Kertas Kerja Panitia Daerah

5
KERTAS KERJA PROGRAM BENGKEL LATIHAN PENANDAAN FIZIK KERTAS 2 ANJURAN PANITIA SAINS SMK SERI MAHKOTA DENGAN KERJASAMA PEJABAT PELAJARAN DAERAH JASIN TAHUN 2015 ______________________________ 1. Pendahuluan Program Panitia Daerah merupakan satu mekanisme untuk perkongsian idea, pengalaman dan matlamat bersama antara guru fizik daerah Jasin. Program peringkat daerah ini, memberi ruang dan peluang kepada guru-guru fizik dari sekolah yang berbeza untuk berbincang, berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman berkaitan pembelajaran dan pengajaran fizik. Secara tidak langsung program panitia daerah merupakan satu usaha kolaboratif untuk meningkatkan pencapaian murid-murid daerah Jasin dalam peperiksaan SPM. Program Bengkel Latihan Penandaan Kertas 2 Fizik adalah program anjuran Panitia Sains Menengah Atas SMK Seri Mahkota dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Jasin. Program ini dianjurkan untuk membantu guru-guru, khususnya guru fizik daerah Jasin dalam meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Menerusi program bengkel ini, guru-guru fizik daerah Jasin boleh berkongsi ilmu dan kemahiran penandaan kertas 2 fizik serta dapat meningkatkan profesionalisme keguruan dan menjayakan dasar kementerian pendidikan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 2. Objektif Program Bengkel Latihan Penandaan Kertas 2 ini digerakkan berlandaskan objektif seperti: a. Memberikan pendedahan kepada guru-guru baharu posting tentang teknik penandaan b. Memberi pendedahan kepada guru-guru baharu mengajar fizik tentang teknik penandaan c. Memberi pendedahan kepada guru-guru fizik yang belum pernah menanda kertas 2 3. Tarikh, Masa, Tempat & Pakaian a. Tarikh : 27 Mei 2015 b. Hari : Rabu c. Masa : 02.00 ptg 05.00 ptg. d. Tempat : Makmal Komputer SMK Seri Mahkota e. Pakaian : Rasmi 4. Penceramah Mohd Nazri b. Tumiran Smk Teknik Bukit Piatu

description

fizik

Transcript of Kertas Kerja Panitia Daerah

Page 1: Kertas Kerja Panitia Daerah

KERTAS KERJAPROGRAM BENGKEL LATIHAN PENANDAAN FIZIK KERTAS 2

ANJURANPANITIA SAINS SMK SERI MAHKOTA

DENGAN KERJASAMAPEJABAT PELAJARAN DAERAH JASIN

TAHUN 2015______________________________

1. PendahuluanProgram Panitia Daerah merupakan satu mekanisme untuk perkongsian idea, pengalaman dan matlamat bersama antara guru fizik daerah Jasin. Program peringkat daerah ini, memberi ruang dan peluang kepada guru-guru fizik dari sekolah yang berbeza untuk berbincang, berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman berkaitan pembelajaran dan pengajaran fizik. Secara tidak langsung program panitia daerah merupakan satu usaha kolaboratif untuk meningkatkan pencapaian murid-murid daerah Jasin dalam peperiksaan SPM.

Program Bengkel Latihan Penandaan Kertas 2 Fizik adalah program anjuran Panitia Sains Menengah Atas SMK Seri Mahkota dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Jasin. Program ini dianjurkan untuk membantu guru-guru, khususnya guru fizik daerah Jasin dalam meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Menerusi program bengkel ini, guru-guru fizik daerah Jasin boleh berkongsi ilmu dan kemahiran penandaan kertas 2 fizik serta dapat meningkatkan profesionalisme keguruan dan menjayakan dasar kementerian pendidikan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

2. ObjektifProgram Bengkel Latihan Penandaan Kertas 2 ini digerakkan berlandaskan objektif seperti:

a. Memberikan pendedahan kepada guru-guru baharu posting tentang teknik penandaan

b. Memberi pendedahan kepada guru-guru baharu mengajar fizik tentang teknik penandaan

c. Memberi pendedahan kepada guru-guru fizik yang belum pernah menanda kertas 2

3. Tarikh, Masa, Tempat & Pakaiana. Tarikh : 27 Mei 2015b. Hari : Rabuc. Masa : 02.00 ptg – 05.00 ptg.d. Tempat : Makmal Komputer SMK Seri Mahkotae. Pakaian : Rasmi

4. PenceramahMohd Nazri b. TumiranSmk Teknik Bukit Piatu

5. SasaranGuru fizik sekolah menengah daerah Jasin = 30 orang

Page 2: Kertas Kerja Panitia Daerah

6. Atur Acara2.00 ptg : Pendaftaran2.15 ptg. : Ceramah dan Bengkel Latihan Penandaan Kertas 2 Bahagian B &C 5.00 ptg. : Penyampaian cenderamata

Jamuan ringan: Bersurai

7. Ahli Jawatankuasa

a. Penaung : Encik Abu Bakar bin Alim - PPD Jasinb. Penasihat : Encik Madzlan Bin Mahat - Pengetua SMKSM

: En Abdullah bin Wahid – PPD Jasinc. Pengerusi : Encik Ishak bin Hasshim – GPK Pentadbiran SMKSM d. Penyelaras : Pn Hafilah binti Yusope. Setiausaha : Pn Robiah Binti Salim

AJK Kerja:1. En. Ahmad Izzauddin Shah Bin Ibrahim2. Pn Rabiah binti Ahmad3. Pn Aiza Zuraini binti Zainal

8. Perbelanjaana. Cenderamata:

i. Penceramah : RM 50.00 X 1orang = RM 50.00ii. Jamuan : RM 3.00 X 30 orang = RM 90.00iiii. Runcit : = RM 50.00

JUMLAH = RM 190.00

9. Peralatan & Bahana. Borang Pendaftaranb. P.A Sistemc. Komputer riba / ‘Chrome book’ d. Brosur

10. PenutupProgram Bengkel Latihan penandaan kertas 2 Fizik diharapkan dapat membantu guru-guru dalam PPPM dan seterusnya melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran secara lebih berkesan. Harapan pihak pengerusi Panitia Fizik Daerah Jasin, selepas program bengkel ini, guru-guru Fizik daerah Jasin dapat menggunakan ilmu yang diperoleh bagi meningkatkan kualiti Fizik daerah Jasin.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................................ ..............................................(Pn Robiah binti Salim) (En. Madzlan bin Mahat)Setiausaha Panitia Sains Pengetua SMK Seri Mahkota SMK Seri Mahkota

Page 3: Kertas Kerja Panitia Daerah

Ruj. Kami : SMKSM / 01 / 07-2014Tarikh : 05 Mei 2015

Kepada :Pengetua dan Guru BesarSekolah Menenagah Daerah Jasin

Tuan,

PROGRAM BENGKEL LATIHAN PENANDAAN FIZIK KERTAS 2

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Pejabat Pelajaran Daerah Jasin dengan kerjasama Panitia Sains SMK Seri Mahkota akan menganjurkan program seperti di atas bagi meningkatkan profesionalisme guru-guru kimia daerah Jasin dalam merealisasikan Anjakan PPPM pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 27 Mei 2015Hari : RabuJam : 02. 00 ptg.- 05.00 ptg.Tempat : Makmal Komputer SMK Seri MahkotaAgenda : 2.00 tgh. : Pendaftaran

2.15 ptg. : Ceramah dan Bengkel Latihan Penandaan5.00 ptg. : Jamuan ringan dan bersurai

3. Sehubungan dengan ini, tuan diminta menghantar guru kimia dari sekolah tuan untuk mengikuti program di atas. 4. Tuan juga boleh meminta guru yang mengikuti program di atas untuk mengadakan perkembangan staff berkaitan program yang diikuti ini sewaktu LADAP.

Sekian dan terima kasih.

“MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA 2”

“BERKAT, TEPAT, CEPAT”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………

Page 4: Kertas Kerja Panitia Daerah