Kertas Kerja Mohon Peruntukkan

5
KOLEJ VOKASIONAL MIRI LORONG 10, JALAN JEE FOH, KROKOP, 98000 MIRI, SARAWAK KERTAS KERJA a) Permohonan Peruntukkan Kewangan Bagi Pembelian Bahan Pembelajaran Diploma Vokasional Malaysia (Automotif) 1) Buku Rujukan Berkaitan Teknologi Automotif ------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------ 1.0 PENGENALAN Kertas kerja ini adalah untuk memohon peruntukkan bagi pembelian bahan pengajaran dan pembelajaran buku rujukan iaitubagi Modul Teknologi Automotif. Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan.Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan

description

KV MYY

Transcript of Kertas Kerja Mohon Peruntukkan

Page 1: Kertas Kerja Mohon Peruntukkan

KOLEJ VOKASIONAL MIRILORONG 10, JALAN JEE FOH, KROKOP, 98000 MIRI, SARAWAK

KERTAS KERJA

a) Permohonan Peruntukkan Kewangan Bagi Pembelian Bahan Pembelajaran

Diploma Vokasional Malaysia (Automotif)

1) Buku Rujukan Berkaitan Teknologi Automotif

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini adalah untuk memohon peruntukkan bagi pembelian bahan

pengajaran dan pembelajaran buku rujukan iaitubagi Modul Teknologi Automotif.

 Dasar  Pendidikan  Kebangsaan  sememangnya  dapat  menampung

keperluan-keperluan negara buat masa  ini  dan  masa  depan.Selaras dengan

hasrat  negara  untuk  mencapai tahap negara perindustrian adalah penting

rakyatnya diberikan  pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi

bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan

sebagainya.  Oleh  itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhikeperluan tenaga

manusia dari segi jumlah tetapi  juga  dari segi  kualiti. Dasar ini seharusnya dapat

menggalakkan lebih ramai  rakyat  yang  terlibat  secara  aktif  dalam   bidang

keusahawanan   dan   tidak   bergantung  semata-mata  kepada kerajaan untuk

mencari kerja.Ini adalah selaras  dengan dasar  kerajaan  semasa  yang

menekankan  penyertaan swasta secara aktif.

Buku teks merupakan satu wadah penulisan yang mengandungi fakta,

pengetahuan dan maklumat lain yang diperlukan untuk membentuk minda pelajar.

Ianya tidak hanya berfokus kepada aspek peperiksaan sahaja tetapi lebih dari itu.

Penggunaaan bahasa yang ringkas dan padat, di samping ilustrasi yang menarik

Page 2: Kertas Kerja Mohon Peruntukkan

diharap dapat merangsang minda pelajar menghayati matlamat dan objektif

pengajaran dan pembelajaran.

Buku teks dan rujukan sangat membantu anda dalam merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Ilustrasinya yang menarik dan aktiviti berpusatkan

murid akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas anda ‘hidup

dan menyeronokkan, ia perlu dijadikan sebagai sumber rujukan utama murid.

Kita hendaklah menanamkan kepada pelajar mengenai kepentingan mengguna

dan memelihara buku teks. Pendekatan Buku Teks Semakan Semula diharapkan

menjadi rujukan terkini pelajar. Isu pelajar sering mendapatkan sumber dari buku

tambahan luar lebih dari buku teks seharusnya dapat diatasi.

2.0 SASARAN

Pelajar-pelajar Teknologi Automotif Tahun 1 dan untuk pembaca yang ingin

mendalami bidang Automotif.

3.0 OBJEKTIF

Tujuan penggunaan buku-buku tersebut adalah:-

3.1 Memenuhi keperluan KSKV di mana pelajar memerlukan bahan rujukan

sebagai bahan rujukan; dan

3.2 Meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar dari segi teori dan amali dalam

menguasai ilmu berkaitan Automotif.

4.0 BILANGAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG

DIPERLUKAN

Bagi tujuan ini, permohonan bilangan bahan pengajaran dan pembelajaran:-

- Rujuk lampiran yang disediakan.

5.0 SPESIFIKASI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

- Rujuk lampiran yang disediakan.

6.0 MODUL KSKV YANG BERKAITAN

- Rujuk KSKV Teknologi Automotif.

Page 3: Kertas Kerja Mohon Peruntukkan

7.0 SUMBER PERUNTUKKAN KEWANGAN

Unit Automotif Kolej Vokasional Miri akan amat komited dalam merealisasikan

transformasi pendidikan bidang teknik dan vokasional. Dengan adanya bahan-

bahan ini kelak, maka diharapkan ia dapat digunakan oleh semua Kohort

termasuk guru sebagai bahan rujukan bagi menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih lancar.

Dengan ini, perbelanjaan pembelian buku-buku ini akan menggunakan wang

peruntukkan per kapita pelajar (PCG) dan ia tidak melebihi 10% daripada nilai

yang diperuntukkan.

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya demi

pembangunan kemahiran pelajar secara khususnya, dan Negara secara amnya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

……………………. ……………………………………..

Ahmad Nizam Bin Yahaya Choo Siak Lan

Unit Automotif Pengarah

Kolej Vokasional Miri Kolej Vokasional Miri