Kertas Kerja Program Inovasi Sekolah 2011

4
KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI SEKOLAH 2011 KERTAS KERJA PERANCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN INOVASI DAN KREATIVITI GURU 1.0 PENDAHULUAN Selaras dengan keperluan proses pendidikan pada era yang kian mencabar ini, beberapa anjakan paradigma perlu dijalankan oleh warga pendidik, Hal ini bertujuan agar produk yang kita hasilkan ( murid ) adalah sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara. Justeru, keberhasilan sebuah proses pendidikan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sejauhmana kompetensi dan profesionalisme guru. Oleh itu, untuk menjadikan proses pendidikan itu tidak layu dan kaku, maka guru sebagai antara agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yamg kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan semasa murid. Demi merealisasikan hasrat ini, beberapa program dan aktiviti pembangunan inovasi dan kreativiti guru perlu dirancang dan dijalankan di peringkat sekolah. 2.0 RASIONAL Sekolah sebagai medium untuk menterjemahkan hasrat kepimpinan nasional bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan. Justeru, guru yang menjadi penggerak kelancaran segala program sekolah, perlu menjadi agen pemba- haruan serta memberikan sentuhan dinamis yang akan mendorong proses pendidikan yang berkualiti, kreatif dan berinovasi dapat dihasilkan. 3.0 TEMA ‘ Inovasi dan Kreativiti Guru Pencetus Modal Insan Berkualiti ‘. 4.0 MATLAMAT AM PROGRAM Program pembangunan inovasi dan kreativiti guru ini diharap dapat

Transcript of Kertas Kerja Program Inovasi Sekolah 2011

Page 1: Kertas Kerja Program Inovasi Sekolah 2011

KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI SEKOLAH 2011 KERTAS KERJA PERANCANGAN PROGRAM PEMBANGUNANINOVASI DAN KREATIVITI GURU

1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan keperluan proses pendidikan pada era yang kian mencabar ini, beberapa anjakan paradigma perlu dijalankan oleh warga pendidik, Hal ini bertujuan agar produk yang kita hasilkan ( murid ) adalah sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara. Justeru, keberhasilan sebuah proses pendidikan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sejauhmana kompetensi dan profesionalisme guru. Oleh itu, untuk menjadikan proses pendidikan itu tidak layu dan kaku, maka guru sebagai antara agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yamg kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan semasa murid. Demi merealisasikan hasrat ini, beberapa program dan aktiviti pembangunan inovasi dan kreativiti guru perlu dirancang dan dijalankan di peringkat sekolah.

2.0 RASIONAL

Sekolah sebagai medium untuk menterjemahkan hasrat kepimpinan nasionalbagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan. Justeru, guru yang menjadi penggerak kelancaran segala program sekolah, perlu menjadi agen pemba-haruan serta memberikan sentuhan dinamis yang akan mendorong proses pendidikan yang berkualiti, kreatif dan berinovasi dapat dihasilkan.

3.0 TEMA

‘ Inovasi dan Kreativiti Guru Pencetus Modal Insan Berkualiti ‘.

4.0 MATLAMAT AM PROGRAM

Program pembangunan inovasi dan kreativiti guru ini diharap dapatmenggerakkan tenaga guru-guru teristimewanya tenaga guru-guru cemerlang yang menjadi input kepada sekolah supaya segala idea yang diilhamkan oleh mereka dapat diguna pakai oleh seluruh warga pendidik di SMK Tun Mutahir.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Melahirkan guru-guru yang berketrampilan, berinovasi dan kreatif.5.2 Menggalakkan peningkatan kualiti proses Pengajaran dan Pembelajaran.5.3 Melahirkan guru-guru yang berdaya saing dan berbudaya cemerlang.5.4 Menjadikan guru sebagai ikon positif kepada murid untuk berubah menjadi lebih baik.5.5 Meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah dalam segenap aspek.

Page 2: Kertas Kerja Program Inovasi Sekolah 2011

6.0 CADANGAN TARIKH

Sepanjang sesi persekolahan 2011

7.0 TEMPAT

SMK Tun Mutahir

8.0 PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH

Dicadangkan beberapa inovasi dan kreativiti yang dihasilkan oleh guru disokongmelalui acara penyampaian hadiah atau anugerah sempena Hari Inovasi 2011.

9.0 KUMPULAN SASARAN

Semua guru SMK Tun Mutahir terutamanya Guru-guru Cemerlang (meliputi Panitia mata pelajaran, PSS, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit ICT, Unit PendidikanKhas, Unit HEM, Unit Kokurikulum dan sebagainya.

10.0 KEWANGAN

Bergantung kepada aktiviti atau program yang akan dijalankan oleh guru-gurusama ada secara individu atau berkumpulan mengikut panitia atau unit masing-masing.

11.0 TENTATIF PROGRAM

Antara aktiviti atau program inovasi yang dicadangkan adalah seperti berikut :

11.1 Kajian lapangan atau kajian tindakan oleh Guru-guru Cemerlang mengikut bidangatau kepakaran masing-masing.

11.2 Projek Unik Panitia iaitu setiap panitia mata pelajaran menyediakan sekurang-kurangnya satu projek unik untuk kemaslahatan murid-murid.

11.3 Setiap guru digalakkan memaksimakan penggunaan LCD dalam P&P. Borang penggunaan LCD untuk P&P boleh disediakan oleh Penyelaras ICT.

11.4 Setiap panitia memasukkan bahan P&P atau memuat turun bahan ke dalam Laman web sekolah untuk diakses oleh murid sebagai salah satu sumberpembelajaran. Panitia mata pelajaran juga digalakkan membina blog sendiri.

11.5 Dalam bidang kokurikulum, setiap unit pakaian seragam dicadangkan menjadi‘Keluarga angkat’ kepada satu-satu kawasan di sekolah dan guru penasihatmenjadi mentornya.

11.6 Beberapa inovasi atau perubahan baru dalam unit-unit seperti HEM,Kokuriku-lum, Bimbingan dan Kaunseling, PSS dan lain-lain.

Page 3: Kertas Kerja Program Inovasi Sekolah 2011

11.7 Penambahbaikan dalam sistem penyampaian maklumat dalam kalangan staf.

11.8 Penstrukturan Bilik Guru demi kebajikan dan keselesaan guru.

11.9 Penstrukturan dan penambahbaikan system perhimpunan mingguan danharian.

11.10 Dan lain-lain cadangan yang sesuai.

12.0 PENUTUP

Sebenarnya program-program yang dicadangkan di bawah PembangunanInovasi dan Kreativiti ini secara langsung dan tidak langsung berkait rapat dengan program-program yang boleh dirancang di bawah Pembangunan ICT dan Pemba-ngunan Modal Insan Guru yang akan dijalankan oleh Bidang Matematik dan Sains serta Bidang Kemanusiaan. Juga tidak ketinggalan program-program inovasi yang boleh dirancang oleh unit HEM, Kokurikulum, PSS dan sebagainya.Justeru, jelaslah menunjukkan bahawa kesemua bidang dan unit yang dinyatakan tadiboleh menggembleng tenaga bersama-sama ke arah melahirkan warga guru yang kreatif dan berinovatif. Menjadi harapan juga agar semua pihak dapat turut menyumbangkan idea bagi menjalankan program-program inovasi dalam kalangan guru serta staf di SMK Tun Mutahir.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disah dan diluluskan oleh,

………………………………….. …………………………………….( LATIFAH BT HASSAN ) ( HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS )GKMP BAHASA/PENYELARAS PENGETUA,PEMBANGUNAN KREATIVITI SMK TUN MUTAHIRDAN INOVASIJAWATANKUASA BERTINDAK DAN MODUS OPERANDI