kertas kerja pertandingan badminton ppki.doc

11
SMK TUNKU SYED IDRUS 73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013 (1 MURID 1 SUKAN) 28 OGOS 2013 / RABU Anjuran : KELAB PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) SMK TUNKU SYED IDRUS

description

badminton pendidikan khas

Transcript of kertas kerja pertandingan badminton ppki.doc

SMK TUNKU SYED IDRUS73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

(1 MURID 1 SUKAN)

28 OGOS 2013 / RABU

Anjuran :

KELAB PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS)

SMK TUNKU SYED IDRUS

Dengan Kerjasama :

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

R. B SPORTS & TRAVEL

BUKIT KATIL, MELAKA

Page 2

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP

PPKI SMKTSI 2013 (1 MURID 1 SUKAN)

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Badminton ini adalah salah satu aktiviti riadah yang dianjurkan oleh

Kelab Permainan Badminton PPKI SMKTSI. Pertandingan ini disertai oleh para

pelajar pendidikan khas sahaja. Ia akan diadakan di Dewan Gemilang dan Dataran

Gelanggang SMKTSI pada 28 Ogos 2013. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan

kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan

yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan

dalam aktiviti sebegini seterusnya mengaplikasikan konsep 1 Murid 1 Sukan.

Pengalaman yang ditimba melalui pertandingan badminton ini bakal diaplikasikan

apabila menempuhi pertandingan ke peringkat yang lebih tinggi.

2.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT

3.1 Mengadakan satu pertandingan sebagai satu pengalaman bertanding kepada

para pemain yang akan mewakili PPKI SMKTSI di peringkat pertandingan yang

lebih tinggi.

3.2 Mencungkil bakat-bakat untuk kejohanan badminton peringkat daerah, dimana

Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori secara automatik akan mewakili

sekolah.

3.3 Mendedahkan para pelajar pendidikan khas kepada teknik pengurusan dan

peraturan pertandingan.

3.0 TEMPOH / MASA PROGRAM

3.1 Program ini dijalankan selama 1 hari iaitu pada hari Rabu.

3.2 Masa perlaksanaan program ini melibatkan waktu siang sahaja di mana ia

bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang (rujuk

lampiran / tentatif program)

Page 3

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

4.0 TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM

28 Ogos 2013 (Rabu)

5.0 LOKASI / TEMPAT

5.1 Dewan Gemilang SMK Tunku Syed Idrus

5.2 Dataran Gelanggang Badminton Smk Tunku Syed Idrus

6.0 SASARAN PESERTA

6.1 Para pelajar Pendidikan Khas SMK Tunku Syed Idrus, Tampin (27 orang)

6.2 Semua guru dan pembantu pengurusan murid PPKI (8 orang)

7.0 RINGKASAN AKTIVITI / PROGRAM

Aktiviti akan dikendalikan oleh guru – guru dan pembantu pengurusan murid (ppm)

pendidikan khas dengan kerjasama tiga jurulatih permainan badminton dari R&B

Sports & Travel yang bertindak sebagai pengadil dalam kejohanan ini. Para pelajar

pendidikan khas akan dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana para pelajar kelas

Amanah dan Bahagia akan bermain sebagai satu kumpulan dan para pelajar kelas

Cergas dan Dedikasi dibahagikan kepada satu kumpulan.

8.0 KATEGORI / FORMAT PERTANDINGAN

Kategori acara yang akan dipertandingkan ialah perseorangan lelaki dan

perempuan bawah 15 tahun, perseorangan lelaki dan perempuan bawah 18 tahun,

beregu lelaki dan perempuan bawah 15 tahun serta beregu lelaki dan perempuan

bawah 18 tahun.

9.0 FORMAT PERTANDINGAN

Cadangan sistem pertandingan akan diadakan adalah liga kumpulan untuk

pusingan pertama dengan kiraan 30 mata terus. Pusingan kedua adalah kalah

singkir dengan kiraan mata 21. Format pertandingan juga akan mengambil kira

bilangan penyertaan. Pendaftaran penyertaan lewat tidak akan dilayan kerana

menyukarkan proses menentukan format pertandingan dan jadual pertandingan

serta masa perlawanan.

Page 4

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

10.0 SYARAT PERTANDINGAN

• Terbuka kepada ahli kelab permainan badminton PPKI SMKTSI sahaja.

• Pertandingan dijalankan mengikut peraturan terkini yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).

• Pertandingan dijalankan secara liga sebanyak 2 pusingan.

• Acara yang dipertandingkan ialah perseorangan dan beregu.

• Peserta yang lewat 5 minit akan dikira “walk over”.

• Keputusan pengadil perlawanan adalah muktamad. Segala bantahan tidak akan diterima.

11.0 SENARAI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penaung : Pn. Hjh. Nurul Azmi Binti Zaini

Penasihat : Tn. Hj. Mohammad Jeffry Bin Mohd Isa

Penyelaras PPKI : Pn. Syazrah Binti Sahrani

JAWATANKUASA PERLAKSANA

Pengerusi Program : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat

Setiausaha : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat

Bendahari : Pn. Siti Zubaidah Binti Mohd Muhagirin

Pengacara Majlis : Pn. Faizol Azni Binti Azazi

AJK Buku Program / Pertandingan : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat

Pn. Nur Ilyani Binti Mamat

AJK Peralatan / Persiapan Tempat : Pn. Faizol Azni Binti Azazi

Pn. Nur Ilyani Binti Mamat

AJK Disiplin : En. Jaafar Bin Md. Zin

AJK Kebajikan / First Aid : Pn. Nur Ilyani Binti Mamat

AJK Dokumentasi : Pn. Nurafidah Binti Razali

Pn. Siti Zubaidah Binti Mohd Muhagirin

AJK Sijil / Cenderahati : Pn. Azura Binti Rosli

Pn. Nurafidah Binti Razali

Page 5

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

AJK Makanan : Pn. Azura Binti Rosli

Pn. Nurafidah Binti Razali

Pn. Navamani A/P Raman

12.0 TENTATIF / PENGISIAN PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

28 OGOS 2013

RABU

8.00 am

8.30 am

9.00 am

10.00 am

10.30 am

1.00 pm

2.30 pm

- Berkumpul di Dewan Gemilang SMK

Tunku Syed Idrus

- Pelajar dibahagikan kepada 2

kumpulan

- Kejohanan bermula (Pusingan 1)

Dewan Gemilang

Kategori Perseorangan (Bawah 15)

Kategori Perseorangan (Bawah 18)

Dataran Gelanggang

Kategori Beregu (Bawah 15)

Kategori Beregu (Bawah 18)

- Rehat / Makan Pagi

- Sambungan Kejohanan (Pusingan 1)

Dewan Gemilang

Kategori Perseorangan (Bawah 15)

Kategori Perseorangan (Bawah 18)

Dataran Gelanggang

Kategori Beregu (Bawah 15)

Kategori Beregu (Bawah 18)

- Rehat / Makan Tengahari / Solat

- Sambungan Kejohanan (Pusingan 2)

Dewan Gemilang

Semua pihak

Semua pihak

Semua pihak

AJK Peralatan /

Persiapan

Tempat

AJK Makanan

Semua pihak

AJK Peralatan /

Persiapan

Tempat

AJK Makanan

Semua pihak

AJK Peralatan /

Page 6

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

3.30 pm

4.00 pm

Kategori Perseorangan (Bawah 18)

Dataran Gelanggang

Kategori Beregu (Bawah 18)

- Sesi penyampaian sijil dan

cenderamata

- Sesi bergambar kenangan

- Bersurai

Persiapan

Tempat

AJK Sijil /

Cenderamata

AJK

Dokumentasi

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BUTIRAN ANGGARAN

a) Makanan

-RM 3.00 x 12 x 1 hari (sarapan pagi)

-RM 6.00 x 12 x 1 hari (makan tengahari)

-RM 15.00 x 2 katon air mineral

a) Hadiah / Cenderahati

-Johan (RM 15.00 x 8 hadiah)

-Naib Johan (RM 10.00 x 8 hadiah)

c) Saguhati / Cenderahati

- Wang saguhati / cenderahati (RM 100.00 x 3

orang)

a) Peralatan Teknikal

-Jaring / Net ( 2 Jaring x RM 70.00)

-Bulu Tangkis (2 Balang x RM 25.00)

RM 36.00

RM 72.00

RM 30.00

RM 120.00

RM 80.00

RM 300.00

RM 140.00

RM 50.00

JUMLAH BESAR : RM 828.00

14.0 SUMBER KEWANGAN

14.1 Peruntukan LPBT Pendidikan Khas

14.2 Peruntukan PCG Kokurikulum Pendidikan Khas

14.3 Peruntukan Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

Page 7

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

15.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar Kejohanan Tertutup Permainan Badminton Pendidikan

Khas ini akan dapat membantu mengembangkan semua aspek potensi pelajar

pendidikan khas yang berteraskan semangat kesukanan ke arah pembinaan dan

pengukuhan sahsiah pelajar di bawah program ‘Satu Murid Satu Sukan’ yang

dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, dengan adanya

anjuran seperti ini akan dapat membentuk jati diri para pemain badminton yang

terdiri daripada para pelajar bekeperluan khas. Pengalaman dan pengajaran yang

diterima dapat memajukan sukan badminton pendidikan khas. Semoga dengan

penyertaan pertandingan ini dapat memberi kebaikan kepada semua pihak yang

terlibat sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia terjalin.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT) (PN. SYAZRAH SAHRANI)

Pengerusi Penyelaras Pendidikan Khas

Kejohanan Badminton PPKI Program Pendidikan Khas Integrasi

SMK Tunku Syed Idrus SMK Tunku Syed Idrus

73000 Tampin, Negeri Sembilan 73000 Tampin ,Negeri Sembilan

Disokong oleh, Diluluskan oleh,

(TN.HJ MOHAMMAD JEFFRY MOHD ISA) (HJH. NURUL AZMI BINTI ZAINI)

GPK Kokurikulum Pengetua

SMK Tunku Syed Idrus SMK Tunku Syed Idrus

73000 Tampin, Negeri Sembilan 73000 Tampin ,Negeri Sembilan

Page 8

Catatan / Ulasan :

..............................................................................................................................................

..............................................................................................................................................

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

Page 9