KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi...
-
Upload
vuongkhanh -
Category
Documents
-
view
372 -
download
13
Transcript of KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI · PDF filekertas kerja permohonan penajaan bagi...
KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2014
TARIKH 18 HINGGA 20 APRIL 2014
TEMPAT DATARAN GEMILANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN USAHAWAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI”
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 2
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAJAAN BAGI
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon penajaan daripada Syarikat Sate Kajang
Hj.Samuri Anak-anak Enterprise Sdn Bhd dalam menjayakan Karnival Mahasiswa IPT Zon
Tengah.
2.0 PENGENALAN
Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah 2014 merupakan satu himpunan penggemblengan tenaga
dan idea mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) Zon Tengah meliputi negeri Selangor, Negeri
Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Karnival selama 3 hari 2 malam ini sepenuhnya dianjur dan diuruskan oleh mahasiswa tanpa
bantuan syarikat pengurusan acara. Satu jawatankuasa induk akan ditubuhkan melibatkan
sebahagian besar pemimpin setiap IPT dalam mengkoordinasi gerak kerja sebelum, semasa
dan selepas program manakala jawatankuasa kecil program telah mula melaksanakan beberapa
gerak kerja pra-program. Pengisian program telah dan masih diteliti agar mampu memberi impak
kepada pengunjung, jawatankuasa, penaja, peserta dan penggerai. Konsep pengisian ilmiah
menggunakan saluran yang lebih santai, terkini (trendy) akan digunakan sepanjang karnival agar
mampu menepati cita rasa sesiapa sahaja yang terlibat pada kali ini. Karnival ini tidak
tertumpu hanya pada mahasiswa tetapi menyentuh hampir semua lapisan masyarakat agar
penglibatan mahasiswa dapat dimaksimumkan untuk membentuk masyarakat yang lebih baik di
masa hadapan. Jalinan kerjasama (networking) yang diwujudkan antara pemimpin-pemimpin
mahasiswa IPT Zon Tengah bukan sekadar untuk menjayakan karnival ini malah satu bentuk
gabungan atau gerakan yang lebih mantap diharapkan dapat diteruskan selepas program ini sama
ada penganjuran acara lain, menyuarakan isu-isu setempat, perancangan selepas tamat
pengajian dan sebagainya.
3.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah:
3.1 Menghimpunkan mahasiswa IPT Zon Tengah dalam satu acara mega
3.2 Mewujudkan satu jaringan perhubungan (networking) yang lebih erat antara mahasiswa IPT
Zon Tengah
3.3 Memperlihatkan aspirasi mahasiswa IPT Zon Tengah dalam menganjurkan program berskala
besar
3.4 Menyediakan platform yang baik dalam menonjolkan imej, kualiti, kepimpinan mahasiswa
IPT Zon Tengah
3.5 Meletakkan asas yang kukuh agar program ini dapat diadakan setiap tahun dan memberi
ruang kepada orang ramai mengenali IPT Zon Tengah.
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 3
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
4.0 OBJEKTIF
Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 nilai di dalam gagasan 1Malaysia seperti berikut :
4.1 Budaya Berprestasi Tinggi : Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan
mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam
masyarakat yang berdaya maju.
4.2 Budaya Ketepatan : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara
maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati
waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
4.3 Budaya Ilmu : Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila
rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk
sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang
hayat.
4.4 Integriti : Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan
sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati
oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam
melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.
4.5 Ketabahan : Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang.
Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah sebaliknya perlu memiliki
keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang
diceburi.
4.6 Kesetiaan : Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan
berkorban demi negara yang tercinta.
4.7 Kebijaksanaan : Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah
dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-
mana pihak yang lain.
4.8 Budaya Inovasi : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru
dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali
sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing.
Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam
menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang
diterokai.
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 4
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
5.0 JUSTIFIKASI PENAJAAN
5.1 Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan program
tahunan anjuran Majlis Eksekutif Pembangunan Usahawan Kolej Keris yang terbesar bagi
sesi akademik 2013/2014.
5.2 Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah Universiti Kebangsaan Malaysia satu-satunya program
pelajar yang melibatkan semua unit di bawah Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Jabatan
Pendaftar UKM.
5.3 Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah Universiti Kebangsaan Malaysia ini akan melibatkan
penyatuan kesemua mahasiswa UKM dari pelbagai Kolej.
5.4 Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah Universiti Kebangsaan Malaysia akan menyediakan
platform mempromosi produk (penjenamaan) kepada pelajar dan staff universiti serta
masyarakat dari sekitar UKM di samping para peserta dari seluruh negara.
5.5 Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah Universiti Kebangsaan Malaysia diadakan sebagai
mendokong aspirasi kerajaan yang menggalakkan semangat keusahawanan di kalangan
mahasiswa.
6.0 TEMA
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI”
Tema ini dipilih berdasarkan misi, matlamat dan objektif program yang telah digariskan. Tema ini
dilihat bersesuaian dengan mahasiswa selaku barisan pelapis kepimpinan negara di masa hadapan.
Idea dan tenaga mahasiswa sememangnya mampu mencetus satu evolusi dalam beberapa perkara
sekali gus mengekalkan momentum menerajui negara ke arah kegemilangan.
7.0 ANJURAN
Biro Pembangunan Usahawan
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Keris Mas
Sesi 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 BUTIRAN PROGRAM
Nama Program: Karnival Mahasiswa Peringkat IPT Zon Tengah Universiti Kebangsaan
Malaysia
Tarikh: 25 hingga 27 April 2014
Hari: Jumaat hingga Ahad
Masa: 9.00 pagi – 11.00 malam
Tempat: Dataran Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 5
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
9.0 PUBLISITI
Publisiti bagi majlis ini adalah dicadangkan dilaksanakan sekitar Selangor, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang menerusi
• poster
• bunting
• kain rentang
• siar raya kolej dan siar raya bergerak
• media sosial
• papan iklan
Jawatankuasa pelaksana juga bercadang menghebahkan mengenai majlis ini menggunakan skrin
digital yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti Kebangsaan Malaysia seminggu
sebelum program ini berlangsung.
10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Anggaran bilangan pengunjung
15, 000 orang pelajar, mahasiswa, staf, ibu bapa
Anggaran penggerai
40 orang penggerai pelbagai jenis
Bilangan urus setia
60 orang urus setia sepanjang program dikendalikan
11.0 CADANGAN PERASMI PROGRAM
Cadangan perasmian pembukaan :
1) Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh
Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II
2) Y.B. P. Kamalanathan
Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi
3) Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Ir. Zaini bin Ujang
Ketua Setiausaha II Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi
Cadangan perasmian penutup :
1) Y.B. Tuan Khairy Jamaludin
Menteri Belia dan Sukan
2) YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor UKM
3) Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 6
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
14.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
15.0 JENIS-JENIS PENAJAAN
Rujuk Lampiran D
16.0 PERINCIAN PROGRAM
Rujuk Lampiran E
17.0 PAKEJ PENAJAAN
Rujuk Lampiran F
18.0 FAEDAH PENAJAAN
Rujuk Lampiran G
19.0 SURAT PENGECUALIAN CUKAI
Rujuk Lampiran H
20.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi:
Pusat Pembangunan Keusahawanan (CODE),
Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej,
Kolej Keris Mas,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Muhamad Afiq bin Mohamed Akbar – 017-2732141)
Tel : 03-8921 4010
Faks : 03-8921 4009
E-mel : [email protected]
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 7
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
21.0 PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar Syarikat Sate Kajang Hj. Samuri Anak-anak Enterprise Sdn Bhd sudi
memberi tajaan bagi memastikan kelangsungan Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah Universiti
Kebangsaan Malaysia 2013. Di samping itu, diharapkan kerjasama yang terjalin mampu memberi
pulangan yang lumayan kepada pihak seterusnya menghasilkan impak yang positif kepada semua
yang terlibat.
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 8
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Penaung
YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Penasihat Utama
Dr. Ruslin bin Amir
Pengetua Kolej Keris Mas
Felo Penasihat
Akmal Firdaus bin Rosli
Felo Penasihat Biro Pembangunan Usahawan Kolej Keris Mas
Ketua Pengarah
Muhamad Afiq bin Mohamed Akbar
Fakulti Sains dan Teknologi/ 2
017-2732141
Setiausaha
Najaa binti Baharin
Fakulti Sains dan Teknologi/1
017-7512194
Bendahari
Ahmad Najib Bin Zainal
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/1
017-7570081
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 9
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
Pengarah Program : Nur Syarafina binti Shahudin
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Pengarah Teknikal : Faizul Hafiz bin Rosley
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Pengarah Publisiti : Muhammad Firdaus bin Abu
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Pengarah Pemasaran & Perolehan : Nur Dini binti A. Rahman
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Pengarah Jamuan : Siti Nor Fatihah binti Salbinih @ Salbini
Fakulti Sains dan Teknologi
Pengarah Protokol : Muhammad Amirul Amri bin Dahalan
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Pengarah Tugas-tugas Khas : Muhammad Nursyafiq bin Asri
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Pengarah Cenderamata dan Sijil : Fatimatul Naimah binti Hanafi
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Pengarah Gerai dan Jualan : Hadi Farhan bin Hassim
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Pengarah Keselamatan : Mohamad Fairuz bin Zaini
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 10
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014
JUMAAT, 18 APRIL 2014
MASA PROGRAM TEMPAT
10.00 pagi hingga
12.00 malam
Pameran dan gerai keusahawanan siswa
Dataran Gemilang
12.00 t/hari hingga
2.00 petang
Bicara Siswi (hanya untuk siswi sahaja)
Dewan Gemilang
8.00 malam hingga
11.30 malam
Majlis Perasmian Pembukaan Karnival
Mahasiswa IPT Zon Tengah
Kuliah Isyak oleh Al-Fadil Ustaz Kazim Elias
al-Hafiz
Pentas Utama
SABTU, 18 APRIL 2014
MASA PROGRAM TEMPAT
10.00 pagi hingga
12.00 malam
Pameran dan gerai keusahawanan siswa
Dataran Gemilang
9.00 pagi hingga
2.00 petang
Segmen Anak Kecil
i) Pertandingan Mewarna
ii) Pakaian Beragam
iii) Seniman Cilik
Pentas Utama
10.00 pagi hingga
4.00 petang
Segmen Auto : Kereta
i) Vintaj
ii) Mewah
iii) Customize
iv) Nasional
Dataran Gemilang
10.00 pagi hingga
5.00 petang
Kempen Keselamatan Jalan Raya
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 11
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
2.00 petang hingga
5.00 petang
Segmen Tokoh : Bicara Negarawan
Dewan Gemilang
8.00 malam hingga
11.30 malam
Konsert Simfoni Harmoni
Pentas Utama
AHAD, 20 APRIL 2014
MASA PROGRAM TEMPAT
10.00 pagi hingga
12.00 malam
Pameran dan gerai keusahawanan siswa
Dataran Gemilang
9.00 pagi hingga
2.00 petang
Segmen Permata Syurga i) Ayah Mithali
ii) Paling Comel
Pentas Utama
10.00 pagi hingga
4.00 petang
Segmen Auto : Motorsikal
i) Kapcai
ii) Vespa
iii) Superbike
Dataran Gemilang
10.00 pagi hingga
5.00 petang
Kempen Keselamatan Jalan Raya
9.00 malam
Majlis Perasmian Penutup
Pentas Utama
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 12
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan
BIL PERKARA RM
1.
2.
3.
Tabung Pengetua
Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Penajaan
1 500
2 000
28 500
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN
32 000
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 13
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA RM
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Pengurusan program
i) Toner Ink (RM 150/ unit × 2 unit)
ii) Katrij warna (RM 60/ set × 2 set)
iii) Kertas A4 (RM 10/ reams × 10 reams)
iv) Alat tulis
v) Fotokopi & Percetakan
vi) Ring-ring card (RM 10/ keping × 30 keping)
Makanan
i) AJK (RM 12/ hari × 3 hari × 60 orang)
ii) VIP (RM 8/ orang × 9 sub program × 8 orang)
iii) Peserta program
Logistik
i) Khemah marque
ii) Khemah 20’ × 20’ (RM 210 × 50 buah)
Hadiah dan cenderamata
i) Hamper tempat pertama (RM 100 × 15 sub program)
ii) Hamper tempat kedua (RM 60 × 15 sub program)
iii) Hamper tempat ketiga (RM 30 × 15 sub program)
iv) Cenderamata perasmi/ VIP (RM 100 × 9 sub program)
Publisiti
i) Printed banner (15’ × 8’ × 25 keping × RM 0.50/
kaki)
ii) Printed banner backdrop (15’ × 8’ × 9 keping × RM
0.50/ kaki)
iii) Printed bunting (2’ × 6’ × 250 keping × RM 0.50/
kaki)
iv) Hebahan media cetak & elektronik
v) Poster A2 (400 keping × RM 2/ keping)
vi) Pelekat kelulusan PBT (200 keping × RM 1/ keping)
Tugas-tugas Khas
i) Buku program (RM 8 × 50 keping)
ii) Tag nama & lanyard AJK, penggerai (RM 5 × 120
orang)
Rencam
300
120
100
100
230
300
2 160
576
1 000
5 000
10500
1 500
900
450
900
1 500
540
1 500
1 500
800
200
400
600
824
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN
32 000
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 14
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
LAMPIRAN D
Penajaan Keseluruhan Karnival
Merujuk kepada penajaan keseluruhan Karnival Mahasiswa IPT Zon Tengah
Penajaan Program/ Slot Pengisian
Merujuk kepada penajaan spesifik kepada slot yang diadakan pada Karnival
Mahasiswa IPT Zon Tengah
(rujuk perincian program)
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 15
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
LAMPIRAN E
PERINCIAN PROGRAM
16.1 Pameran dan gerai keusahawanan siswa Pameran melibatkan beberapa agensi dan jabatan kerajaan dan gerai-gerai jualan
kendalian mahasiswa sendiri.
16.2 Bicara Siswi Program bual bicara ini hanya dikhaskan kepada mahasiswi kerana pelbagai
persoalan mengenai wanita dan isu semasa akan diketengahkan. Dengan adanya sesi
tertutup ini mahasiswi akan lebih berani menyuarakan masalah dan pandangan mereka.
16.3 Majlis Perasmian Pembukaan Karnival dan Kuliah Isyak Majlis perasmian pembukaan karnival akan dimulakan seperti biasa kemudiannya
disusuli dengan kuliah Isyak berkonsepkan ceramah santai.
16.4 Segmen Anak Kecil Segmen ini terbahagi kepada 3 pertandingan iaitu pertandingan mewarna, pakaian
beragam dan seniman cilik. Ketiga-tiga pertandingan ini terbuka kepada kanak- kanak
berusia 5 dan 6 tahun.
16.5 Segmen Auto Segmen ini terbahagi kepada dua iaitu kenderaan dua roda yakni motorsikal dan
kenderaan empat roda yakni kereta. Setiap jenis kenderaan pula terbahagi kepada tiga.
Namun semuanya menggunakan konsep “pamer dan nilai” untuk menentukan
kemenangan.
16.6 Kempen Keselamatan Jalan Raya Kempen Keselamatan Jalan Raya ini melibatkan pameran, demonstrasi dan
pertandingan berkaitan penggunaan jalan raya yang betul dan selamat.
16.7 Segmen Tokoh Segmen ini merupakan program bual bicara negarawan Malaysia yang
memfokuskan peranan yang seharusnya dimainkan oleh mahasiswa pada masa kini dan
masa hadapan.
16.8 Konsert Simfoni Harmoni Konsert ini akan diserikan dengan persembahan khas oleh artis-artis lagu
ketuhanan serta persembahan lakonan teater yang mengangkat seni Islam di peringkat
tinggi.
16.9 Segmen Permata Syurga Segmen ini melibatkan ibu bapa dan anak kecil mereka yang berumur dua tahun ke
bawah. Dua pertandingan akan dijalankan berturutan bagi mengekalkan suasana
kekeluargaan.
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 16
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
16.10 Majlis Perasmian Penutup Majlis perasmian penutup menjadi medan apresiasi pihak penganjur kepada
semua yang terlibat dan satu kejutan akan dilakukan sebagai gimik perasmian penutup.
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 17
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
LAMPIRAN F
Lampiran Pakej Penajaan Keewangan
EMAS (RM 10000 Keatas) PERAK (RM 5000-10000) GANGSA (RM 1000-5000)
1. Pengecualian cukai
pendapatan
2. Logo dan nama syarikat
akan dimuatkan pada buku
cenderamata, banner dan
pamplet Karnival Mahasiswa
3. Mendapat sijil penghargaan
dari pihak penganjur.
4. Jemputan ke majlis
perasmian penutupan Karnival
Mahasiswa bersama VIP..
5. Mendapat tiga gerai 20’ x
60’ percuma sepanjang
Karnival Mahasiswa
( Satu gerai berukuran
20’ x 20' )
6. Nama syarikat akan
dipaparkan pada T-Shirt ahli
jawatankuasa Karnival
Mahasiswa
1. Pengecualian cukai
pendapatan
2. Logo dan nama syarikat
akan dimuatkan pada
bukucenderamata, banner dan
pamplet Karnival Mahasiswa
3. Mendapat sijil penghargaan
dari pihak penganjur.
4. Jemputan ke majlis
perasmian penutupan Karnival
Mahasiswa bersama VIP.
5. Mendapat dua gerai 20’ x
40’ percuma sepanjang
Karnival Mahasiswa
( Satu gerai berukuran
20’ x 20' )
1. Pengecualian cukai
pendapatan
2. Logo dan nama syarikat
akan dimuatkan pada buku
cenderamata, banner dan
pamplet Karnival Mahasiswa
3. Mendapat sijil penghargaan
dari pihak penganjur.
4. Mendapat satu gerai 20’ x
20’ percuma sepanjang
Karnival Mahasiswa
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 18
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
LAMPIRAN G
FAEDAH TAJAAN KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA 2014
1. PENGECUALIAN CUKAI
Semua sumbangan dalam bentuk wang tunai akan dikecualikan dari pembayaran tunai.
Setiap sumbangan mestilah ditulis kepada: Bendahari UKM – Karnival Mahasiswa IPT
Zon Tengah Universiti Kebangsaan Malaysia 2014.
2. LOGO KARNIVAL
Logo Syarikat penaja akan diletakkan bersama logo karnival.
3. TAPAK JUALAN
Setiap penaja akan diberikan tapak jualan secara percuma sepanjang karnival mengikut
jumlah tajaan yang termaktub di dalam pakej tajaan.
4. JEMPUTAN PERASMIAN DAN PENUTUPAN
Penaja utama akan dijemput menghadiri majlis perasmian dan penutupan karnival bersama
VIP
5. KEMEJA T KHAS
Hanya logo syarikat penaja utama sahaja akan tertera pada kemeja T dan akan digunakan
oleh semua ahli jawatankuasa bagi tujuan mempromosi termaktub dalam pakej tajaan
6. KAIN RENTANG KHAS PENAJA
Kain rentang khas akan diletakkan di beberapa tempat yang strategik sebagai promosi khas
penaja utama karnival
7. KAIN RENTANG
Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan pada semua kain rentang karnival
8. BUNTING
Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan pada semua bunting yang bersaiz 2’ x 6’ yang
dicetak
9. BUNTING KHAS MINIMA 50 KEPING
Bunting khas syarikat penaja akan diletakkan di beberapa tempat yang strategi sebagai
promosi khas penaja utama karnival
10. POSTER BERSAIZ A2 MINIMA 1,000 KEPING
Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan di dalam semua poster bersaiz A2 yang dicetak
11. FLYERS MINIMA 3,000 KEPING
Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan di dalam semua flyers yang dicetak
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 19
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
12. TEKS PENGERUSI MAJLIS
Kesemua nama-nama syarikat penaja akan dinyatakan di dalam teks pengerusi majlis
sepanjang kejohanan berlangsung
13. KEMEJA T URUSETIA
Logo penaja utama akan dipaparkan pada kemeja T urusetia
14. PAPAN TANDA/ SIGNAGE
Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan di dalam semua papan tanda yang dicetak
mengikut jumlah tajaan yang termaktub di dalam pakej tajaan.
15. TAG NAMA
Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan di dalam semua tag nama yang dicetak
mengikut jumlah tajaan yang termaktub di dalam pakej tajaan.
16. KAD JEMPUTAN
Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan di dalam semua kad jemputan yang dicetak
mengikut jumlah tajaan yang termaktub di dalam pakej tajaan.
17. PIALA IRINGAN DAN MEDAL
Hanya logo syarikat penaja utama akan diletakkan pada semua piala iringan dan medal
yang dicetak.
18. SIJIL
Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan di dalam semua sijil yang dicetak mengikut
jumlah tajaan yang termaktub di dalam pakej tajaan.
19. BUKU CENDERAMATA
Logo-logo syarikat penaja akan diletakkan di dalam semua buku cenderamata yang dicetak
dan kedudukan logo penaja telah ditentukan seperti berikut : Utama (dua muka surat di
tengah-tengah buku), Emas (satu muka surat pertama), Perak (muka surat terakhir) dan
Gangsa (satu muka surat kulit buku).
20. VIDEO PROMOSI
Satu video mempromosi syarikat penaja utama akan dipasang sepanjang kejohanan
“PENCETUS TRANSFORMASI, PENERUS LEGASI” 20
KARNIVAL MAHASISWA IPT ZON TENGAH 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
18 – 20 APRIL 2014
LAMPIRAN H