Kertas Kerja Mural sekolah rendah

7
1.0 PENGENALAN Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru- guru pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru. 2.0 RASIONAL Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada

description

kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Mural sekolah rendah

Page 1: Kertas Kerja Mural sekolah rendah

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah

kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang

kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah

sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau

kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga

dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan

ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru

pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan

mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru.

2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama

serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu

diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru,

kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah

mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna

pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan

dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang

mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung

tetamu yang melalui kawasan sekolah akan membaca kata-kata hikmah serta

mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan

wadah yang menonjolkan budaya sekolah.

Page 2: Kertas Kerja Mural sekolah rendah

OBJEKTIF

i) Untuk menjadikan laluan prasekolah sebagai satu tempat tumpuan yang menarik bagi

guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.

ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak

sekolah.

iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.

iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani praktikum

di sekolah ini.

v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan

sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai

guru sebenar pada masa akan datang.

3.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh : 4 minggu (April 2014)

Tempat : Laluan prasekolah sekolah SKKJ

4.0 SASARAN

Pelawat, guru dan murid Sekolah Kebangsaan Khir Johari.

Page 3: Kertas Kerja Mural sekolah rendah

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn Nor’Aini bt. Dahlan

Pengerusi : Pn Sabariah bt Din

Penyelaras Projek : Zuliflee Bin Haron

Penolong Penyelaras : Muhammad Ridzuan Bin Kamarudin

Setiausaha : Muhd Nazirul Syaqim

Reka Grafik : Tengku Muhammad Afiq

                                      

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Harga/Kos

1 Berus RM 20.00

2 Cat Mural  RM 50.00

3 Cat Dinding RM 30.00

               Jumlah RM 100.00

* Alatan dan cat telah disediakan oleh bilik Pendidikan Seni Visual. Tiada perbelanjaan

dikeluarkan.

Page 4: Kertas Kerja Mural sekolah rendah

7.0 SUMBER KEWANGAN

Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam Selangor

8.0 PERANCANGAN PROJEK

Bil. Aktiviti Bahan Tindakan

1Perbincangan mengenai idea

mural bertemakan Peta I-Think

Gambar peta

‘I-THINK’-  Semua guru pelatih

2 Pembinaan kertas kerja Kertas kerja - Setiausaha

2

Perbincangan dan pemilihan

bersama pihak pentadbiran untuk

khidmat nasihat bagi mendapat

kelulusan daripada Guru Besar.

Kertas Cadangan

- AJK

- Pengerusi Projek

- Guru Besar

3

Pemilihan Peta I-THINK yang

bersesuaian di dinding laluan ke

kantin sekolah.

Tema I-THINK

dalam PdP-  Semua guru pelatih

4 Projek dimulakanBahan dan alatan

melukis mural-  Semua guru pelatih

5 Refleksi dan dokumentasiKertas

Dokumentasi-  Semua guru pelatih

9.0 PENUTUP

Page 5: Kertas Kerja Mural sekolah rendah

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan

dikendalikan oleh guru pelatih dari IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa. Kami

berharap projek melukis mural Peta I-Think dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada guru-

guru pelatih mengenai pengurusan keceriaan di luar bilik darjah serta mengeratkan

hubungan antara guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah.

Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran

Sekolah Kebangsaan Khir Johari

Disediakan oleh:

.......................................

(MUHD NAZIRUL SYAQIM)

Setiausaha,

Projek Mural I-Think

Disemak oleh:

........................................

(ZULKIFLEE BIN HARON)

Penyelaras,

Projek Mural I-Think.

Disahkan oleh:

Page 6: Kertas Kerja Mural sekolah rendah

........................................

(PN. SABARIAH BINTI DIN)

Guru Prasekolah

Sekolah Kebangsaan Khir Johari

Sabak Bernam, Selangor

Diluluskan oleh:

.........................................

(PN. NOR’AINI BINTI DAHLAN)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Khir Johari,

Sabak Bernam, Selangor.