Kertas Kerja Program Bebas Denggi 2014

6
PROGRAM BEBAS DENGGI SK FELDA BUKIT SENGGEH 2014 TARIKH 21 MAC 2014 HARI JUMAAT MASA 8.00 HINGGA 10.00 PAGI

Transcript of Kertas Kerja Program Bebas Denggi 2014

Page 1: Kertas Kerja Program Bebas Denggi 2014

PROGRAM BEBAS DENGGISK FELDA BUKIT SENGGEH

2014

TARIKH 21 MAC 2014HARI JUMAATMASA 8.00 HINGGA 10.00 PAGI

ANJURAN : BIRO PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI DAN AEDES

SK FELDA BUKIT SENGGEH.

Page 2: Kertas Kerja Program Bebas Denggi 2014

1. LATAR BELAKANG1.1 Demam denggi adalah satu penyakit yang masih menjadi satu masalah kesihatan awam di Malaysia. Bilangan kes-kes denggi dilaporkan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Negeri Melaka juga mencatat kes denggi yang semakin membimbangkan. Hasil lawatan Kementerian Kesihatan ke SK Felda Bukit Senggeh tahun lepas juga mendapati terdapat jentik-jentik di kawasan takungan air.

2. OBJEKTIF2.1 Objektif AmUntuk mendedahkan kanak-kanak sekolah kepada aktiviti pencegahan dan kawalan denggi dengan tujuan mengwujudkan satu kumpulan yang menjadi ‘Agen Perubahan’ kepada masyarakat.2.2 Objektif Khususi) Untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran di dalam mencegah dan mengawal kejadian demam denggi di sekolah.ii) Untuk melibatkan semua warga sekolah dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi.

3. RASIONAL3.1 Sekolah-sekolah mempunyai organisasi yang lengkap di mana guru kesihatan di sekolah-sekolah berkenaan boleh diharap sebagai co-ordinator pelaksanaan bebas denggi.3.2 Bagi menyemai pengatahuan dan amalan baik di dalam kawalan denggi kepada peringkat umur yang rendah supaya pengetahuan dan amalan tersebut dapat diteruskan apabila dewasa nanti. Di samping itu diharap murid sekolah dapat menjadi agen perubahan kepada bebas denggi di rumah, kampung/taman dan seterusnya kepada masyarakat umum.3.3 Kajian daripada negara-negara lain telah menunjukkan bahawa aktiviti kawalan denggi yang ditumpukan kepada golongan kanak-kanak sekolah telah mencapai kejayaan.

4. MATLAMAT4.1 Mendedahkan kepada murid-murid sekolah tentang aktiviti pencegahan dan kawalan denggi bagi mewujudkan satu kumpulan yang menjadi agen perubahan kepada masyarakat setempat.4.2 Memberikan kesedaran, kefahaman dan kemahiran bagi menghindari dan mencegah demam denggi.4.3 Mewujudkan masyarakat sifar denggi.4.4 Memberi pendedahan tentang bagaimana untuk mencegah aedes daripada menular.4.5 Memberi kesedaran tentang bahayanya penyakit aedes jika ianya tidakdibendung.4.6 Memberi kesedaran bahawa betapa pentingnya menjaga kebersihan dankesihatan diri dan persekitaran.4.7 Memupuk jalinan semangat kerjasama dan sikap gotong royong di kalanganwarga SK Felda Bukit Senggeh.

Page 3: Kertas Kerja Program Bebas Denggi 2014

5. JAWATANKUASA PERLAKSANAPENASIHAT Encik Jasni bin Haji Ramli (GB)PENGERUSI Encik Azhar bin Abu Talib (GPK Hem)NAIB PENGERUSI 1 Encik Md Nazri b Bulat (GPK 1)NAIB PENGERUSI 2 Encik Khairul bin Haji Ariffin (GPK KoKu)PENYELARAS Encik Suher bin SulaimanSETIAUSAHA Puan Norliza binti Esal

AJK Puan Siti Rafidah binti Amdan Encik Suher bin Sulaiman Puan Siti Sakimah binti Hussain Puan Ros Anita binti SarimonPuan Adilawati binti Abdullah Encik Mohd Zamri bin Sulong Puan Ainunrohaza binti Abdul Mutalep Puan Azlinda binti Abdullah Puan Norliza binti Esal Puan Ramlah binti IsmailPuan Mardiana binti Mustapha KamalPuan Fazirah binti Haji Abdul GhaparPuan Tuan Azizah binti Tuan HassanTuan Haji Ahmad bin Haji SulaimanTuan Haji Mohd Syahzul Bakri bin Haji YunusEncik Zainal Abidin bin LajimPuan Norliza binti Md NoorEncik Arman bin Md SalEncik Mohd Hafizuan bin Khamis

6. TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 21 Mac 2014Masa : 8.00 hingga 10.00 pagi

Masa

Hari

7.30 pagi hingga8.00 pagi

8.00 pagi hingga9.00 pagi

9.00 pagi hingga 10.00 pagi

10.00 pagi hingga10.30 pagi

Jumaat21 Mac 2014

Taklimat &Pembahagianagihan tugas

Gotong-royongFasa I

Gotong-royongFasa II Rehat

Page 4: Kertas Kerja Program Bebas Denggi 2014

7. JADUAL PELAKSANAAN

Kawasan Tindakan Tugasan

Blok A dan sekitarnya

Tahun 6 dan Tahun 5 bersama Guru Kelas masing-masing

1. Membersihkan kelas dan pastikan bebas sampah.

2. Membersih kawasan yang dipertanggung jawabkan dengan mengutip segala sampah dan botol-botol plastik.

3. Bagi guru-guru yang bertugas di bilik khas, diminta membersihkan bilik tersebut dengan memastikan tiada sampah yang boleh menakung air.

Blok B dan sekitarnya

Tahun 4 dan Tahun 3 bersama Guru Kelas masing-masing

Rumah Guru Lama dan sekitarnya

Tahun 1 dan Tahun 2 bersama guru kelas masing-masing

Blok C dan Kantin

Murid Prasekolah dan Pend Khas bersama guru masing-masing.

Stor PJPK dan Bilik Guru

1. Tuan Haji Ahmad bin Haji Sulaiman2. Tuan Haji Mohd Syahzul Bakri bin Haji Yunus3. Puan Ramlah binti Ismail4. Puan Fazirah binti Haji Abdul Ghapar

Perpustakaan dan Bilik J-Qaf

1. Puan Mardiana binti Mustapha Kamal2. Puan Tuan Azizah binti Tuan Hassan

Tandas dan Longkang

1. Encik Zainal Abidin bin Lajim2. Puan Norliza binti Md Noor3. Encik Arman bin Md Sal4. Encik Mohd Hafizuan bin Khamis

8. ANGGARAN PERBELANJAANTiada.

Page 5: Kertas Kerja Program Bebas Denggi 2014

9. KESIMPULAN9.1 Harapan agar Program Bebas Denggi ini dapat memberikan kesedaran kepada semua murid dan warga sekolah betapa perlunya pencegahan awalan melalui amalan penjagaan kebersihan persekitaran sekolah amnya dan kawasan kediaman khususnya. Semoga dengan sokongan dan kerjasama oleh semua pihak, penyakit denggi boleh dikawal.

10. PENUTUP10.1 Diharap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________ ____________________(SUHER BIN SULAIMAN) (AZHAR BIN ABU TALIB)Penyelaras, Pengerusi,Program Bebas Denggi, Program Bebas Denggi,SK Felda Bukit Senggeh. SK Felda Bukit Senggeh.