Kertas Kerja Perkhemahan KP 2015

6
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN KOR KADET POLIS IPD JOHOR BAHRU SELATAN TAHUN 2015 TEMPAT: TAMAN NEGARA JOHOR (SELAI) TARIKH: 29, 30 ,31 MEI DAN 1 JUN 2015 (JUMAAT, SABTU, AHAD DAN ISNIN)

description

Kertas Kerja Perkhemahan Tahunan

Transcript of Kertas Kerja Perkhemahan KP 2015

Page 1: Kertas Kerja Perkhemahan KP 2015

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN TAHUNANKOR KADET POLIS

IPD JOHOR BAHRU SELATANTAHUN 2015

TEMPAT: TAMAN NEGARA JOHOR

(SELAI)

TARIKH:29, 30 ,31 MEI DAN 1 JUN 2015

(JUMAAT, SABTU, AHAD DAN ISNIN)

Page 2: Kertas Kerja Perkhemahan KP 2015

KOR KADET POLIS IPDJBS [KERTAS KONSEP PERKHEMAHAN]

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Kor Kadet Polis ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh IPD Johor Bahru Selatan. Program ini boleh disertai oleh semua anggota kadet polis berdaftar dari sekolah-sekolah Menengah Johor Bahru dan Pasir Gudang. Ia akan diadakan di Taman Negara Johor Selai pada 29, 30, 31 Mei dan 1 Jun 2015 (Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin). Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan

kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kualiti modal insan dikalangan para perserta selaras dengan falsafah kepimpinan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan iaitu Konsep 3K (Kualiti Modal Insan, Kualiti Sistem Kerja dan Kualiti Perkhidmatan)

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membentuk keperibadian dan sahsiah pelajar, sekali gus menjadi platform untuk negara melahirkan modal insan berkualiti pada masa depan.

3.2 Menggalakkan perpaduan serta membentuk persefahaman di kalangan peserta yang berbilang kaum dan agama.

3.3 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.

3.4 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.

3.5 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.

3.6 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.7 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

Page 3: Kertas Kerja Perkhemahan KP 2015

KOR KADET POLIS IPDJBS [KERTAS KONSEP PERKHEMAHAN]

3.8 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

3.9 Melahirkan rasa kecintaan kepada alam-sekitar dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 29, 30, 31 Mei dan 1 Jun 2015 iaitu pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad, dan Isnin.

4.2 Dilaksanakan selama 4 hari 3 malam4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran.

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Taman Negara Johor-Selai;

5.1 Kawasan perkhemahan dengan bentuk muka bumi hutan hujan tropika.

5.2 Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas untuk pelbagai aktiviti dapat menampung 250 orang.

5.5 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.

5.6 Pelbagai kemudahan disediakan seperti tapak perkhemahan, tandas, bilik mandi, surau, dewan, aktiviti junggle tracking, aktiviti riadah dan lain-lain lagi.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1 Jumlah peserta : 200 orang anggota Kor Kadet Polis IPDJBS. 6.2 Jumlah Guru, Anggota dan Pegawai Polis: 50 orang

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : 1. ACP Sulaiman Bin Salleh (Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan)

2. Hj. Suleiman Bin Hj. A. Rahman (Pengetua SMK Sultan Ismail)

Pengerusi : ASP Wan Abd Razak bin Wan Ismail (ASP Pentadbiran

IPDJBS)

Naib pengerusi : Ahmad Suhaimy Bin Mohamed Zin (GPK Koko SMK

Sultan Ismail)

Setiausaha : Insp.K Adnan bin Shamsudin (SMK Sultan Ismail)

Bendahari : Insp.K Saroni bin Madar (SM Teknik Tanjung Puteri)

Page 4: Kertas Kerja Perkhemahan KP 2015

KOR KADET POLIS IPDJBS [KERTAS KONSEP PERKHEMAHAN]

Jawatankuasa Pelaksana

Kem Komandan : Insp. Hasbullah bin Nor (Ketua Balai Air Molek)

Pen. Kem Komandan : Insp. K Mohd Zasni bin Mohd Ahad (SMK Tmn

Daya 3 )

JAWATANKUASA

AJK Makanan : SMK Permas Jaya (K)SMK Tmn Daya 3Kolej Vok. Tanjung PuteriSMK Teknik JB

AJK Kerohanian : Sek Tun Fatimah (K)

AJK Kebersihan : SMK Tmn Pelangi Indah (K)SMK Majidee 2

AJK Kebajikan/ : SMK Tasek Utara (K)Keselamatan SMK Aminuddin Baki

AJK Aktiviti/ : SMK Tun Syed Nasir Ismail (K)Permainan SMK Taman Daya 2

AJK Kebudayaan : SM Convent (K)SMK Engku Tun Aminah

AJK Dokumentasi : SMK Tasek Utara 2

AJK Logistik : SMK Puteri Wangsa

AJK Sijil : Maktab Sultan Abu Bakar

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti

Jumlah (RM)

Bil. Perkara Kuantiti

Jumlah

(RM)1 Sumbanga

n Penyertaan Perkhemahan

200 x RM70.00

14000 1 Bayaran Masuk 200 pax x RM5 1000

2 Sewa Tapak Khemah

200 pax x 3 hari x RM5

3000

3 Sijil 200 pax x RM2.00

400

4 Juru Pandu (Guide)

10 org. x RM130 1300

5 Deposit Sampah - 300

Page 5: Kertas Kerja Perkhemahan KP 2015

KOR KADET POLIS IPDJBS [KERTAS KONSEP PERKHEMAHAN]

6 Makanan dan Minuman

200 x RM15 3000

7 T-shirt 200 x RM25 5000

 JUMLAH 14000   JUMLAH

14,000

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program ini ialah sebanyak RM 70.00 (TUJUH PULUH RINGGIT MALAYSIA SAHAJA) Cara Pembayaran: TUNAI

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,ADNAN BIN SHAMSUDINPenyelaras Kor Kadet PolisIPD Johor Bahru Selatan.

LAMPIRAN 1TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 29, 30, 31 Mei dan 1 Jun 2015Hari : Jumaat, Sabtu, Ahad dan IsninMasa : 4 Hari 3 MalamTempat : Taman Negara Johor (Selai)

MASA HARI PERTAMA(JUMAAT)

29hb.Mei 2015

HARI KEDUA(SABTU)30hb.Mei

2015

HARI KETIGA(AHAD)

31 hb.Mei 2015

HARI KEEMPAT(ISNIN)1hb. Jun

2015

PA

GI WAKTU

5.30-6.00 Bangun dan Solat Subuh

Page 6: Kertas Kerja Perkhemahan KP 2015

KOR KADET POLIS IPDJBS [KERTAS KONSEP PERKHEMAHAN]

6.00-7.00 Berkumpul dan daftar platun

Kuliah Subuh

7.00-7.30Perjalan konvoi

KeTaman Negeri Endau Rompin

Senaman pagi

7.30-8.30 Sarapan

0830-9.00

Jungle Tracking

Ronda Pandu Arah

Mengemas barang dan

tapak perkemahan

9.00-10.0010.00-10.30

Taklimat Keselamatan &

Peraturan Perkhemahan/Agihan kumpulan/

10.30-11.00

11.00-11.30

Majlis Perasmian Penutup

11.30-1.00

Perjalanan Konvoi Balik

Ke Johor Bahru

PETA

NG

1.00-2.00Makan tengahari

& Solat Zohor

Makan tengahari

& Solat Zohor2.00-3.00

Ice BreakingLatihan

Persembahan Malam3.00-4.30

4.30-5.00 Minum petang & Solat Asar

5.00-6.30 Riadah

MA

LA

M

6.30-8.00 Persiapan Makan Malam,Solat Maghrib, Solat Isyak &

Tazkirah

Makan Malam / BBQ8.00-9.00

9.00-11.00 Kembara MalamMalam Burung

Pungguk

Persembahan Malam/Refleks

i

11.00-5.30 Bebas & Rehat