Kertas Kerja Perkhemahan Prasekolah

7
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN SEHARI PRASEKOLAH 2011 1. TARIKH : 22 OKTOBER 2011 2. MASA : 8.00 pagi – 3.00 petang 3. PENDAHULUAN : Aktiviti perkhemahan ini adalah dirancang untuk memupuk semangat kerjasama antara murid-murid. Ia juga bertujuan melatih kemahiran pengurusan diri yang telah dipelajari dan menyemai semangat berpasukan melalui aktiviti yang dijalankan. 4. OBJEKTIF : 1. Membina keyakinan diri murid untuk menguruskan diri tanpa bantuan ibubapa. 2. Mendidik murid supaya mengamalkan semangat kerjasama serta mempunyai disiplin melalui kegiatan perkhemahan.

description

kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Perkhemahan Prasekolah

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN SEHARI PRASEKOLAH 20111. TARIKH : 22 OKTOBER 20112. MASA : 8.00 pagi 3.00 petang3. PENDAHULUAN : Aktiviti perkhemahan ini adalah dirancang untuk memupuk semangat kerjasama antara murid-murid. Ia juga bertujuan melatih kemahiran pengurusan diri yang telah dipelajari dan menyemai semangat berpasukan melalui aktiviti yang dijalankan.

4. OBJEKTIF : 1. Membina keyakinan diri murid untuk menguruskan diri tanpa bantuan ibubapa.2. Mendidik murid supaya mengamalkan semangat kerjasama serta mempunyai disiplin melalui kegiatan perkhemahan.3. Menyemai semangat setiakawan. 4. Menambahkan pengalaman murid dalam aktiviti perkhemahan.

5. RASIONAL : 1. Minat dan keyakinan diri dapat dibina melalui penglibatan secara aktif dalam menjayakan aktiviti perkhemahan.2. Memupuk dan menyemai semangat kerjasama di dalam kumpulan murid.

6. SASARAN : Semua murid prasekolah berumur 6 tahun dan 5 tahun.

7. AKTIVITI :1. Memasang khemah di tempat yang sesuai.2. Aktiviti memasak tanpa menggunakan api.3. Tracking sekitar sekolah untuk mencari daun-daun kering untuk dibuat buku skrap.4. Permainan dalam kumpulan. 5. Membuka khemah.

8 . KEWANGAN : Peruntukan wang kokurikulum prasekolah.

9. JADUAL PERLAKSANAAN

MASAAKTIVITI

8.00 pagiMurid berkumpul di dataran kejat sekolah SKSS

8.15 pagiSenamrobik

8.30 pagiSarapan pagi

9.00 pagi Memasang khemah mengikut kumpulan dengan panduan guru prasekolah dan PPM

10.00Membuat aktiviti memasak tanpa menggunakan api seperti membuat sandwich dan salad buah-buahan.

11.00 pagiTracking sekitar kawasan sekolah untuk mencari daun-daun kering untuk dibuat buku skrap.

11.30 pagiMembuat buku skrap

12.30 tghMakan tengahari dan rehat di dalam khemah.

1.30 ptgSolat Zuhur berjemaah

2.00 ptgPermainan dalam kumpulan

2.45 ptgMembuka khemah

3.00 ptgBersurai

10. ANGGARAN PERBELANJAANPERKARAPERBELANJAAN

1. Sarapan pagi2. Makan tengahari(Makan akan disediakan oleh PPM dan bahan akan dibekalkan oleh pembekal makanan prasekolah) 50 orang x RM 5.00 = RM 250

3. Bahan-bahan untuk membuat sandwich dan salad buah-buahan.

RM 100

4. Permainan dalam kumpulan dan juga peralatan yang diperlukan untuk perkhemahan dan buku skrap. Kertas A4 - 5 Rim x RM13.00 = RM65.00Belon 2 peket x RM 5.00 = RM10.00Pensel warna 50 kotak x 3.50 = RM 175.00Jumlah keseluruhan = RM250.00

5. JUMLAH KESELURUHAN

RM 600

11. JAWATANKUASA PERKHEMAHAN PRASEKOLAH 2011PENGERUSI : PUAN HAJJAH DAHLIA BINTI HASSAN(GB)NAIB PENGERUSI 1 : EN. HASAN ADLI BIN OMAR (PK PENTADBIRAN)NAIB PENGERUSI 2 : EN. ABDUL AZIZ BIN ALI(PK HEM)NAIB PENGERUSI 3 : EN. KHAIRUL ANUAR BIN (PK KOKU)SETIAUSAHA : PUAN ARYATI HAINI BINTI SAMSUDIN PENOLONG SETIAUSAHA : PUAN ZAITI BINTI SAMAHAJK : PUAN NOOR SHUHEDA BT SOED @SHUIB PUAN NOR AZLINA BT MASRI SEMUA GURU SK SERI SIAKAP

12. PENUTUPDiharap perkhemahan sehari prasekolah ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semoga aktiviti yang dijalankan akan dapat mencapai matlamat dan objektifnya serta dapat memupuk semangat bekerjasama di kalangan murid-murid prasekolah.

Disediakan oleh,..(ARYATI HAINI BT SAMSUDIN)SetiausahaPerkhemahan Sehari Prasekolah