Kertas Kerja Pembangunan Makmal Matematik ( N )

8
KERTAS KERJA PEMBANGUNAN MAKMAL MATEMATIK SJK(C) AIR KUNING SELATAN 2014

description

Kertas Kerja Pembangunan Makmal Matematik

Transcript of Kertas Kerja Pembangunan Makmal Matematik ( N )

Page 1: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Matematik ( N )

KERTAS KERJA

PEMBANGUNAN

MAKMAL MATEMATIK

SJK(C) AIR KUNING SELATAN

2014

PENDAHULUAN

Page 2: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Matematik ( N )

SJK ( C ) Air Kuning Selatan merupakan sekolah jenis greb B yang mempunyai murid seramai

120 orang. Sekolah memerlukan makmal Matematik kerana membolehkan murid-murid

membelajari ilmu matematik yang luas secara globalisasi. Selain itu, ia juga berperanan untuk

menarik minat murid terhadap mata pelajaran ini. Sejajar dengan misi kementerian Pelajaran

Malaysia iaitu “Membangunkan Potensi Individu melalui Pendidikan Berkualiti”, maka saya Lee

Yian Nee selaku ketua dan setiausaha panitia matematik bercadang untuk membina sebuah

makmal matematik di SJK (C) Air Kuning Selatan. Maka, dengan ini amatlah berharap

cadangan ni dipertimbangkan dan akan mendapat perhatian dari pihak berkenaan bagi

menjamin kecemerlangan murid dalam menguasai ilmu matematik dan dapat memberi manfaat

kepada generasi baru.

RASIONAL DAN MATLAMAT

Tujuan utama Makmal Matematik ini diadakan ialah memberi peluang kepada murid-murid

untuk menimba ilmu matematik melalui kaedah Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang baru.

Murid-murid juga akan memperoleh pengalaman yang banyak dalam menjalankan penerokaan

dan penemuan berkaitan masalah yang bersangkutan Matematik melalui penyediaan aset-aset

yang telah disediakan dalam Makmal Matematik. Malahan, Makmal Matematik turut dapat

mengurangkan beban cikgu untuk menyediakan peralatan mengajar kerana semuanya telah

disediakan dalam Makmal Matematik.

OBJEKTIF

Penggunaan yang optimum Makmal Matematik dalam kalangan guru pelatih dapat :

a. Memberi motivasi kepada murid-murid untuk meneroka pembelajaran

matematik.

b. Membina sikap yang positif dalam matematik. Murid-murid akan merasa seronok

dengan matematik.

c. Memupuk perasaan kerjasama dan bertanggungjawab. Murid lebih

bertanggungjawab untuk menjaga asset atau peralatan dalam Makmal

Matematik.

Page 3: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Matematik ( N )

d. Menghargai dan menghayati keindahan matematik menerusi kaedah inquiri

penemuan dan penerokaan.

e. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah matematik

serta mencapai persetujuan bagi penyelesaian yang didapati.

f. Memperkembangkan kekuatan berfikir secara kreatif dan kritis, logik dan

imaginasi melalui aktiviti Matematik sama ada secara kumpulan atau individu.

g. Menghayati dan mengamalkan nilai murni seperti sikap positif, bekerjasama dan

bertanggungjawab.

LOKASI SASARAN

Bolok D, Bolok ini amat sesuai dijadikan pilihan kerana telah disediakan dengan beberapa

kemudahan yang dapat mengurangkan perbelanjaan bagi membina satu makmal komputer.

Sebagai contohnya, kerusi dan dua buah komputer telah disediakan. Malahan, keadaan bilik

tersebut yang kondusif iaitu dari segi keluasan dapat memberi keselesaan kepada murid-murid

untuk menuntut ilmu matematik di situ. Murid – murid boleh menjalani aktiviti matematik di

makmal tanpa gangguan.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Dalam cadangan membina makmal matematik ini, terdapat banyak asset yang perlu disediakan

bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matematik dijalankan secara

optimum. Maka, Antaranya adalah aset yang disediakan boleh dibahagi kepada dua bahagian.

Bahagian pertama adalah aset elektronik manakala bahagian kedua pula adalah aset yang

bukan elektronik. Oleh itu, dengan ini akan didemonstrasikan dalam bentuk jadual aset yang

diperlukan dalam Makmal Matematik yang dicadangkan beserta dengan anggaran

perbelanjaannya sekali

Rujuk Lampiran 1 bagi setiap perbelanjaan yang diperlukan.

SUMBER KEWANGAN

Page 4: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Matematik ( N )

Kami mengharapkan sumbangan dari pihak PIBG,pihak koporat,juga mana-mana pihak yang

sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan hasrat kami membangunkan, menambah baik

serta mengindahkan makmal matematik.

PENUTUP

Besarlah harapan kami agar program yang kami rancangan ini boleh mendapat sokongan dari

semua pihak agar harapan kami untuk membangunkan, membaik pulih serta menceriakan

makmal matematik ini tercapai hendaknya.

Page 5: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Matematik ( N )

JAWATANKUASA INDUK

PROGRAM PEMBANGUNAN

MAKMAL MATEMATIK SJK (C) Air Kuning Selatan

PENASIHAT

Pn. Lee Swee Lan

(Guru Besar SJK(C) Air Kuning Selatan)

Pn. Chong Man Dee

(YDP PIBG SJK(C) Air Kuning Selatan)

PENGERUSI

En. Loi Chee Choong

(GK Pentadbiran)

SETIAUSAHA

Cik. Lee Yian Nee

(Guru Penyelaras Makmal Matematik)

AJKCik. Chong Sin Ling

En. Wee Seng Huat

Cik. Loo Pei Ling

Cik Lee Swee Yee(Guru Makmal Matematik)

Disediakan Oleh:-

Disahkan Oleh:-

(LEE SWEE LAN)Guru BesarSJK (C) Air kuning Selatan

Page 6: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Matematik ( N )

(LEE YIAN NEE)

Setiausaha

Program Pembangunan Makmal Matematik

Lampiran 1

Aset-Aset Keperluan Makmal Matematik

Aset-aset elektronik

Bil Jenis barangan Kuantiti Anggaran Harga

(1 unit)

Jumlah (RM)

1. Komputer 7 RM 1100 7 x RM 1100 = RM

7700

2. IWB (Interactive

white Board)

1 RM 10000 1 X RM 10000 =

RM 10000

3. Projektor LCD

(TOSHIBA)

1 RM 2000 1 X RM 2000 = RM

2000

4. Pembesar Suara 1 RM 1000 1 x RM 1000 = RM

1000

JUMLAH RM 20700.00

Aset-aset bukan elektronik

Bil Jenis barangan Kuantiti Anggaran

Harga (1 unit)

Jumalah

1. Almari Kabinet 1 Rm 700 1 x RM 700

= RM 700

2. Almari bercermin kaca

( rendah )

1 RM 600 1 x RM 600

= RM 600

3. Almari Buku 1 RM 400 1 x RM 400

= RM 400

4. Troli ABM 1 RM 50 1 x RM 50

= RM 50

5. Meja murid 8 RM 350 8 x RM 350

Page 7: Kertas Kerja Pembangunan Makmal Matematik ( N )

= RM 2800

6. Tong Sampah 2 RM 5 2 x RM 5

= RM 5

JUML

AH

RM 4555.00

Jadi, melalui anggaran perbelanjaan yang ditunjukkan di atas, dapat dilihat bahawa

saya telah mengklasifikasikan aset-aset kepada dua jenis iaitu elektronik dan bukan

elektronik.

∴ Jumlah anggaran perbelanjaan

= aset elektronik + aset-aset bukan elektronik

= RM 20700.00+ RM 4555.00

= RM 25255.00