Kertas Kerja Permainan Tradisional

14
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2013 PJM 3123 E PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS ILMU KHAS TARIKH: 3 MAC 2015 TEMPAT: PADANG IPG KAMPUS ILMU KHAS ANJURAN: PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2013 KUMPULAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN G 5.2

description

menjalankan karnival permainan tradisional

Transcript of Kertas Kerja Permainan Tradisional

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2013

PJM 3123 E

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKANKERTAS KERJA

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS ILMU KHAS

TARIKH:

3 MAC 2015

TEMPAT:

PADANG IPG KAMPUS ILMU KHAS

ANJURAN:

PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2013

KUMPULAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN G 5.2

1.0 PENGENALAN

Malaysia mewarisi pelbagai budaya. Antaranya termasuklah permainan tradisional yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya seluruh masyarakat Malaysia.Permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu.Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing. Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan tradisional yang kami pilih ialah lompat getah , lari dengan tempurung , galah panjang , tuju selipar dan juga terompah gergasi.3.02.0 RASIONAL PERTANDINGAN

2.1Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yang

terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk

guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5 Ambilan

Januari 2013.

2.2Diharap kami dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalamantentang perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan.

2.3Selain itu, nilai kerjasama, saling membantu, toleransi, perpaduan, semangat kesukanan dan kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.

2.4Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting kepada para guru

agar benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke

arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan

sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi

cabaran pada masa hadapan.

2.5Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan dalam kalangan seluruh masyarakat Malaysia sejak dahulu.

2.6Berdasarkan kepada keperluan inilah, kumpulan ini berusaha menganjurkan satu karnival pertandingan permainan tradisional yang diharap dapat merealisasikan kemantapan rohani dan jasmani bagi melahirkan guru yang cemerlang.4.05.03.0OBJEKTIF

3.1Memenuhi syarat kandungan kurikulum pembelajaran dalam PISMP Semester 5

Ambilan Januari 2013.

3.2Memberi peluang kepada bakal guru dalam menimba pengalaman baharu

dalam menganjurkan karnival sukan dan pertandingan permainan agar dapat

diaplikasikan ketika bertugas di sekolah kelak.

3.3Menimba pelbagai ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial

dan budaya.

3.4Mendapat gambaran dan pengalaman sebenar dalam menghayati dan juga

menghargai warisan permainan dari pelbagai bangsa di Malaysia.

3.5Mendapat pendedahan dan pengalaman secara langsung untuk menguasai

latihan kemahiran aktiviti kebudayaan, kemasyarakatan, kebajikan serta aktiviti-

aktiviti lain.

3.6Memupuk nilai kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi ketika mengendalikan karnival seperti ini.

3.7Membina kerjasama dan hubungan erat antara para guru pelatih di institut atau dengan pihak luar.

3.8Melahirkan insan guru yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, sosial dan intelek.

4.0 BUTIRAN PROGRAM 4.1Nama program: Karnival Permainan Tradisional IPGKIK 4.2Penganjur: PISMP Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (Semester 5)

4.3Tarikh

: 3 Mac 2015 (Selasa) 4.4Tempat: Padang IPG Kampus Ilmu Khas

1.5 4.5Penyertaan: Pelajar PPISMP Semester 2 Pendidikan Khas Masalah

Pendengaran dan Masalah Penglihatan6.05.0PERANCANGAN5.1Melantik Jawatankuasa Induk.

5.2Menentukan bidang tugas.

5.3Perancangan kertas kerja.

5.4Membuat anggaran perbelanjaan.

5.5Mengenal pasti dan menyediakan keperluan untuk menjalankan program seperti peralatan permainan, persiapan tempat dan padang, hadiah dan cenderamata, acara yang dipertandingkan, bahan dokumentasi, keselamatan dan kebajikan.

5.6Menentukan masa dan jadual pertandingan.

5.7Sesi refleksi bersama AJK Induk.

7.06.0PELAKSANAAN KARNIVAL

6.1Mengadakan perbincangan secara tidak formal antara Pengerusi, Timbalan

Pengerusi dan Setiausaha dengan pensyarah penasihat yang terlibat dengan

Karnival Pertandingan Permainan Tradisional ini.

6.2Menetapkan agenda mesyuarat Jawatankuasa Induk (JK Induk).

6.3Mesyuarat antara JK Induk dan mesyuarat JK Induk bersama para pensyarah penasihat yang terlibat dari semasa ke semasa untuk memantapkan perjalanan program.

6.4Hebahan mengenai permainan tradisonal yang dipertandingkan, melalui medium yang sesuai.

8.07.0TEMPOH AKTIVITI

Masa: 7.00 pagi 12.00 tengah hari

9.08.0TEMPAT

Padang IPG Kampus Ilmu Khas.

9.0ATURCARA

7.00 pagi : Pendaftaran peserta

8.00 pagi : Senam seni 9.00 pagi : Majlis Perasmian

9.20 pagi : Jamuan VIP

9.30 pagi : Karnival Permainan Tradisional

- Lompat Getah

- Lari dengan Tempurung

- Galah Panjang

- Tuju Selipar

- Terompah Gergasi11.30 tengah hari : Majlis penutupan dan penyampaian hadiah

12.00 tengah hari : Majlis bersurai

10.0JAWATANKUASAKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPGKIK

10.1 Jawatankuasa Induk

Penaung

: En. Shaari bin Osman

(Pengarah IPGKIK)

Penasihat

: Dr. Aris Fazil bin Hj Ujang

(Ketua Jabatan Jab.Pendidikan Jasmani)

Pensyarah Penyelaras: 1) Pn. Siti Salmiah binti Mohd Alias

Program

2) Pn. Nik Suzana binti Nik MatPengerusi

: Awang Hishamuddin bin Awang Sabaee

Naib. Pengerusi : Mohd. Arifuddin bin Bitan

Setiausaha

: Naqiyah binti Mahmud

Bendahari

:Nurul Ain binti Batni

10.2 Jawatankuasa Pelaksana AJK Peralatan

: Mohd Haikal bin Mohd Amin

: Mohd Shazwan bin Shahibullah

AJK Makanan : Zalikha binti Zulkifli

: Siti Norhazeah binti Suhailin

AJK Dokumentasi : Syahfiqah binti Daud

: Zeprina Benik

AJK Cenderamata : Sharuvini A/P Suntara Raju

: Nurul Fariha binti Muhamad

AJK Persiapan Tempat : Mohd Uzair bin Yahya

: Amir Izzuddin bin Abd. Shafri

AJK Hebahan dan Promosi : Siti Noraniza binti Idris

: Nurul Afiqah binti Mahyuddin

AJK Sistem Siaraya : Mohd. Thayyib bin Razali

AJK Teknikal Pertandingan : Syarifah Nursollehatun binti Syed Mohd Kher. 10. 3 Bidang Tugas Jawatankuasa

JAWATANBIDANG TUGAS

Pengerusi Melantik ahli jawatankuasa.

Merancang aktiviti yang akan dilakukan.

Memastikan setiap jawatankuasa melaksanakan tugas mengikut bidang tugas masing-masing.

Naib Pengerusi Membantu pengerusi dalam menguruskan lawatan.

Membantu pengerusi menjalankan perbincangan, perancangan dan perlaksanaan program dengan lancar.

Setiausaha Menyediakan kertas kerja.

Membuat laporan program.

Menyediakan surat-menyurat berkaitan program.

Bendahari Membuat anggaran terhadap perbelanjaan lawatan.

Membuat laporan kewangan.

AJK Makanan Menyediakan makanan untuk VIP.

Menyediakan makanan untuk peserta.

AJK Peralatan Menyediakan alatan dan membantu jawatan kuasa

pertandingan

Memeriksa alatan dan memastikan mengikut spesifikasi.

Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi

melicinkanperlaksanaan program.

Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan alatan.

Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan

semasa sesuatuaktiviti atau projek dilaksanakan

AJK Persiapan Tempat Merangka pelan tempat duduk di astaka untuk VIP. Menghubungi pihak berkenaan untuk peminjaman alatan yangdiperlukan seperti kerusi, bunga dan lain-lain. Merangka pelan-pelan kedudukan tempat pertandingan.

AJK Pendokumentasian Merekod dan merakamkan perjalanan program.

Melaporkan aktiviti program.

AJK Cenderamata Menyediakan cenderamata untuk perasmi. Menyediakan hadiah untuk peserta.

AJK Sistem Siaraya Memastikan peralatan audio dan visual berkeadaan baik dan

sentiasaboleh digunakan di sepanjang kejohanan.

Menyediakan peralatan audio dan visual sepanjang kejohanan terutamaketika perasmian dan penutup

AJK Teknikal Pertandingan Memberi taklimat kepada peserta.

Mengedar serta mendapat borang penyertaan dari pasukan-pasukan yangbertanding.

Mengadakan undian untuk pasukan yang bertanding.

Menyimpan dan merekodkan keputusan pertandingan.

AJK Hebahan, Promosi dan Buku Program Menghebahkan program melalui poster Menempah banner untuk program

Menyediakan buku program untuk tetamu.

11.0YURAN PENYERTAAN

RM 3.00 dikenakan bagi setiap peserta.

12.0IMPLIKASI KEWANGAN

12.1 Sumber KewanganBil.

Sumber KewanganJumlah

1.

2.

3.

Yuran peserta

Yuran AJK Pengelola

Duit kelas G 5.2

RM 3.00 x 45RM 10.00 x 25

RM 74.00 x 1

JUMLAHRM 459 .00

12.2 Anggaran PerbelanjaanBil.PerkaraJumlah

1.~Makan dan minum VVIP:

- Nasi Lemak

- Kuih

~Makan dan minum peserta:

- Roti

- Air kotakRM 3.00 x 20

RM 1.00 x 20

RM 0.70 x 69RM 1.00 x 69

2.

~ Hadiah dan cenderamata :

- Tempat pertama

- Tempat kedua

- Tempat ketiga

- Saguhati

- Cenderamata PerasmiRM 50.00

RM 45.00

RM 40.00

RM 35.00

RM 30.00

3.

4.

5.

BannerWiselPersiapan tempatRM 80.00

RM 2.50RM 20.00

JUMLAHRM 459.00

13.0 PENUTUP Kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak yang terlibat secara langsung adalah amat diharapkan Karnival Permainan Tradisional ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharap semua objektif pertandingan permainan tradisional ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru pelatih yang terlibat di samping dapat mengetengahkan maklumat serta pengalaman yang diperoleh untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Setinggi- tinggi harapan dari pihak tuan agar permohonan untuk menjalankan Karnival Permainan Tradisional ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya. Semoga harapan kita untuk melahirkan para guru pelatih yang berketerampilan dan seimbang daripada aspek fizikal dan mental akan dapat direalisasikan selaras dengan matlamat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Disediakan oleh:

(NAQIYAH BINTI MAHMUD)

Setiausaha Projek

Karnival Permainan Tradisonal,IPG Kampus Ilmu Khas.

Disemak oleh:

Disemak oleh :(PN SITI SALMIAH BINTI MOHD ALIAS) (PN NIK SUZANA BINTI NIK MAT)Pensyarah Penyelaras 1

Pensyarah Penyelaras 2Karnival Permainan Tradisional,

Karnival Permainan Tradisional,PISMP G 5.2 Ambilan Jan 2013.

PISMP G 5.2 Ambilan Jan 2013.Disokong oleh:

(DR. ARIS FAZIL BIN HJ UJANG)

Ketua Jabatan

Jabatan Pendidikan Jasmani

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,

Kuala Lumpur.Diluluskan oleh: (Dr. ROZIAH BINTI ABDULLAH)

b.p Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,Kuala Lumpur.