Kertas kerja pensrtukturan meja kerusi

4
Kertas Kerja Penstrukturan Meja Dan Kerusi Kelas 2014 Kertas Kerja Penstrukturan Meja Dan Kerusi Kelas SMK SANDAKAN 2014 1.0 Pendahuluan Ke arah memperkasakan lagi Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih (JKPAK) SMK Sandakan, Unit Pengurusan Aset melangkah selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan kaedah mudah untuk mengelakkan meja dan kerusi kelas yang sentiasa berpindah dari kelas ke kelas yang lain. Penstrukturan ini akan memudahkan pihak pengurusan aset mengenalpasti jumlah meja dan kerusi yang terdapat di sekolah. Ini termasuklah meja/kerusi yang disimpan, digunakan, diselenggara dan yang perlu dilupuskan. Dan yang lebih penting lagi, melalui pensrukturan ini, jumlah meja/kerusi yang tidak mencukupi dapat di ketahui awal. 2.0 Objektif 2.1Memastikan setiap pelajar mempunyai satu unit kerusi dan satu unit meja setiap seorang. 2.2 Memudahkan pengurusan aset mengenalpasti jumlah meja yang terdapat di dalam sekolah. 2.2Memastikan setiap kelas memperolehi jumlah meja/kerusi yang mencukupi mengikut bilangan pelajar.

Transcript of Kertas kerja pensrtukturan meja kerusi

Page 1: Kertas kerja pensrtukturan meja kerusi

Kertas Kerja Penstrukturan MejaDan Kerusi Kelas

2014

Kertas Kerja

Penstrukturan Meja Dan Kerusi Kelas

SMK SANDAKAN 2014

1.0 Pendahuluan

Ke arah memperkasakan lagi Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih (JKPAK) SMK

Sandakan, Unit Pengurusan Aset melangkah selangkah ke hadapan dengan

memperkenalkan kaedah mudah untuk mengelakkan meja dan kerusi kelas yang

sentiasa berpindah dari kelas ke kelas yang lain. Penstrukturan ini akan

memudahkan pihak pengurusan aset mengenalpasti jumlah meja dan kerusi yang

terdapat di sekolah. Ini termasuklah meja/kerusi yang disimpan, digunakan,

diselenggara dan yang perlu dilupuskan. Dan yang lebih penting lagi, melalui

pensrukturan ini, jumlah meja/kerusi yang tidak mencukupi dapat di ketahui awal.

2.0 Objektif

2.1 Memastikan setiap pelajar mempunyai satu unit kerusi dan satu unit meja

setiap seorang.

2.2 Memudahkan pengurusan aset mengenalpasti jumlah meja yang terdapat di

dalam sekolah.

2.2 Memastikan setiap kelas memperolehi jumlah meja/kerusi yang mencukupi

mengikut bilangan pelajar.

2.3 Mengelakkan masalah kehilangan meja/kerusi selepas peperiksaan atau

program yang melibatkan pergerakan meja/kerusi.

2.4 Dapat menyediakan draf awal bilangan meja/kerusi yang diperlukan pada

masa akan dating.

Page 2: Kertas kerja pensrtukturan meja kerusi

Warna Blok

Warna Kelas

Kertas Kerja Penstrukturan MejaDan Kerusi Kelas

2014

3.0 Matlamat

3.1 Menerapkan rasa tanggungjawab pelajar terhadap peralatan sekolah

terutamanya meja dan kerusi. Melalui pengawalan pergerakan meja dan

kerusi ini akan mengelakkan pertukaran meja/kerusi dengan sewenangnya.

4.0 Sasaran

Semua kelas yang terdapat meja dan kerusi pelajar.

5.0 Pelaksanaan

Masa : Sepanjang tahun bermula 10 Jun 2014

Tempat: SMK Sandakan

Penstrukran meja dan kerusi pelajar akan melibatkan pelabelan kaki meja

dan kerusi. Setiap kaki meja dan kerusi akan di warnakan dengan warna yang

berbeza mengikut blok. Contohnya untuk meja dan kerusi pelajar di Blok A, kaki

meja dan kerusi akan di warnakan dengan cat berwarna Merah :

Pengkodan warna mengikut blok dan kelas adalah seperti jadual di bawah :

BLOK A

BLOK B

BLOK C

BLOK D

Kaki hadapan meja/kerusi

Page 3: Kertas kerja pensrtukturan meja kerusi

Kertas Kerja Penstrukturan MejaDan Kerusi Kelas

2014

6.0 Kos

Perbelanjaan

Item Harga Seunit Bilangan Jumlah

Cat ICI Dulux 5L RM 100.00 10 Unit RM 1000.00

Berus Cat RM 8.00 20 Unit RM 160.00

Tray RM 8.00 10 Unit RM 80.00

Thinner RM 15.00 2 Botol RM 30.00

Jumlah RM 1270.00

7.0 Penutup

Kejayaan pelaksanaan penstrukturan pengurusan meja dan kerusi ini akan

memudahkan semua pihak termasuk pengurusan kelas.

Semoga usaha murni ini mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi

daripada semua pihak untuk memastikan kejayaan program ini.

Disediakan oleh:

........................................................( )Pegawai Aset,SMK Sandakan.

Disahkan oleh:

......................................( )Pengetua Cemerlang,SMK Sandakan.