Kertas Kerja Program Gotong Royong

8
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH 72400 SIMPANG DURIAN, NEGERI SEMBILAN Kertas Kerja Gotong Royong Penyediaan Sudut PPDa Mac 2014 1.0 PENDAHULUAN Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat. Segala aktiviti yang dirancang oleh Unit Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang dirancang kepada murid-murid ini diharap dapat memberi impak terhadap murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Program gotong royong ini dirancang untuk menyediakan satu sudut PPDa yang dapat menyampaikan maklumat dan pengetahuan

description

dokumen

Transcript of Kertas Kerja Program Gotong Royong

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH72400 SIMPANG DURIAN, NEGERI SEMBILAN

Kertas KerjaGotong Royong Penyediaan Sudut PPDaMac 2014

1.0 PENDAHULUANAspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.Segala aktiviti yang dirancang oleh Unit Pendidikan Pencegahan Dadah( PPDa ) yang dirancang kepada murid-murid ini diharap dapat memberi impak terhadap murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.Program gotong royong ini dirancang untuk menyediakan satu sudut PPDa yang dapat menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada murid-murid dan juga ibu bapa. Disamping itu murid-murid juga dapat berihat sambil membaca info-info yang disediakan dan juga bermain dam aji ditapak yang disediakan. Cogankata-cogankata yang ditulis diharap dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahayanya dadah. Sudut PPDa yang dirancang ini diharap dapat memberi impak terhadap murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

2.0 OBJEKTIFObjektif program ini adalah seperti berikut:2.1 Untuk memastikan murid-murid SK Sungai Buloh mempraktikkan gaya hidup sihat2.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah lagi;2.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah;2.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan: ( akan dibincangkan )Tempat: Sudut PPDa ( di tangga ) pondok ilmu di dataran perhimpunan dan sekitar kolam ikanMasa: ( akan dibicangkan )Pakaian: Pakaian sukan4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS 4.1Sudut PPDa ( di sekitar tangga belakang )Mengemaskini sudut. Menampal dan menggantung bahan yang bersesuaian.Persediaan awal mencari bahan-bahan yang sesuai ( laminate )

4.2KolamKedudukan kolam ikan yang berada di antara blok A dan B merupakan kawasan tarikan bagi murid dan pelawat yang datang ke sekolah ini. Oleh itu penyediaan Cogankata dan papan tanda yang sesuai berkaitan anti dadah diharap dapat memberikan maklumat kepada semua. Gotong royong akan dibuat untuk menulis cogankata pada dinding kolam dan batu-batu sekitar kolam disamping meletakkan papan tanda yang bersesuaian. Selain dari itu, menyediakan tapak permainan dam aji di meja bulat berhampiran kolamPersediaan menulis papan tanda dan menyediakan maklumat yang bersesuaian4.3Pondok ilmu berhampiran Dataran PerhimpunanMenyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk diletak dan digantung di pondok berkenaan.Persediaan menyediakan bahan-bahan yang sesuai seperti pamphlet dan bahan untuk digantung serta kotak untuk meletak pamphlet.

5.0 Jawatankuasa Pengurusan Sudut PPDaPenasihat:Pn. Mazda binti Ujang(Guru Besar Sk Sg. Buloh)

PengerusI:En. Adnan bin Abd. Baki(GPK HEM )

Naib Pengerusi 1:Pn Mariani binti Md Salleh ( GPK Pentadbiran )

Naib Pengerusi 2:Pn. Rohayati binti Baba ( GPK Kokurikulum )

Penyelaras:Pn. Norwati binti AhmadPenyelaras Unit PPDa

Setiausaha:Pn. Nurul Eaymie binti Mat Sah( Bimbingan dan Kaunseling )

AJK:

Keceriaan:Pn. Norwati binti AhmadPn. Rozita binti BurhanekPn. Ruzaloma binti Zabidin

Sahsiah:En. Rosli bin SubohPn. Wan Norazila binti Wan Latif

Program/Aktiviti:En. Mohd Afizi bin IsmailPn. Rozitah binti Mohd Yusof

Projek Innovasi:Pn. Nurul Eaimi binti Mat sahEn. AhmadKhairi bin Abdul RaohEn. Halil bin Hamidun

Dokumentasi:Pn. Ummimarliya binti JamilEn. Mohd NoorKhairizam bin Mohd Yusof

6.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN MENGIKUT AGIHAN KAWASAN BIL.KAWASANKETUA DAN KUMPULAN YANG TERLIBAT

1.Sudut PPDa

1.Di bahagian sekitar tangga.1. Pn. Norwati binti Ahmad2. Pn. Rozita binti Burhanek3. Pn. Wan Norazila binti Wan Latif4. Pn. Roslina binti Razak5. En. Jalani bin Joned

2.Kolam & Lanskap1. En. Halil bin Hamidun2. En. Mohd Noorkhairizam bin Mohd Yusof3. En. AhmadKhairi bin Abd. Raoh4. En. Rosli bin Suboh5. En. Rosli bin Aziz

3.Pondok Ilmu1. Pn. Ruzaloma binti Zabidin2. Pn. Rozitah bt Mohd Yusof3. Pn. Fakhriyah bt Razak4. En. Mohd Afizi bin Ismail5. Pn. Nurul Eaimi bt Mat Sah6. En. Mohd Shahar bin Samah

7.0TENTATIF PROGRAMMASAAKTIVITI

3.00 petangTaklimat agihan tugas

3.15 petangGotong royong bermula

5.00 petangJamuan ringan

5.30 petangBersurai

8.0SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATANKeperluan pembiayaan/sumbangan= RM350.00

9.0ANGGARAN PERBELANJAANa) Jamuan ringan= 25 orangb) Peralatan

9.1 Jamuan ringan ( minum petang ) a)Kuih 3 biji ( 1 orang = RM1.00 ) b)Minum = Sirap ( 1 x RM1.00)Jumlah = RM2.00Keseluruhan : 25 orang x RM2.00 = RM 50.00 JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM50.009.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan BilPeralatanHargaJumlah(RM)

1.Tin Cat (Batu perhiasan)1 unit x RM50.0050.00

2.Tin Cat ( cogan kata dan tapak dam )2 unit x RM20.0040.00

3.Set Banner untuk tangga12 keping ( 1 set )100.00

4.Double sided heavy duty1unit x RM20.0020.00

5.Kertas warna 1 rim1unit x RM20.0020.00

6.Plastik Laminate

1 unit x RM50.0050.00

10Runcit20.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan =300.00JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN(Makanan + Peralatan)RM50.00 + RM300.00 = RM350.00

Disediakan oleh

...(NORWATI BINTI AHMAD)Penyelaras Unit PPDa,SK Sungai Buloh72400 simpang Durian, Negeri Sembilan.

Disemak oleh

....(EN. ADNAN BIN HJ.ABDUL BAKI )GPK HEM,SK Sungai Buloh72400 S, Simpang Durian, Negeri Sembilan.

Disahkan oleh,

....(PN. MAZDA BINTI UJANG)Guru BesarSK Sungai Buloh72400 Simpang Durian, Negeri Sembilan