Kertas Kerja Merentas Desa
-
Upload
ferdaooz-azhar-al-moot -
Category
Documents
-
view
317 -
download
10
description
Transcript of Kertas Kerja Merentas Desa
KERTAS KERJA CADANGAN
KEJOHANAN MERENTAS DESA
SK TAMAN SERI REMBAU 2015
ANJURAN
UNIT KO-KURIKULUM SK TAMAN SERI REMBAU
PENDAHULUAN
Sukan merujuk kepada segala jenis sukan termasuk aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan penglibatannya terbuka kepada semua peringkat masyarakat. Ia merupakan sukan untuk semua bagi menggalakkan penyertaan yang luas bukan semata-mata untuk pertandingan. Dasar sukan bertujuan untuk membentuk masyarakat yang sihat dan cergas melalui penglibatan aktiviti sukan dan rekreasi. Pelbagai program yang melibatkan slogan Malaysia Cergas telah diusahakan oleh organisasi tertentu bagi menggalakkan penyertaan serta kesedaran masyarakat terhadap faedah bersukan dan rekreasi.
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu melalui kegiatan sukan, murid kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan muridnya. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan majulah sukan untuk semua. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial murid.
Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rembau sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan murid. Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang.
Merentas desa ini merupakan acara sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Aktiviti ini adalah salah satu daripada medium yang dapat memberi ruang kepada murid untuk menonjolkan bakat dan meningkatkan potensi mereka. Ia menjadi aktiviti tahunan yang mana murid yang berbakat dan berpotensi tinggi akan dibawa mewakili sekolah ke peringkat kejohanan daerah serterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Ia juga memberikan peluang kepada murid untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan. NAMA PERTANDINGANKejohanan Merentas Desa SK Taman Seri Rembau 2015TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN
Tarikh
:22 Januari 2015
Hari
:KhamisMasa
:8.00 pagi 10.30 pagi
Tempat
:SK Taman Seri RembauPenganjur
:Unit Kokurikulum
Urusetia Pelaksanaan:Majlis Sukan Sekolah
MATLAMAT
Melahirkan murid yang berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek serta mampu serta sanggup memberi sumbangan kepada kemajuan bangsa dan
negara.OBJEKTIF
Melahirkan bakat-bakat baru yang akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam kejohanan Merentas Desa peringkat MSSD. Memupuk jalinan kerja sama yang erat antara para guru dan murid. Membina dan memupuk nilai-nilai displin, kerjasama, daya saing dan daya juang di kalangan murid. Melahirkan warga SKTSR yang cemerlang, gemilang, terbilang.
SASARAN
Murid Tahap 2 SKTSR Aliran Perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)JAWATANKUASA INDUK MERENTAS DESA SKTSR 2015Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha Kokurikulum
Setiausaha SukanPengurus Kejohanan:
:
:
:
:
Puan Noraini Binti Abdul AzizGuru Besar SK Taman Seri RembauEn. Sharizam Bin ShamsudinGPK KOKU SK Taman Seri RembauPuan Siti Mastura Binti Mohd Taha
GPK Kurikulum SK Taman Seri RembauPuan Meriam binti YusufGPK HEM SM SK Taman Seri RembauEn. Muhamad Firdaus Bin Muhamad AzharEn. Adi Syazwan Bin SaparudinEn. Muhammad Safiq bin Abd Razak
AHLI JAWATANKUASA KERJABIL.AJK
GURUBIDANG TUGASALATAN
1MAKANAN/MINUMAN Pn. Azlina Wati Bt Razli
Pn. Hjh. Jaffridah Bt Dahalan
Pn. Hjh Siti Elyani Bt Muda
Membuat tempahan makanan/minuman untuk pegawai-pegawai dan murid yang bertugas
Mengagihkan makanan/minuman kepada pegawai-pegawai dan murid yang bertugas
2HADIAH
Pn. Nurul Hafizah Bt Mohd. ZulfakharPn. Nurul Fatinah Bt Abdul Malik
Menempah hadiah mengikut kategori
Menyusun hadiah untuk acara Penyampaian Hadiah
Menyediakan sijil untuk para pemenang
Sentiasa berhubung dengan JK Sumbangan/Tajaan sekiranya pihak sekolah menerima sebarang sumbangan yang berbentuk hadiahHadiah, dulang dan sijil
3DOKUMENTASI
En. Muhamad Firdaus Bin Muhamad Azhar Mengumpul semua maklumat untuk didokumentasikan
Membuat dokumentasi dengan kerjasama S/U Kokurikulum dan S/U Sukan
5HOSPITALITI:
KECEMASAN, KESELAMATAN, DISIPLIN, DAN KAWALAN LALU LINTASEn. Ahmad Safuan B Ali En. Norhisham B AbdullahEn. Safwan Haris B Marzuki
Menyediakan ubat - ubatan yang bertugas di check point dan stesen-stesen yang telah dikenalpasti
Memohon bantuan peralatan dan kerjasama dari Pusat Kesihatan Rembau.
Menghantar surat permohonan bantuan kawalan lalu lintas
Mendapatkan maklum balas daripada Pasukan Polis
Memberi layanan berpatutan kepada Pasukan Polis semasa dan selepas bertugas
Memaklumkan kepada Pegawai Teknik/Pengurus Kejohanan dan Pegawai Pelepas bahawa telah bersediaFirst Aid Kit
6PELEPAS
En. Muhammad Safiq B Abd Razak Melepaskan para peserta mengikut kategori di garisan permulaan
Wisel dan Hailer
7HAKIM PENAMAT
Pn. Zamaira Bt Zakaria
Pn. Ruzila Bt Md Hashim
Pn. Ropidah Bt Mohd Nor
Bertugas sebagai ketua hakim penamat untuk kategori masing-masing
Memberi taklimat tatacara mengisi borang kejohanan kepada hakim-hakim penamat
Mengambil kupon kedudukan dari no 1 hingga 10 bagi kategori masing-masing daripada pencatat masa
Menyemak kupon check point para peserta dan mengagihkan kupon kedudukan no 1 hingga 10 kepada peserta yang berjaya menamatkan larian untuk kiraan markah
Memastikan hakim-hakim penamat merekodkan mata merentas desa mengikut rumah sukan peserta bagi menentukan pungutan markah rumah sukan mengikut kategori masing-masing
Menyemak dan menandatangani borang-borang kejohanan yang diterima dari hakim-hakim penamat bagi kategori masing-masing dan menyerahkannya kepada urusetia untuk diauditBorang
8PENCATAT MASA
Pn. Azlina Wati Bt Razli
Pn. Hjh. Jaffridah Bt Dahalan
Pn. Hjh Siti Elyani Bt Muda
Bekerjasama dengan Hakim Penamat dalam menentukan masa kedudukan peserta
Mengambil masa bagi kedudukan murid tempat 1 hingga 10 kategori masing-masing
Memberi catatan masa kepada Hakim Penamat bagi kategori masing-masing
Membantu hakim penamat mengira pungutan bagi kategori masing-masingStop watch
9PENYELARAS CHECK POINTCP1:
Cik Ain Nadia Bt Abd AzizPn. Wan Norizan Bt Wan Zain
CP2:
Pn. Ruslida Bt Idrus
Pn. Wan Roznizura Bt Wan Mohamad
Menyelia, membawa dan menyerahkan kupon check point kepada peserta
Mencatat nombor larian setiap peserta
Membawa pulang penanda check point masing-masing dan letakkan di pondok jaga
Memastikan setiap check point ada Pegawai Check Point yang bertugas sebelum kejohanan dimulakan
Mengawas pergerakan para peserta di sekitar laluan trek
Penanda check point dan kupon check point
10PERONDA
En. Muhammad Safiq B Abd Razak En. Syahidi B Mohd Radzuan
En. Hasbullah B Othman
En. Muhamad Firdaus B Muhamad Azhar Meletakkan penanda bagi setiap Check Point
Meronda trek bersama peserta semasa dilepaskan oleh pelepas dan semasa kejohanan
TENTATIF KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015TARIKH
: 21 Januari 2015HARI
: KhamisMASA
: 7.20 pagi hingga 10.10 pagiTEMPAT PERMULAAN
: Pagar Belakang SekolahTEMPAT BERAKHIR
: Pagar Belakang Sekolah
KAWASAN LARIAN
: Sekitar Perumahan Taman Seri Rembau Fasa 3
JARAK LARIAN
: 2km (Tahun 5 & 6)
: 1.6km (Tahun 4)
PENYAMPAIAN HADIAH
: Perhimpunan Rasmi Hari Isnin (26.1.2015)MasaTentatifTindakan
7.20 pagi Perhimpunan pagi.Guru Bertugas Mingguan
7.40 pagi Taklimat Kejohanan kepada pegawai-pegawai Kejohanan oleh Penolong Pengerusi Teknik . Taklimat Kejohanan kepada peserta oleh Pengurus Kejohanan di tapak perhimpunan. Pemanasan dan regangan badan.
Pengerusi Teknik, Penolong Pengerusi teknik, Pegawai Check Point, Pencatat Masa, Hakim Penamat
8.00 pagi Pergerakan Pegawai-pegawai Check Point, Pasukan Keselamatan dan Kawalan Lalu Lintas serta Pasukan Kecemasan ke check point dan stesyen masing-masing
Sesi memanaskan badan dan tunjukcara serta arahan ke garisan permulaan
Pegawai Check Point, Pegawai Keselamatan dan Lalulintas
8.30 pagi Acara dimulakan dan dilepaskan mengikut Kategori
Kategori Perempuan Tahun 4 Kategori Perempuan Tahun 5 dan 6 Kategori Lelaki Tahun 4 Kategori Lelaki Tahun 5 dan 6
Pelepas, Peronda Mula, Peronda Semasa Kejohanan, Peronda Akhir, Pertolongan Cemas
9.00 pagi Peserta pertama dijangka tibaKetua Hakim, Pencatat Masa
10.10 pagi Acara berakhir
Rehat
ANGGARAN BELANJA MENGURUS
BilPerkaraHarga SeunitKuantitiJumlah
1Hadiah
Kategori Perempuan Tahun 4
Kategori Perempuan Tahun 5
Kategori Perempuan Tahun 6
Kategori Lelaki Tahun 4
Kategori Lelaki Tahun 5
Kategori Lelaki Tahun 6RM 2.00
RM 2.00
RM 2.00
RM 2.00
RM 2.00
RM 2.0010
10
10
10
10
10RM 20.00RM 20.00
RM 20.00
RM 20.00
RM 20.00
RM 20.00
2Gelang GetahRM 5.001 bungkusRM 5.00
3Roti RM 0.80240 bungkusRM 192.00
4KordialRM 4.001 botolRM 4.00
5AisRM 4.001 bungkusRM 4.00
6Peti Kecemasan (ubat)RM 30.001RM 30.00
7Air MineralRM 10.003 kotakRM 30.00
8Kain PutihRM 4.00 2 meterRM 8.00
JUMLAHRM 389.00
PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini akan mencapai objektif seperti yang telah direncanakan dan mendatangkan faedah kepada semua murid. Disamping dapat meningkatkan semangat kerjasama di antara murid serta ia turut memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada murid.
Disediakan oleh:
..
Muhamad Firdaus Bin Muhamad Azhar
Setiausaha Ko-kurikulum
SK Taman Seri Rembau
Disemak oleh:
..
En. Sharizam Bin Shamsudin
GPK Ko-Kurikulum
SK Taman Seri Rembau
Disahkan oleh:
Puan Noraini Binti Abdul Aziz
Guru Besar
SK Taman Seri Rembau