak /berongga dimakan anai-anai sebelum ini, maka ia didapati tidak begitu kukuh dan tidak selamat lagi.

2. Membuat pendawaian baru Kerja-kerja membekal dan membuat pendawaian baru bagi bilik pensyarah dan bilik recital.

Pendawaian yang sedia ada selalu mengalami kerosakan di mana automatiknya tendang. Ianya menganggu proses P&P.

3. Membina partition untuk bilik pensyarah dan bilik recital

Kerja-kerja membina partition untuk bilik pensarah dan bilik recital (latihan). Bilik pensyarah sedia ada boleh digabungkan dan mempunyai pintu yang membolehkan keluar masuk ke dua-dua bilik muzik tanpa perlu keluar dari bilik ke bilik.Bilik recital adalah perlu untuk pelatih menjalani latihan tanpa memasuki bilik utama.

Page 5: Kertas Kerja Menaiktaraf Bilik Muzik

4. Membekal dan memasang lampu kalimantang

Kerja-kerja membekal dan memasang lampu kalimantang untuk bilik muzik, bilik pensyarah dan bilik recital.

Lampu sedia ada banyak yang rosak dan perlu diganti.

5. Pendawaian tambahan untuk mata lampu dan soket

Kerja-kerja membekal dan membuat pendawaian tambahan untuk mata lampu dan soket.

Pendawaian tambahan untuk mata lampu dan soket perlu kerana yang sedia ada terhad. Masalah timbul apabila P&P menggunakan keyboard yang memerlukan punca soket yang mana ianya tidak dapat menampung sehingga menjadi lebihan tenaga.

6. Aircond dan kipas syiling Kerja-kerja membekal dan memasang aircond dan kipas syiling.

Kipas syiling tiada dan ini menimbulkan kesulitan apabila aircond mengalami kerosakan.

7. Mengganti pintu bilik muzik yang sedia ada dengan pintu cermin.

Kerja-kerja membekal dan memasang pintu cermin.

Pintu sedia ada adalah seperti kelas biasa dan ianya adalah sama seperti kelas biasa. Keselamatan tidak terjamin kerana ianya mudah dimasuki kerana hanya menggunakan mangga.

8. Memasang dan membina 1 pintu berjeriji besi

Kerja-kerja membekal dan memasang 1 pintu jeriji besi.

Keselamatan alatan muzik dan barang-barang bernilai tidak terjamin.

Page 6: Kertas Kerja Menaiktaraf Bilik Muzik

9. Memasang dan membina stor untuk tempat simpanan alatan muzik.

Kerja-kerja membekal dan memasang kerangka kayu untuk stor bersaiz 10’ x 20’Bahan: Kerangka kayu Bumbung metal deck Lantai semen berlepa

konkrit. Berdinding bata 2 buah tingkap nako

berjeriji besi. 1 pintu berjeriji besi Kemasan cat.

Unit Muzik tidak ada stor untuk penyimpanan alatan muzik yang digunakan dalam P&P. Bahan-bahan ini perlu disimpan di dalam stor secara tersusun bagi mengelakkan kerosakan alatan muzik.

Disediakan oleh

Mohd Zaaba bin IsmailPensyarah MuzikJabatan Sains SosialInstitut Pendidikan Guru MalaysiaKampus Sultan Abdul Halim08000 Sungai PetaniKedah Darul Aman.