Kertas Kerja Pertandingan Permainan Program 1 Murid 1 Sukan

download Kertas Kerja Pertandingan Permainan Program 1 Murid 1 Sukan

of 6

Transcript of Kertas Kerja Pertandingan Permainan Program 1 Murid 1 Sukan

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Pertandingan Permainan Program 1 Murid 1 Sukan

    1/6

    1.0 PENGENALAN :

    Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu.

    Melalui kegiatan sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai

    kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial,

    kepimpinan serta disiplin diri.

    Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di

    peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan

    secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu

    meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan

    sepanjang tahun yang bertemakan Majulah Sukan Untuk Semua. Jika dirancang

    dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian

    daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar.

    Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda sentiasa

    memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang

    melibatkan pelajar. Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang

    menyeluruh di masa akan datang.

    Program 1 Murid 1 Sukan di sekolah merupakan suatu wahana untuk

    mencapai wawasan negara dalam pembudayaan sukan dalam kalangan semua murid

    di sekolah. Budaya sukan dalam kalangan semua murid adalah untuk memperlengkap

    kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan

    holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa

    Malaysia.

    Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan

    pada hari ini. Aktiviti sukan juga akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan

    sepanjang tahun. Pihak yang terlibat dalam pengurusan sukan di sekolah seharusnya

    merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan ini secara sistematik, cekap dan

    berkesan berlandaskan keilmuan dan kemanusiaan.

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Pertandingan Permainan Program 1 Murid 1 Sukan

    2/6

    2.0 PENDAHULUAN :

    Pertandingan Permainan Program 1 Murid 1 Sukan adalah satu program rasmi

    sekolah yang dirancang dan dilaksanakan pada setiap tahun yang dikhaskan kepada

    murid yang tidak pernah mewakili sekolah dalam mana-mana aktiviti sukan peringkat

    daerah dan peringkat seterusnya.

    3.0 MATLAMAT :

    i) Menyahut seruan kerajaan dalam menjalankan dasar 1 Murid 1 Sukan.ii) Menjana minat dan azam bagi memajukan sukan untuk mengimbangi

    objektif Falsafah Pendidikan Negara .

    iii) Melahirkan insan yang berketerampilan, berkualiti dan mempunyai nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

    iv) Mempertingkatkan tahap kesedaran murid-murid dalam usaha menjadikansukan sebagai suatu Budaya Hidup Sihat .

    v) Mendidik serta melahirkan murid-murid yang kompetitif, aktif sertamempunyai ketahanan diri yang tinggi baik dari segi mental mahupun

    fizikal dalam semua bidang khususnya bidang sukan.

    4.0 OBJEKTIF :

    i. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.ii. Meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan murid dan guru.iii. Memenuhi aktiviti Ko-kurikulum di sekolah.

    5.0 HARI / TARIKH / MASA / TEMPAT :

    a) Pemilihan & Latihan :

    Permainan Hari Tarikh Masa Tempat

    1. Bola Sepak2. Sepak Takraw3. Bola Jaring4. Futsal5. Bola Baling (L)6. Bola Baling (P)

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Pertandingan Permainan Program 1 Murid 1 Sukan

    3/6

    b) Pertandingan :

    Permainan Hari Tarikh Masa Tempat

    1. Bola Sepak2. Sepak Takraw3. Bola Jaring4. Futsal5. Bola Baling (L)6. Bola Baling (P)

    6.0 KUMPULAN SASARAN :

    Murid setiap rumah sukan SK Taman Sri Muda yang tidak pernah mewakili sekolah

    dalam mana-mana aktiviti sukan peringkat daerah dan peringkat seterusnya.

    7.0 PERBELANJAAN :

    Bil. Perkara Kuantiti Jumlah

    (RM)

    1. Hadiah / Cenderahati Murid Bil. Pingat Jumlah

    Pingat

    x

    Harga

    Permainan Jantina E P G

    a) Bola SepakL 12 12 12 RM3.50 x

    36

    RM546.00

    b) Sepak TakrawL 4 4 4 RM3.50 x

    12

    c) Bola JaringP 10 10 10 RM3.50 x

    30

    d) FutsalP 6 6 6 RM3.50 x

    18

    e) Bola BalingL 10 10 10 RM3.50 x

    30

    f) Bola BalingP 10 10 10 RM3.50 x

    30

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Pertandingan Permainan Program 1 Murid 1 Sukan

    4/6

    Bil. Perkara KuantitiJumlah

    (RM)

    2. Air Mineral Pegawai Pertandingan 1 kotak RM10.00

    Jumlah RM556.00

    Jumlah keseluruhan perbelanjaan : RM556.00

    (Ringgit Malaysia Lima Ratus Lima Puluh Enam Sahaja)

    8.0 PERMAINAN YANG DIPERTANDINGKAN :

    8.1 Bola Sepak (Lelaki)

    8.2 Sepak Takraw (Lelaki)

    8.3 Bola Jaring (Perempuan)

    8.4 Futsal (Perempuan)

    8.5 Bola Baling (Lelaki / Perempuan)

    9.0 BILANGAN PESERTA :

    Bilangan Peserta

    PermainanRumah Sukan

    JumlahMerah Kuning Biru Hijau

    Bola Sepak 12 12 12 12 48

    Sepak Takraw 4 4 4 4 16

    Futsal 6 6 6 6 24

    Bola Jaring 10 10 10 10 40

    Bola Baling (L) 10 10 10 10 40

    Bola Baling (P) 10 10 10 10 40

    Jumlah Besar 208

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Pertandingan Permainan Program 1 Murid 1 Sukan

    5/6

    10.0 PERATURAN PERTANDINGAN :

    10.1 Seseorang murid boleh menyertai satu jenis permainan sahaja.

    Bagi rumah sukan yang menyenaraikan nama seseorang murid lebih

    daripada satu jenis permainan, penyertaan bagi rumah sukan bagi

    permainan tersebut akan dibatalkan.

    10.2 Murid yang dipilih mestilah murid yang tidak pernah mewakili

    sekolah pada sebarang peringkat dalam apa-apa jenis sukan.

    10.3 Bola sepak(sekurang-kurangnya 3 orang murid Tahun 4)

    - 9 pemain dalam padang, 3 pemain simpanan (1 pasukan)

    10.4 Sepak Takraw (sekurang-kurangnya 1 orang murid Tahun 4)

    - 3 pemain dalam gelanggang, 1 pemain simpanan (1 regu)

    10.5 Futsal (sekurang-kurangnya 1 orang murid Tahun 4)

    - 5 pemain dalam gelanggang, 1 pemain simpanan (1 pasukan)

    10.6 Bola Jaring (sekurang-kurangnya 2 orang murid Tahun 4)

    - 7 pemain dalam padang, 3 pemain simpanan (1 pasukan)

    10.7 Bola Baling (sekurang-kurangnya 2 orang murid Tahun 4)

    - 7 pemain dalam padang, 3 pemain simpanan (1 pasukan)

    11.0 GURU YANG TERLIBAT (PEGAWAI) :

    Permainan Nama Peranan

    1. Bola Sepak En. Ramli bin Mat Saad Pengadil 1En. En. Mohd Firdaus bin Ibrahim Pengadil 2

    En. Jesfri bin Zakaria Pencatat

    2. Sepak Takraw En. Mohd Azwan bin Mohd Basri Pengadil 1En. Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin Pengadil 2

    En. Mohd Zairi bin Drahman Pencatat

    3. Bola Jaring Pn. Hayani bt. Md. Ishak Pengadil 1Pn. Azreen bt. Che Othman Pengadil 2

    Pn. Azlen bt. Tuah Pencatat

    4. Futsal En. Mohd Fazlee bin Abd. Wahab Pengadil 1Pn. Hafiza bt. Kassim Pengadil 2

    Cik Rubini Devi a/p Raman Pencatat

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Pertandingan Permainan Program 1 Murid 1 Sukan

    6/6

    5. Bola Baling (L) En. Hanim Azahari bin Tajudin Pengadil 1En. Wan Azimi bin Wan Abd. Rahim Pengadil 2

    En. Roduan bin Pin Pencatat

    6.

    Bola Baling (P) Pn. Normashila Hayati bt. Ismail Pengadil 1Pn. Rohizat bt. Baharudin Pengadil 2

    Pn. Annam a/p Muthusamy Pencatat

    Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

    .. ..

    (Mohd Firdaus bin Ibrahim)

    Setiausaha Sukan,

    SK Taman Sri Muda.

    Disahkan Oleh :

    .