KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap...

14
MINGGU KESEDARAN JENAYAH 3 9 DISEMBER 2014 1 KERTAS KERJA MINGGU KESEDARAN JENAYAH TARIKH 3 9 DISEMBER 2014 TEMPAT PENJARA SEJAHTERA KAJANG, BANDAR BARU BANGI DAN PUSANIKA UKM ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF HAL EHWAL SISWI SESI 2014/2015 KOLEJ IBRAHIM YAAKUB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA MAHASISWA CAKNA MASYARAKAT

Transcript of KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap...

Page 1: KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar ... Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

3 – 9 DISEMBER 2014

1

KERTAS KERJA

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

TARIKH

3 – 9 DISEMBER 2014

TEMPAT

PENJARA SEJAHTERA KAJANG,

BANDAR BARU BANGI DAN

PUSANIKA UKM

ANJURAN

MAJLIS EKSEKUTIF HAL EHWAL SISWI

SESI 2014/2015

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

MAHASISWA CAKNA MASYARAKAT

Page 2: KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar ... Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

3 – 9 DISEMBER 2014

2

KERTAS KERJA

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

MAJLIS EKSEKUTIF HAL EHWAL SISWI

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan

kewangan dari Kolej Ibrahim Yaakub dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti

Kebangsan Malaysia untuk menjayakan Minggu Kesedaran Jenayah.

1.2 Untuk mendapatkan bantuan dan dana daripada badan-badan kerajaan serta badan-badan

swasta bagi menjalankan program ini.

2.0 LATAR BELAKANG/PENGENALAN

2.1 Majlis Eksekutif Hal Ehwal Siswi ditubuhkan di bawah Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Kolej Ibrahim Yaakub Universiti Kebangsaan Malaysia. Organisasi ini ditubuhkan bagi

menjaga kebajikan mahasiswi-mahasiswi yang menjadi majoriti penghuni di Kolej

Ibrahim Yaakub di samping diamanahkan untuk merangka dan menjalankan aktiviti-

aktiviti di kolej kediaman.

2.2 Minggu Kesedaran Jenayah dirancang bertujuan bagi memberikan kesedaran dan

pengetahuan mengenai jenayah semasa yang berlaku khususnya melibatkan remaja dan

wanita. Program ini juga akan memberi pendedahan mengenai langkah-langkah

penjagaan diri bagi mengelak daripada terlibat dengan jenayah yang mungkin berlaku.

Fokus utama Minggu Kesedaran Jenayah adalah lawatan ke Penjara Sejahtera Kajang

dengan tujuan bagi memberi pengetahuan kepada para peserta mengenai struktur

Page 3: KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar ... Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

3 – 9 DISEMBER 2014

3

pengurusan penjara di samping merasai sendiri suasana di dalam penjara tersebut. Di

samping itu, lawatan ini juga bertujuan bagi melahirkan rasa insaf dan syukur dalam

kalangan para peserta setelah diberi peluang melihat dan berinteraksi bersama banduan

dan kakitangan penjara.

Selain lawatan ke Penjara Sejahtera Kajang, Minggu Kesedaran Jenayah juga akan diisi

dengan pameran di foyer Kolej Ibrahim Yaakub, edaran risalah kesedaran jenayah dan

kutipan sumbangan kepada bekas-bekas polis yang tinggal di sekitar Bandar Baru Bangi.

Program ini akan berlangsung selama seminggu, bermula dari 3 Disember 2014 hingga 9

Disember 2014.

2.3 Tema Mahasiswa Cakna Masyarakat dipilih bagi menunjukan bahawa mahasiswa perlu

prihatin mengenai isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat sejak dari

peringkat pengajian lagi. Hal ini kerana suatu hari nanti mahasiswa sendiri akan kembali

berbakti kepada masyarakat setelah tamat pengajian. Oleh itu, mahasiswa perlu peka

terhadap persekitaran dan masyarakat sekiling mereka.

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, menjadi tanggungjawab untuk memastikan

kelancaran program ini dengan :

3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya dapat

membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdisiplin.

3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan dan

objektif-objektif yang telah digariskan.

3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas pelaksanaan

program.

Page 4: KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar ... Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

3 – 9 DISEMBER 2014

4

4.0 MATLAMAT

4.1 Mengubah persepsi negatif para peserta terhadap banduan yang sedang menjalani

hukuman di penjara terbabit.

4.2 Memupuk sifat prihatin dalam kalangan para peserta terhadap isu semasa yang berlaku

dalam kalangan masyarakat.

4.3 Melatih para peserta untuk bekerja sebagai sebuah organisasi yang memerlukan

kerjasama dan dedikasi yang tinggi sesama ahli.

4.4 Memberikan pengetahuan mengenai jenayah yang berlaku khususnya jenayah yang

berkaitan dengan wanita di samping langkah-langkah mencegahnya.

5.0 OBJEKTIF

Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana

menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai :

5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan kemahiran

bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang sangat berkesan,

mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat, menyampaikan idea

secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati

pandangan orang lain dan sebagainya.

5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada pada

pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan

mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi dimensi, membantu rakan-rakan

secara proaktif serta membina kerja berpasukan untuk mencapai matlamat yang

disepakati.

Page 5: KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar ... Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

3 – 9 DISEMBER 2014

5

5.3 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan

pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka isu/masalah serta

mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri.

5.4 Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan idea/inovasi yang

baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh menunjukkan keupayaan penuh

dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan rancangan, menawarkan satu penilaian

yang baik kepada nilai komersial dan sebagainya.

5.5 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam

mencari dana bagi melancarkan program.

5.6 Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar

melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah, menunjukkan tingkah laku

profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.

5.7 Melahirkan sifat sosial dan kebertanggungjawaban dengan melahirkan kepekaan

terhadap alam sekitar dan situasi sosial seperti perpaduan dan kebajikan pelajar.

5.8 Menilai tahap pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik

setiap ahli jawatankuasa dalam mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat serta

mensintesiskan masalah dengan tepat.

6.0 TEMA

“ Mahasiswa Cakna Masyarakat ”

7.0 ANJURAN

Majlis Eksekutif Hal Ehwal Siswi

Sesi 2014/2015

Kolej Ibrahim Yaakub

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 6: KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar ... Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

3 – 9 DISEMBER 2014

6

8.0 TARIKH DAN HARI

Program ini dicadangkan untuk diadakan selama seminggu pada :

Tarikh : 3 Disember 2014 – 9 Disember 2014

Hari : Rabu - Selasa

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan ialah Penjara Sejahtera Kajang, sekitar Bandar Baru

Bangi dan Kolej Ibrahim Yaakub Universiti Kebangsaan Malaysia.

10.0 PUBLISITI

Publisiti akan diadakan melalui bunting, poster, risalah dan Facebook Kolej Ibrahim

Yaakub bagi menarik perhatian penghuni Kolej bagi menyertai lawatan ini.

11.0 CADANGAN PERASMI

Perasmian :

Inspektor Mohammad Zamzuri Bin Osman

Ketua Balai,

Balai Polis Bandar Baru Bangi.

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah peserta dianggarkan sebanyak 50 orang terdiri daripada penghuni

Kolej Ibrahim Yaakub.

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk lampiran A

Page 7: KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar ... Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

3 – 9 DISEMBER 2014

7

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran B

15.0 BELANJAWAN

Rujuk lampiran C

16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,

sila hubungi :

Pejabat Pengurusan Kolej,

Kolej Ibrahim Yaakub,

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

(u/p : Nur Athirah Binti Nor Azam. 019-4460726)

Tel : 03-8921 527

Faks : 03-8921 5268

E-mel : [email protected]

17.0 SYOR/PENUTUP

Diharapkan kertas kerja Minggu Kesedaran Jenayah ini akan mendapat kelulusan

daripada pihak pengurusan Kolej Ibrahim Yaakub dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM.

Diharapakan juga kertas kerja ini dapat dipertimbangkan dan seterusnya mendapat sumbangan

dan bantuan kewangan daripada pihak tuan/puan. Semoga program ini akan dapat berjalan

dengan lancar serta mencapai matlamat dan objektif yang telah ditekankan. Segala kerjasama

dan sumbangan daripada semua pihak didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Page 8: KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar ... Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

3 – 9 DISEMBER 2014

8

Page 9: KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar ... Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

3 – 9 DISEMBER 2014

9

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

Penaung Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Bin Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y. Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Bt. Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

Encik Abdul Aziz Bin Abu Bakar

Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM

Penasihat

Dr. Ruslin Bin Amir Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub, UKM

Felo Penasihat

Cik Tamalia Amanda Putri Bt. Othman Felo Kolej Ibrahim Yaakub, UKM

Ketua Pengarah Nur Athirah Binti Nor Azam FST/2 A145950

019-4460726

Timbalan Pengarah 1

Noor Syahirah Binti Ahmad FST/2 A145925

019-5673005

Timbalan Pengarah 2

Nurul Hana Ashmira Bt Hamidon FEP/1 A147792

019-3459155

Setiausaha

Nur Hanani Najwa Binti Md Khairi FSSK/1 A149939

017-7696761

Bendahari

Nur Izzati Binti Zainudin FEP/1 A148010 017-3987743

Page 10: KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar ... Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

3 – 9 DISEMBER 2014

10

Pengarah Program : Siti Nur Asmida Bt. Zambia FST/1 A149183

Timbalan Pengarah Program : Nur Izyani Bt Zainol FPI/1 A147492

AJK Program : Syahirah Akashah Bt Mohd Razali FEP/1 A147553

Nur Farhana Hanim Bt Badrul Hisham FEP/1 A147870

Marliyana Bt Mohd Noor A148296

Pengarah Protokol : Nor Fahanim Binti Embong FST/2 A145877

Timbalan Pengarah Protokol : Nur Attikah Bt Saad FSSK/1 A150351

AJK Protokol : Nurul Hidayah Bt Berhan Suddin FPI/2 A149960

: Nurul Syuhada Binti Hassan A149922

Pengarah Pemasaran : Suraya Nadzira Binti Zainorazdin FSSK/1 A151421

Timbalan Pengarah Pemasaran : Nur Aini Binti Abd Rahaman FPI/1 A147380

AJK Pemasaran : Nor Fatihah Bt Mohd Hayati FEP/2 A146918

Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

Norsham Shila Binti Ali Asan FPI/2 A144915

Pengarah Publisiti : Nur Shahirah Bt Mohd Lam Shah FST/1 A149424

Timbalan Pengarah Publisiti : Nur Shaidatul Akma Bt. Mat Salleh FPI/1 A147362

Pengarah Cenderamata : Nur Mazlyn Binti Madzlan FSSK/1 A151430

Timbalan Pengarah Cenderamata : Nur Dina Atiqah Bt Shariff FPI/1 A151945

Pengarah Keselamatan dan Pengangkutan : Muhamad Luqman Bin Ridzuan FEP/1 A147661

Pengarah Tugas- Tugas Khas : Nur Najlaa’ Bt Muhammad Ali Nawar FEP/1 A149587

AJK Tugas-Tugas Khas : Nurul Huda Binti Mohd Farith A146914

: Nor Izyan Syafiqah Binti Ramizan FEP/1 A147854

Pengarah Jamuan : Nor Suraya Binti Aziz FST/2 A145755

Timbalan Pengarah Jamuan : Hadirah Syahrain Binti Supian FST/2 A145798

AJK Jamuan : Norsyahira Bt. Shakri A149558

Page 11: KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar ... Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

3 – 9 DISEMBER 2014

11

Pengarah Teknikal : Muhammad Yasir Bin Hamdan A151438

Timbalan Pengarah Teknikal : Wan Muhamad Faiz Bin Wan Abdul Aziz A149586

AJK Teknikal : Muhammad Amirul Faiz Bin Mohd Ali A148430

Pengarah Logistik : Muhammad Hadafie Bin Othman FEP/1 A147630

AJK Logistik : Nur Aisyah Bt. Mohd Hazbir A146922

: Badrul Hisham Bin Kamarudin A148158

Page 12: KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar ... Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

3 – 9 DISEMBER 2014

12

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT

3 Disember 2014 (Rabu)

9.00 pagi

9.30 pagi

10.15 pagi

12.30 tengahari

2.00 petang

2.30 petang

Bertolak ke Penjara Sejahtera Kajang

Sesi Taklimat oleh Pegawai Penjara

Sejahtera Kajang

Sesi lawatan dan penerangan di Pusat

Rawatan dan Pemulihan Dadah

(PRPD), Penjara Wanita dan kawasan

sekitar penjara ( tempat dijalankan

hukuman, bilik kurungan, pusat

kraf,dll)

Sesi perkongsian bersama

penghuni dan kakitangan penjara

Majlis penutup dan penyampaian

cenderahati kepada pihak penjara

Bertolak pulang ke UKM

Penjara Sejahtera

Kajang

4 Disember 2014 ( Khamis)

10.00 pagi

Edaran risalah dan pepper spray serta

kutipan sumbangan kebajikan untuk

pesara-pesara polis.

Persiapan pelancaran Minggu

Kesedaran Jenayah

Fakulti- fakulti,

Pusanika, dan Kolej

Ibrahim Yaakub

UKM.

Page 13: KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar ... Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

3 – 9 DISEMBER 2014

13

5 Disember 2014 (Jumaat)

9.00 pagi

10.30 pagi

Perasmian Minggu Kesedaran

Jenayah oleh Ketua Balai, Balai Polis

Bandar Baru Bangi, Inspektor

Mohammad Zamzuri Bin Osman.

Forum Kesedaran Jenayah-

Wanita & Jenayah : Menjadi @

Mencari mangsa?

Panelis :

Kamal Affandi Hashim

(penganalisis jenayah)

Pegawai dari Kementerian

Dalam Negeri(KDN)/ PDRM

Wakil Yayasan Pencegahan

Jenayah Malaysia

Pameran Kesedaran Jenayah

Foyer Kolej Ibrahim

Yaakub, UKM

ATAU

Aras 5 Pusanika

6 Disember 2014 ( Sabtu)

10.00 pagi

Edaran risalah dan pepper spray serta

kutipan sumbangan kepada pesara

polis/tentera

Sekitar Bandar Baru

Bangi

7 Disember 2014 ( Ahad)

10.00 pagi

Sesi lawatan dan penyerahan

sumbangan kepada pesara-pesara

polis/tentera.

Sekitar Bandar Baru

Bangi

4 – 9 Disember 2014

( Khamis - Selasa)

Pameran kesedaran jenayah

Foyer Kolej Ibrahim

Yaakub

ATAU

Aras 5, Pusanika

Page 14: KERTAS KERJA - ifolio.ukm.my · mengagihkan tugas, ... sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar ... Umi Nurfadillah Binti Sugeng FEP/2 A143262

MINGGU KESEDARAN JENAYAH

3 – 9 DISEMBER 2014

14

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

Anggaran Perbelanjaan

BIL. PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

5.

Publisiti

Backdrop (RM 70 x 1)

Poster (RM 5 x 20)

Risalah RM (0.50 x 200)

Banner (RM 50 x 1)

Jamuan

Peserta dan AJK ( RM 5 x 100 x 2 hari)

VIP (RM 10 x 10)

Protokol dan pengurusan

Buku program ( RM 4 x 5)

Kertas A4 ( RM 10 x 4)

Alat tulis dan kelengkapan

Cenderamata

Pihak Penjara & Perasmi ( RM 50 x 2)

VIP ( RM 20 x 5 )

Hamper ( RM 15 x 5)

Hal-hal lain (sumbangan ihsan, pengangkutan, baju program,

gimik perasmian, dll)

70.00

100.00

100.00

50.00

1,000.00

100.00

20.00

40.00

45.00

100.00

100.00

75.00

1,000.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 2, 800.00

BIL. PERKARA RM

1.

Sumbangan

Kolej Ibrahim Yaakub

Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Pihak luar

(Syarikat korporat/yayasan/kementerian/adun)

1000.00

800.00

1000.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 2, 800.00