Kertas Kerja Program Anti Dadah . 2015docx

3
KERTAS KERJA KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG TAHUN 2015 1. PENDAHULUAN Program Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan salah satu program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Program ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah dan jauhi rokok dalam kalangan murid melalui persembahan kepelbagaian bakat pelajar dan perkongsian maklumat dan mesej anti dadah. Justeru Unit Psikologi dan Kerjaya akan mengadakan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah kepada pelajar tahun 2 Kolej Vokasional untuk memberi pengetahuan berkenaan pendidikan pencegahan dadah. 2. OBJEKTIF Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran pelajar semua peringkat tentang bahaya dadah. Menggunakan aktiviti kesenian sebagai medium penyampaian mesej pendidikan pencegahan dadah. Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam kalangan pelajar ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina. 3. SASARAN Pelajar Tahun 2 Kolej Vokasional Kuala Klawang 4. TARIKH PELAKSANAAN 26 28 Mei 2015 5. ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA JUMLAH 1. Kain Puteh 7 meter x 8.00 RM 56.00 2. Plaka (Merah 2 botol, Hitam 2 botol,Biru 2 botol,Hijau 2 RM 185.00

description

kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Program Anti Dadah . 2015docx

KERTAS KERJA KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG TAHUN 2015

1. PENDAHULUAN

Program Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan salah satu program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.Program ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah dan jauhi rokok dalam kalangan murid melalui persembahan kepelbagaian bakat pelajar dan perkongsian maklumat dan mesej anti dadah. Justeru Unit Psikologi dan Kerjaya akan mengadakan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah kepada pelajar tahun 2 Kolej Vokasional untuk memberi pengetahuan berkenaan pendidikan pencegahan dadah.

2. OBJEKTIF

Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran pelajar semua peringkat tentang bahaya dadah. Menggunakan aktiviti kesenian sebagai medium penyampaian mesej pendidikan pencegahan dadah. Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam kalangan pelajar ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina.

3. SASARAN

Pelajar Tahun 2 Kolej Vokasional Kuala Klawang

4. TARIKH PELAKSANAAN

26 28 Mei 2015

5. ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARAJUMLAH

1.Kain Puteh 7 meter x 8.00RM 56.00

2.Plaka (Merah 2 botol, Hitam 2 botol,Biru 2 botol,Hijau 2 botol,Kuning 2 botol) (10 Botol)RM 185.00

3.Kertas Lukisan A3 (30 Helai)RM 6.00

4.Berus Lukisan (10 batang)RM 30.00

5.Cenderahati Pelajar Poster Banner Puisi SkestaRM 45.00RM 90.00RM 45.00RM 90.00

6.Crayon (10 kotak)RM 30.00

7.Hamper saguhati RM15 x 2RM 30

8.Hamper saguhati RM 5 X 2RM 10

9.Kertas Warna RM 18 X 1RM 18

10.Tape Tisu RM 1.60 X 4RM 4.40

Jumlah RM 641.40

6. SUMBER PENDAPATANPCG KAUNSELING

7. JAWATANKUASA PROGRAM Penasihat: En Abdul Rahim Bin Kassim( Pengarah )Pengerusi: Cik Rozilah Bt. Othman @ Ali( TPSA )Timbalan Pengerusi: En Shaiful Izham Bin Ahmad(Ketua Unit HEP)Naib Pengerusi : Cik Suraini Bt. Hj. Mohd. Yusof (TPA`Akademik )Penyelaras : Pn Norliza Binti Zakaria( Kaunselor )Setiausaha: Pn Liyana Hanim Bt Che Ibrahim( Kaunselor )AJK: Pn Norazimah Bt Saharom(Ketua Unit Sukan &Kokurikulum) En Fauzi Bin Madon (Pensyarah Kelab Anti Dadah) En Ali Bin Jaafar(Pensyarah Kelab Anti Dadah): Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

8. STRATEGI PELAKSANAAN

Kertas kerja program disediakan dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Kolej Taklimat program kepada semua yang terlibat. Program Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah dijalankan. Penilaian keberkesanan program.

9. PENUTUP

Usaha membanteras ancaman dadah dan rokok melalui pendekatan pencegahan adalah sangat penting dilaksanakan di semua peringkat. Justeru, program ini adalah salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Lembaga Kesihatan Malaysia dalam usaha memberikan pencegahan awalan kepada murid dan juga masyarakat amnya. Adalah menjadi harapan pihak pengelola agar program ini dapat merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan Negara Bebas Dadah Menjelang Tahun 2015 terutama sekali dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

Disediakan oleh :

...............................................( LIYANA HANIM BT CHE IBRAHIM )Kaunselor,Kolej Vokasional Kuala Klawang, 71600 Jelebu,NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Disahkan oleh :

..................................................(ABDUL RAHIM BIN KASSIM)Pengarah Kolej Vokasional Kuala Klawang, 71600 Jelebu,NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS