Kertas Kerja Minggu Sains Dan m3

12
KERTAS KERJA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK ANJURAN: PANITIA SAINS DAN MATEMATIK TARIKH: 4-8 MEI 2009 TEMPAT: SK BARIO

description

KK

Transcript of Kertas Kerja Minggu Sains Dan m3

Page 1: Kertas Kerja Minggu Sains Dan m3

KERTAS KERJA

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

ANJURAN:

PANITIA SAINS DAN MATEMATIK

TARIKH: 4-8 MEI 2009

TEMPAT: SK BARIO

Page 2: Kertas Kerja Minggu Sains Dan m3

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan dan sokongan daripada bagi melancarkan dan

menjayakan perlaksanaan projek.

2.0 LATAR BELAKANG

Akitivi pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Sains dan Matematik bukan sahaja tertumpu di dalam kelas

dan juga untuk menghadapi ujian, malah matapelajaran asas ini juga diterapkan dan dipraktikkan dalam amalan

seharian kita. Ia merupakan pemacu ke arah pembangunan Sains dan Teknologi dalam kehidupan yang akan

diterajui oleh generasi muda masa kini. Sehubungan itu, Minggu Sains dan Matematik ini diwujudkan bagi

memastikan segala ilmu yang diperolehi oleh pelajar dipraktikkan agar mereka lebih bermotivasi dan timbul minat

yang mendalam terhadap apa yang telah dipelajari di dalam kelas.

3.0 VISI DAN MISI

Selaras dengan visi dan misi sekolah.

4.0 OBJEKTIF / MATLAMAT

i. Memupuk minat pelajar terhadap matapelajaran Sains dan Matematik.

ii. Menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan pelajar.

iii. Memupuk semangat kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar.

iv. Menyedarkan pelajar betapa pentingnya matapelajaran Sains dan Matematik.

v. Meningkatkan gred mata pelajaran Sains dan Matematik.

5.0 ANJURAN

Program ini dianjurkan oleh Panitia Sains dan Matematik.

6.0 LOKASI DAN MASA

Berikut adalah cadangan tempat dan masa program ini dilaksanakan.

Tempat : SK Bario

Masa : 4-8 Mei 2009

7.0 KUMPULAN SASARAN

Melibatkan semua pelajar SK Bario.

Page 3: Kertas Kerja Minggu Sains Dan m3

8.0 JAWATANKUASA PERLAKSANA

Penasihat : Puan Dara Tigan @ Dora Tigan

Pengerusi : Encik Mohammad Zulfadli Bin Seddek

Naib Pengerusi : Puan Doris Teo Guak Kiaw

Setiausaha : Cik Chua Siok Nui

Bendahari : Encik Mohd. Izwan Bin Md. Som

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Sila rujuk Lampiran A.

10.0 BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA

Sila rujuk Lampiran B.

11.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk Lampiran C.

12.0 ANGGARAN BELANJAWAN DAN PERALATAN

12.1 BELANJAWAN

Bil. Perkara Kuantiti Jumlah (RM)1. * Hadiah dan hamper bagi;

a. My Imaginary Animalb. Kapal Terbang Kertasc. Kuiz Sains dan Matematikd. Treasure Hunte. Pameran Sainsf. Tayangan Video

Jumlah

3 hadiah3 hadiah6 hadiah3 hadiah3 hadiah3 hadiah

21 hadiah

Tertakluk kepada tajaan

JUMLAH -* memerlukan tajaan dari sekolah mahupun tajaan luar.

12.2 BAHAN DAN PERALATAN

Bil. Perkara Kuantiti2. Pembesar suara 14. P.A. sistem

Mikrofon Speaker Extention

222

5. LCD projektor 16. Wisel dan jam randik 1

13.0 PENUTUP

Page 4: Kertas Kerja Minggu Sains Dan m3

Diharap program Minggu Sains dan Matematik ini mendapat sambutan daripada pelajar SK Bario dan mendapat

sokongan moral dan kewangan daripada pihak sekolah bagi memastikan program ini mendapat kejayaan yang

membanggakan.

Disediakan oleh,

(MOHAMMAD ZULFADLI BIN SEDDEK)

Pengerusi,

Minggu Sains dan Matematik 2009,

SK Bario.

Page 5: Kertas Kerja Minggu Sains Dan m3

14.0 SOKONGAN DAN ULASAN PENASIHAT PROJEK

_____________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

Pengesahan Penasihat Projek,

____________________________ Tarikh:

Page 6: Kertas Kerja Minggu Sains Dan m3

Lampiran A

AHLI JAWATANKUASA

AJK Reka Cipta

Encik Mohd. Izwan Bin Md. Som (K)

Cik Eshantee Engkamat

Cik Daisy Anak James Renang

AJK Kuiz

Puan Doris Teo Guak Kiaw (Juri)

Puan Dara Tigan @ Dora Tigan (Hakim)

Encik Mohammad Zulfadli Bin Seddek (MC)

Cik Chua Siok Nui (Penjaga Masa)

AJK Hunt

Encik Mohammad Zulfadli Bin Seddek (K)

Semua guru dan kakitangan sokongan

AJK Pameran

Guru Sains dan Matematik

Ahli Kelab Sains dan Kelab Matematik

AJK Video

Cik Chua Siok Nui (K)

Encik Bahtia Bin Meraji

AJK PA System

Encik Terrence Kari Anak Nyalang (K)

Encik Salomon Sidik

AJK Fotografi

Encik Bahtia Bin Meraji (K)

Cik Liha Binti Mohd.Ali

Page 7: Kertas Kerja Minggu Sains Dan m3

Lampiran B

BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI

Memastikan program berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang

Sentiasa peka akan perkembangan AJK dan bertindak jika menghadapi sesuatu masalah

Mengesahkan segala urusan surat-menyurat dan kewangan serta laporan keseluruhan

NAIB PENGERUSI

Membantu Pengarah dalam menjayakan program

Memastikan AJK melaksanakan tugas masing-masing dan kebajikan AJK terjaga

Menjalankan tanggungjawab Pengerusi ketika ketiadaan Pengerusi

SETIAUSAHA

Melaksanakan segala urusan yang berkaitan dengan minit dan surat-menyurat

Menjadi rujukan dalam peminjaman, jemputan dan publisiti

Membuat laporan keseluruhan setelah tamat program

BENDAHARI

Diamanahkan untuk menjaga dan menguruskan kewangan termasuklah mencari penaja

Segala urusan keluar dan masuk duit mestilah direkod melalui bukti yang sah

Membuat laporan kewangan setelah tamat program

AJK REKA CIPTA

Diamanahkan untuk mengendalikan aktiviti ‘My Imaginary Animals’ bagi Tahap 2 dan ‘Kapal Terbang

Kertas’ bagi Tahap 1 pada hari Isnin (4.5.2009) di tempat masing-masing

Menyediakan terma dan syarat yang sepatutnya dengan lengkap dan sempurna

Mengadili dan menghakimi segala keputusan yang diperolehi

Membuat laporan aktiviti yang lengkap dan diserahkan kepada setiausaha projek

AJK KUIZ

Diamanahkan untuk mengendalikan aktiviti ‘Kuiz Sains dan Matematik’ pada hari Selasa (5.5.2009) di

Astakaria

Menyediakan terma dan syarat yang sepatutnya dengan lengkap dan sempurna

Mengadili dan menghakimi segala keputusan yang diperolehi

Membuat laporan aktiviti yang lengkap dan diserahkan kepada setiausaha projek

AJK HUNT

Diamanahkan untuk mengendalikan aktiviti ‘Treasure Hunt’ pada hari Rabu (6.5.2009) di sekitar SK Bario

Menyediakan terma dan syarat yang sepatutnya dengan lengkap dan sempurna

Page 8: Kertas Kerja Minggu Sains Dan m3

Mengadili dan menghakimi segala keputusan yang diperolehi

Membuat laporan aktiviti yang lengkap dan diserahkan kepada setiausaha projek

AJK PAMERAN

Diamanahkan untuk mengendalikan aktiviti ‘Pameran Sains dan Matematik’ pada hari Khamis (7.5.2009) di

Bilik LAN

Membuat laporan aktiviti yang lengkap dan diserahkan kepada setiausaha projek

AJK VIDEO

Diamanahkan untuk mengendalikan aktiviti ‘Tayangan Video’ pada hari Jumaat (8.5.2009) di Bilik LAN

Menyediakan terma dan syarat yang sepatutnya dengan lengkap dan sempurna

Mengadili dan menghakimi segala keputusan yang diperolehi

Membuat laporan aktiviti yang lengkap dan diserahkan kepada setiausaha projek

AJK PA SYSTEM

Diamanahkan untuk mengendalikan PA System untuk aktiviti ‘Kuiz Sains’ pada hari Selasa (5.5.2009) dan

aktiviti ‘Tayangan Video’ pada hari Jumaat (8.5.2009) di tempat masing-masing

Memastikan kelengkapan segala peralatan dalam keadaan yang baik dan sempurna sebelum, ketika dan

selepas aktiviti dijalankan

AJK FOTOGRAFI

Diamanahkan untuk mengambil gambar sepanjang aktiviti dijalankan di tempat berlangsungnya aktiviti

Membuat laporan bergambar yang lengkap bagi setiap aktiviti dan diserahkan kepada setiausaha projek

Page 9: Kertas Kerja Minggu Sains Dan m3

Lampiran C

TENTATIF PROGRAM

Masa : 2.30 – 5.30 petang

Hari Tempat Aktiviti * AJK terlibat

Isnin

(4.5.2009)

Astakaria

Koridor Tahap 2

My Imaginary Animal

Kapal Terbang Kertas

AJK Reka Cipta

AJK Fotografi

Selasa

(5.5.2009)Astakaria Kuiz Sains dan Matematik

AJK Kuiz

AJK PA System

AJK Fotografi

Rabu

(6.5.2009)Sekitar SK Bario Treasure Hunt

AJK Hunt

AJK Fotografi

Khamis

(7.5.2009)Bilik LAN Pameran Sains dan Matematik

AJK Pameran

AJK Fotografi

Jumaat

(8.5.2009)Bilik LAN Tayangan Video

AJK Video

AJK PA System

AJK Fotografi

* Sila rujuk Lampiran D.

Page 10: Kertas Kerja Minggu Sains Dan m3

Lampiran D

MAKLUMAT AKTIVITI

Aktiviti: My Imaginary Animal

Sasaran: Pelajar tahap 2. (Kumpulan tertakluk kepada AJK berkenaan)

Objektif:

Pelajar boleh meningkatkan lagi daya imaginasi

Mewujudkan daya saing antara pelajar

Peralatan: plastisin

Kaedah: Setiap kumpulan akan diberi plastisin untuk membina haiwan yang telah pupus atau hampir pupus dengan

menggunakan imaginasi masing-masing. Permarkahan akan dinilai dari segi kekreatifan dan kelogikan yang diadili

oleh para juri.

Aktiviti: Kapal Terbang Kertas

Sasaran: Pelajar tahap 1. (Kumpulan tertakluk kepada AJK berkenaan)

Objektif:

Meningkatkan lagi daya saing antara pelajar

Mewujudkan rasa minat dan peka terhadap aplikasi Sains dalam kehidupan

Peralatan: Kertas A4

Kaedah: Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki untuk melipat kapal terbang kertas dan akan dilontarkan dari

koridor tahap 2. Bagi mana-mana kapal terbang kertas yang terbang paling jauh dikira sebagai pemenang seluruh

ahli kumpulan berkenaan.

Aktiviti: Kuiz Sains dan Matematik

Sasaran: Pelajar SK Bario (Kumpulan tertakluk kepada AJK berkenaan)

Objektif:

Mewujudkan persaingan yang sihat antara peserta

Menguji apa yang telah dipelajari oleh pelajar berkenaan ketika di dalam kelas

Peralatan: Kertas A4, alat tulis, PA sistem, LCD projektor

Kaedah: Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan-soalan Sains dan Matematik yang telah ditetapkan oleh

AJK berkenaan. Pihak juri akan menentukan pemenang dan segala keputusan adalah muktamad.

Page 11: Kertas Kerja Minggu Sains Dan m3

Aktiviti: Treasure Hunt

Sasaran: Semua pelajar SK Bario (Kumpulan adalah mengikut kelas masing-masing)

Objektif:

Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli kelas khasnya dan antara ahli sekolah umumnya.

Menguji jiwa dan minda pelajar dalam memupuk minat untuk belajar dan lebih berusaha dalam pelajaran

Peralatan: terpulang kepada setiap guru dan ahli kakitangan sokongan

Kaedah: Setiap guru dan ahli kakitangan sokongan akan berada di mana-mana kawasan di dalam sekolah dan

tunggu akan kedatangan pelajar secara berkumpulan. Setiap guru dan ahli kakitangan sokongan dikehendaki

menandatangani kertas yang dibawa oleh setiap kumpulan dengan syarat guru dan ahli kakitangan sokongan

berpuas hasti. Kumpulan yang berjaya mengumpulkan kesemua tandatangan guru dan ahli kakitangan sokongan

dengan paling cepat dikira sebagai pemenang.

Aktiviti: Pameran Sains dan Matematik

Sasaran: Pelajar SK Bario

Objektif:

Mewujudkan minat yang tinggi terhadap Matematik dan Sains

Menyedarkan pelajar akan betapa pentingnya Matematik dan Sains dalam kehidupan seharian

Peralatan: Segala bahan pameran Matematik dan Sains, kertas soalan

Kaedah: Segala bahan pameran akan ditempatkan di bilik LAN dan pelajar yang mengunjungi boleh menjawab

beberapa soalan yang telah diberikan oleh AJK yang berkenaan. Pelajar yang menjawab dengan betul dan tepat

akan diberikan hadiah. Hadiah akan diberikan kepada tempat pertama, kedua dan ketiga berdasarkan markah yang

diperolehi.

Aktiviti: Tayangan Video

Sasaran: Pelajar SK Bario

Objektif:

Menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam terhadap Matematik dan Sains

Mewujudkan rasa kagum dan berbangga kerana mempelajari Matematik dan Sains

Peralatan: LCD projektor

Kaedah: Pelajar akan menonton tayangan video berkaitan dengan Sains dan Matematik. Pelajar akan diberikan

kertas soalan dan mereka menjawab soalan berkenaan semasa tayangan video berkenaan ditayangkan. Pemenang

tempat pertama, kedua dan ketiga akan diberikan berdasarkan markah yang diperolehi.