Kertas Kerja Permainan Tradisional.

20
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP SEKOLAH RENDAH) AMBILAN JANUARI 2013 KERTAS KERJA PENGANJURAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL KERJASAMA IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL PJM3123 & PJM3123E PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN (MAJOR & ELEKTIF) KUMPULAN PENGAJIAN : PISMP AMBILAN JANUARI 2013 0

description

pjm 3123 pengurusan sukan

Transcript of Kertas Kerja Permainan Tradisional.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAKKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP SEKOLAH RENDAH)AMBILAN JANUARI 2013KERTAS KERJA PENGANJURAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL KERJASAMA IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL PJM3123 & PJM3123E PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN (MAJOR & ELEKTIF) KUMPULAN PENGAJIAN : PISMP AMBILAN JANUARI 2013 (PISMPJ 1113 & ELEKTIF PJ) TEMPAT AKTIVITI : STADIUM MINI IPGKTARTARIKH : 25 APRIL 2015MASA AKTIVITI : 8AM 2PMPENSYARAH PENASIHAT : PN. CANDRAWATI BINTI IBRAHIM (MAJOR) : PN SALMI BINTI HJ LILEK (ELEKTIF)ISI KANDUNGAN

BILPERKARA

1.0Butiran projek

2.0Pengenalan

3.0Matlamat

4.0Rasional Pertandingan

5.0Kepentingan

6.0Objektif

7.0Perancangan

8.0Pelaksanaan Karnival

9.0Tempoh Aktiviti

10.0Tempat

11.0Aturcara

12.Jawatankuasa Induk Karnival Permainan Tradisional

13.Penyertaan

14.Anggaran Kewangan

15.Peralatan dan Kemudahan

16.Penutup

1.0 BUTIRAN PROJEK

1.1 Nama Projek : Karnival Permainan Tradisional 1.2 Penganjur : PISMP PJ / ELEKTIF PJ (Semester 5) 1.3 Tarikh : 25 April 2015 1.4 Tempat : Stadium Mini IPGKTAR 1.5 Penyertaan : Sekolah Rendah Kawasan Samarahan dan Kuching

2.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi dari masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan tradisional yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya seluruh masyarakat malaysia. Permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing, malah bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Pengelolaan Karnival Permainan Tradisonal merupakan salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sukatan PJM3123 & PJM3123E Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Penganjuran karnival sebegini adalah merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaan. Pendedahan awal mengenai kepentingan pengurusan dan perlaksanaan permainan tradisional ini membantu guru pelatih merancang sebuah pertandingan sukan yang baik dan lebih bersistematik. 3.0 MATLAMAT Matlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan terutamanya berkaitan dengan subjek ini iaitu pengurusan sukan serta Pendidikan Jasmani. Penganjuran program ini adalah memenuhi keperluan yang dikehendaki dalam silibus subjek PJM3123 & PJM3123E. Disamping itu, program yang sebegini juga akan dapat menerapkan kemahiran-kemahiran dalam diri masing-masing.

4.0 RASIONAL PERTANDINGAN 4.1 Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5, Ambilan Januari 2013.4.2 Penganjuran karnival ini, diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan. 4.3 Selain itu, nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.4.4 Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan para guru yang benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan persediaan fizikal dan mental.

4.5 Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat malaysia sejak sekian lamanya.4.6 Berdasarkan kepada keperluan inilah, kumpulan PISMP PJ / ELEKTIF PJ semester 5 berusaha menyediakan satu karnival pertandingan permainan tradisional yang diharap dapat merealisasikan kemantapan rohani dan jasmani seterusnya melahirkan para guru yang berketrampilan.

5.0 KEPENTINGAN5.1 Melalui permainan tradisional juga kita dapat mengenali budaya kaum lain kerana permainan tradisional itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat tersebut.5.2 Permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi yang tinggi kerana di dalamnya terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya.5.3 Karnival permainan tradisional ini secara tidak langsung dapat menarik minat guru pelatih untuk bergiat cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan.5.4 Kepentingan penganjuran karnival seumpama ini dapat membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan tahap kecergasan yang ada pada setiap guru-guru pelatih. 5.5 Selain itu, karnival ini juga dapat menguji kemahiran kognitif guru-guru pelatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya untuk mengesan dan menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dengan tepat.5.6 Penganjuran karnival ini, mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap guru pelatih. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.6.0 OBJEKTIFDalam penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang tersendiri. Objektif inilah yang ingin diketengahkan dalam penganjuran karnival ini. Antara objektifnya adalah seperti berikut;6.1 Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.6.2 Memberikan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru pelatih untuk mengendalikan sebarang aktiviti ketika berada di sekolah nanti.6.3 Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang dilaksanakan.6.4 Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.6.5 Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta melalui penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.6.6 Menggalakkan penglibatan secara aktif guru-guru pelatih dalam menyertai aktiviti yang dijalankan.6.7 Mempertingkat daya keyakinan serta percaya kemampuan diri sendiri.6.8 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari serta mengenali permainan tradisional melalui keseronokan dalam permainan tersebut.6.9 Menyemai nilai-nilai murni serta etika melalui penglibatan dalam program yang dilaksanakan.

7.0 PERANCANGAN7.1 Melantik Jawatankuasa Induk.7.2 Menentukan bidang tugas.7.3 Perancangan kertas kerja.7.4 Membuat anggaran perbelanjaan.7.5 Mengenalpasti dan meyediakan keperluan program seperti peralatan permainan, persiapan tempat, padang dan trek, hadiah dan cenderamata, acara yang dipertandingkan, bahan dokumentasi, pengangkutan, keselamatan dan kebajikan. 7.6 Menentukan masa pertandingan. 7.7 Post-mortem bersama AJK Induk.

8.0 PELAKSANAAN KARNIVAL8.1 Mengadakan perbincangan secara tidak formal antara Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha dengan pensyarah penasihat yang terlibat dengan Karnival Pertandingan Permainan Tradisional ini.8.2 Menetapkan agenda mesyuarat Jawatankuasa Induk (JK Induk).8.3 Mesyuarat antara JK Induk dan mesyuarat JK Induk bersama para pensyarah penasihat yang terlibat dari semasa ke semasa untuk memantapkan perjalanan program.8.4 Hebahan mengenai permainan tradisonal yang dipertandingkan, melalui medium yang sesuai.8.5 Menentukan pihak kebajikan dan keselamatan yang terlibat seperti PBSM.

9.0 TEMPOH AKTIVITI 8.00 pagi 2.00 petang10.0 TEMPAT Stadium Mini IPGKTAR, Kota Samarahan Sarawak

11.0 ATURCARA 7.00 pagi : Pendaftaran peserta 7.30 pagi : Senam seni 8.00 pagi 10.00 pagi (sesi 1) : Pertandingan Permainan Tradisional Perahu Darat Ceper Balo Ripa Kho-Kho Tarik Daun Upih

10.00 pagi : Rehat 10.30 pagi 12.30 tengahari (Sesi 2) : Pertandingan Permainan Tradisional Ogumu Gakod Mintik Butot Monokon Ketinting Keben Congkak

1.00 petang : Majlis penutupan dan penyampaian hadiah 2 .00 petang : Bersurai12.0 JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONALIPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAKPengerusi:Shahrul Bin Malimbroni

Naib Pengerusi:Nurul Hijrah Binti Japar

Setiausaha :Ras Anisha Binti Rashid

Naib Setiausaha :Effrizer Auriz Anak Dayward

Bendahari:Linton Jubin Thien

Naib Bendahari:Wannie Binti Md Johan Wong

AJK Peralatan:::::

Thaddeus Immanuel (Ketua)Norhidayah Binti JohnMuhammad Taufiq Bin AminBasil Fidelis Anak Norbert

Hairey Bin Suliman

AJK Makanan::::Eddona Majakui (Ketua)Herna JulianNor Ismawati Binti BakarJacinth Anak Marin

AJK Perhubungan::::Jackwarior Jackol (Ketua)Hazairi Bin HermanMohd Idzat Amirul Bin Junaidi Qamarul Hasyiemi Bin Amat

AJK Publisiti:::Herman Marius (Ketua)Clarice Veronsani Ashley Jord Anak Ali

AJK Hadiah::::Wafa Farhana Binti Abd Kadir (Ketua)Lim Ting LenVlyanna InsonPenny Rinta Anak Ngelambong

AJK Urus Setia:::Roziyanna Binti Rahim (Ketua) Jessyca Anak UngatLily Suhanna Jauli

AJK Keselamatan & Kebersihan:::Jumardi Bin Muhlis (Ketua)Dayang Azizah Binti Abang JamaaludinClaudia Vera Ronnie

AJK Pengacara Majlis::Mohd Hamdan Bin Pallao (Ketua)Nur Syakilla Binti Madnuru

AJK Buku Program::Esther Robert (Ketua)Nur Syuadah Binti Nordin

AJK Teknikal:::Ellif Mopilin (Ketua)Robinson Anak TongeJerremaya Bin Jeffry

AJK Persiapan pentas::::Nur Anisah Binti Majid (Ketua) Sharon Usun JukJesamine Anak AlexanderArlene Olivia Johnny

AJK Protokol:::Nur Amira Afiqah Binti Ali (Ketua)Valentine TeoAlexander Kent Bin Derinsim

AJK Penajaan::: Mohd Hamdan Bin Pallao (Ketua)Mohd Zabri Bin AshimKirenius Junior Beritus

13.0 PENYERTAANSekolah Rendah Kawasan Samarahan dan Kuching

14.0 PERALATAN DAN KEMUDAHANDipinjam dari Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan, Unit GERKO dan Stor IPG Kampus Tun Abdul Razak.

15.0 ANGGARAN KEWANGAN Sila lihat lampiran A.

16.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa projek ini adalah sesuatu yang amat perlu sebagai persediaan guru-guru pelatih Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) sebelum melangkah masuk ke pintu sekolah kelak. Dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan daripada semua pihak, diharapkan Karnival permainan Tradisional ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Malahan, diharap semua objektif karnival permainan tradisional ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru pelatih yang terlibat di samping dapat memperoleh maklumat serta pengalaman agar dapat diaplikasikan di sekolah kelak. Setinggi - tinggi harapan dari pihak Tuan / Puan agar permohonan untuk menjalankan Karnival Permainan Tradisional ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya. Semoga harapan kita untuk melahirkan para guru pelatih yang berketrampilan dan seimbang dari aspek fizikal dan mental akan dapat direalisasikan selaras dengan matlamat BPG.

Disediakan oleh, Disemak oleh, (RAS ANISHA BINTI RASHID) (PUAN CANDRAWATI BINTI IBRAHIM) Setiausaha Pengelolaan Pensyarah Pentaksiran Amali, Karnival Permainan Tradisional PJM3123, Pengurusan & Pentadbiran Pj & Sukan Disokong oleh, Diluluskan oleh, . (PUAN SALMI BINTI HJ LILEK) (PUAN HAMSIAH BINTI ABDULLAH MASNI)Ketua Jabatan, Pengarah,Institut Pendidikan Guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan Kampus Tun Abdul RazakInstitut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

CADANGAN : DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKANLAMPIRAN BAnggaran perbelanjaanBilPerkaraAnggaran Harga SeunitKuantitiJumlah

1.Hadiah dan Hamper Juara Naib Juara Tempat Ketiga SaguhatiRM 70RM 50RM 40RM 30

1113RM 70RM 50RM 40RM 90

JUMLAHRM 250

2.Makanan Dan Minuman Pagi Tengahari PelajarRM 3.50 (168 orang )RM 588

Pengiring

RM 3.50(30 orang)RM 105

JUMLAH RM 693

3.Cenderamata VIP Penilai Luar PemantauRM 506RM 300

4.BannerRM 1002RM 200

JUMLAH KESELURUHAN

RM 1,443

SENARAI NAMA PISMP PJ1113BIL NAMA

1EDDONA MAJAKUI

2ELLIF MOPHILIN

3ESTHER ROBERT

4HAZAIRI BIN HERMAN

5HERMAN MARIUS

6HERNA JULIAN

7JACKWARIOR JACKEL

8JESSYCA ANAK UNGAT

9JUMARDI BIN MUHLIS

10LIM TING LEN

11LINTON JUBIN THIEN

12MOHD ZABRI BIN ASHIM

13MOHD HAMDAN BIN PALLAO

14MUHAMMAD TAUFIQ BIN AMIN

15NUR AMIRA AFIQAH BINTI ALI

16NUR ANISAH BINTI MAJIT

17NUR HIDAYAH BINTI JOHN

18NUR SYAKILLA BINTI MADNURU

19RAS ANISHA BINTI RASHID

20ROZIYANNA BINTI RAHIM

21SHAHRUL BIN MALIMBRONI

22THADDEUS IMMANUEL

23WAFA FARHANA BINTI ABD KADIR

SENARAI NAMA ELEKTIF PJBILNAMA

1ALEXANDER KENT BIN DERINSIM

2ARLENE OLIVIA JOHNNY

3ASHLEY JORD ANAK ALI

4BASIL FIDELIS ANAK NORBERT

5CLARICE VERONSANI

6CLAUDIA VERA RONNIE

7DAYANG AZIZAH BINTI ABANG JAMAALUDIN

8EFFRIZER AQURIZ ANAK DAYWARD

9HAIREY BIN SULIMAN

10JACINTH ANAK MARIN

11JERREMAYA BIN JEFFRY

12JESAMINE ANAK ALEXANDER

13KIRENIUS JUNIOR BERITUS

14LILY SUHANNA JAULI

15MOHD IDZAT AMIRUL BIN JUNAIDI

16NOR ISMAWATI BINTI BAKAR

17NUR SYUADAH BINTI NORDIN

18NURUL HIJRAH BINTI JAPAR

19PENNY RINTA ANAK NGELAMBONG

20QAMARUL HASYIEMI BIN AHMAT

21ROBINSON ANAK TONGE

22SHARON USUN JUK

23VALENTINE TEO

24VLYANNA INSON

25WANNIE BINTI MD JOHAN WONG

1