Kertas Kerja Pendidikan Moral 2012

download Kertas Kerja Pendidikan Moral 2012

of 7

Transcript of Kertas Kerja Pendidikan Moral 2012

  • 8/13/2019 Kertas Kerja Pendidikan Moral 2012

    1/7

    KERTAS KERJA

    PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN MORAL SK LIKAS 2011

    SEMAIKAN EMPATI, ZAHIRKAN PENGHARGAAN

    Pengenalan

    Program Kecemerlangan Pendidikan Moral SK Likas 2012 Semaikan Empati, Zahirkan Penghargaan ini

    dirancang dan dilaksanakan bagi memberikan peluang kepada murid-murid yang mengambil mata pelajaran

    Pendidikan Moral Tahun 1 hingga Tahun 6 menunjukkan bakat dan potensi agar mereka dapat melahirkan

    nilai-nilai yang dipelajari melalui aktiviti dan kegiatan yang disediakan dalam program ini. Murid-murid ini perlu

    menghayati dan menunjukkan nilai-nilai yang dipelajari bagi memberikan pengukuhan dan peneguhan

    seterusnya dapat diamalkan dalam masyarakat.

    Objektif

    Selepas mengikuti program ini murid-murid diharapkan dapat:

    1. meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharianbagi menjalin hubungan baik dengan masyarakat.

    2. memberikan galakan untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memperolehi kejayaan dengan pencapaianyang cemerlang dalam semua kegiatan baik dalam bidang kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah

    dengan mengamalkan nilai kerajinan dan semangat bersungguh-sungguh.

    3. merangsang kesedaran murid-murid menghargai pengorbanan dan sumbangan pemimpin, ibu bapa danguru-guru mereka.

    4. Sentiasa bersyukur kepada Tuhan dan menunjukkan simpati terhadap orang yang sakit atau ditimpamusibah.

    Tarikh pelaksanaan : 13 Ogos hingga 17 Ogos 2012

    Sasaran : Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 seramai 19 orang murid.

    Ahli Jawatankuasa :

    Penasihat : Pn. Marianah Mohd Yusuf

    Guru Besar SK Likas

    Pengerusi : En.Mohammad

    Penolong Kanan kurikulum, SK Likas

    Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh. Hatijja Mopa

    Penolong Kanan Petang

    Setiausaha : Pn.Roseminah Bt.Galib

    Bendahari : Cik Lo Li Mui

    Pengurus program : Semua Guru Pendidikan Moral

    Pengurus hadiah : Cik Lo Li Mui (sesi pagi)

    Pn. Rosnah (sesi petang)

    Pengurus bahan bacaan : Cik Norasmah Abd Rashid

    dan buku skrap Penyelaras PSS

    Penyelaras Nilam

    Pelaporan/Dokumentasi : Pn.Rosminah Bt.Galib

    AJK : En. Daing Ardi Arek

    En. Mohd Khasnan Selamat

  • 8/13/2019 Kertas Kerja Pendidikan Moral 2012

    2/7

  • 8/13/2019 Kertas Kerja Pendidikan Moral 2012

    3/7

    Analisis bilangan murid Pendidikan Moral SK Likas

    Tahun 1 = 4 orang Tahun 4 = 6 orang

    Tahun 2 = 3 orang Tahun 5 = 2 orang

    Tahun 3 = 1 orang Tahun 6 = 1 orang

    Jumlah = 8 orang Jumlah = 9 orang Jumlah besar = 17 0rg

    Penutup

    Penyertaan murid-murid dalam program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya

    mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, sentiasa berbudi, baik hati dan mengenang jasa

    pemimpin negara, guru-guru, ibu bapa, keluarga serta dapat menyatakan rasa sayang kepada mereka.

    Disediakan oleh: Disemak oleh:

    _____________________ _____________________

    Pn.Roseminah Bt.Galib En.Moammad

    Setiausaha Pengerusi

    Disahkan oleh:

    ______________________

    Pn. Marianah Mohd Yusuf

    Penasihat

  • 8/13/2019 Kertas Kerja Pendidikan Moral 2012

    4/7

    Lampiran A

    Tahap 1

    Bil Aktiviti Tarikh Penyelaras Cara penilaian

    1Mesyuarat AJK dan Taklimat kepada

    murid

    8 Ogos-10 Ogos

    2012

    (Rabu - Jumaat)

    Pn.Roseminah

    2

    Pertandingan murid paling kemas

    (Thn 1, 2 & 3)

    1316 Ogos

    2012

    (Isnin-Khamis)

    Pn. Roseminah &

    Pn. Rosnah

    Penilaian dibuat setiap hari oleh guru yang mengajar di dalam kelas

    berkenaan. Pada hari Isnin, guru akan member sedikit taklimat

    tentang kebersihan diri semasa sesi P & P di dalam kelas. Borang

    penilaian murid akan disediakan dan dilengkapkan setiap hari dalam

    minggu P.Moral. Tiga orang murid yang paling kemas sepanjang

    minggu akan dikira sebagai pemenang. Lima hadiah saguhati akandisediakan sebagai motivasi pelajar yang lain.

    3

    Membaca sebuah buku dan menyatakan

    nilai murni yang terdapat dalam cerita itu

    kemudian dipersembahkan dalam

    perhimpunan.

    (Thn 1, 2 & 3)

    14 Ogos 2012

    (Selasa)

    Pn. Roseminah &

    Pn. Rosnah

    Guru Penyelaras menyediakan sebuah bahan bacaan dari PSS dan

    dibenarkan dipinjam selama 2 minggu. Murid-murid membaca dan

    menghafal sewaktu cuti sekolah. Murid yang berbakat akan

    persembahkan cerita berkenaan dalam perhimpunan. Minggu terakhir

    guru penyelaras membimbing murid-murid teknik persembahan.

    Murid yang dapat mempersembahkan dengan baik akan memenangi

    pertandingan ini. Pemenang sagu hati sekadar dapat

    mempersembahkan dalam kelas.

    3 orang pemenang dan yang lain mendapat sagu hati.

    4

    Mewarna dan meneliti gambar serta

    menyatakan tiga nilai murni yang

    terdapat dalam gambar berkenaan.

    (Thn 1,2 & 3)

    15-16 Ogos

    2012

    (Rabu - Khamis)

    Pn. Roseminah &

    Pn. Rosnah

    Gambar yang mengandungi nilai-nilai murni disediakan oleh

    penyelaras. Murid-murid diminta memberi respon secara lisan dan

    spontan.

    Pemenang dikira dari kecekapan melahirkan idea yang releven dan

    bernas. Guru boleh membimbing murid lemah.

    Hanya 4 pemenang diberi hadiah.

    5

    Ceramah oleh guru menggunakan

    sedutan video klip yang mengandungi

    nilai-nilai murni dan mengemukakan

    soalan lisan mengenai situasi yang

    ditunjukkan dalam cerita berkenaan.

    (Thn 1-3)

    16 Ogos 2012

    (Khamis)

    Pn. Roseminah

    Pn. Rosnah

    Pn. Dg. Surmarina

    En. Daing Ardi

    Diadakan di Makmal komputer. Guru memainkan video klip dan

    murid-murid memberi respon secara lisan. Guru hendaklah

    membimbing murid yang lemah, sekurang-kurangnya dapat

    memberikan satu idea atau mengulang jawapan rakan-rakan untuk

    melayakkannya menerima hadiah.

    Semua murid berpeluang mendapat hadiah. 3 pemenang dan yang

    lain mendapat sagu hati.

  • 8/13/2019 Kertas Kerja Pendidikan Moral 2012

    5/7

  • 8/13/2019 Kertas Kerja Pendidikan Moral 2012

    6/7

    (Thn 4, 5 & 6) lain mendapat sagu hati.

    6 Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

  • 8/13/2019 Kertas Kerja Pendidikan Moral 2012

    7/7