KERTAS KERJA Program Inspirasi Seni

5
KERTAS KERJA PROGRAM INSPIRASI SENI SEKOLAH KEBANGSAAN ULU DONG 2015 Anjuran: Panitia Pendidikan Seni Visual & Panitia Bahasa Melayu

Transcript of KERTAS KERJA Program Inspirasi Seni

Page 1: KERTAS KERJA Program Inspirasi Seni

KERTAS KERJA

PROGRAM INSPIRASI SENI

SEKOLAH KEBANGSAAN

ULU DONG

2015

Anjuran:

Panitia Pendidikan Seni Visual

&

Panitia Bahasa Melayu

1.0 Pengenalan

Page 2: KERTAS KERJA Program Inspirasi Seni

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang asas-asas seni dan menjadikan penghasilan seni sebagai kerjaya hidup . Seni mungkin seringkali dipandang sepi terutamanya di sekolah rendah. Hal ini mungkin disebabkan kurang pendedahan tentang kerjaya ini. Dengan adanya pendedahan tentang kerjaya seni ini, ia akan menjadi platform bagi menaikkan lagi martabat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah seterusnya dapat memupuk minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Seni Visual.

2.0 Rasional

Pengajuran program Inspirasi Seni ini merupakan satu wadah bagi murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Ulu Dong (SKUD) dalam meningkatkan kreativiti dan juga minat terhadap Pendidikan Seni Visual. Oleh itu, pendedahan murid terhadap asas-asas seni ini, akan dapat meningkatkan daya kreativiti mereka dan seterusnya dapat mengcungkil bakat seni yang terpendam dalam kalangan murid .

3.0 Matlamat

3.1 Menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari seni Visual dan seterusnya dapat menjadikan seni sebagai kerjaya hidup .

3.2 Melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam menghasilkan karya seni.

3.3 Mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan murid disamping menambah pengetahuan tentang seni visual

4.0 Objektif

4.1 Meningkatkan minat terhadap mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

4.2 Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya seni dalam empat bidang mengikut sukata pelajaran.

4.3 Memperkembangkan bakat-bakat seni dan mencungkil bakat yang terpendam melalui aktiviti yang dijalankan.

4.4 Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

5.0 Tarikh Pelaksanaan

Tempat : Galeri Seni Dato’ Ismadi

Page 3: KERTAS KERJA Program Inspirasi Seni

Tarikh : 23 Oktober 2015 Masa : 9.00-11.00 pagi Peserta : 26 Orang Murid

6.0 Ahli Jawatan Kuasa

Ahli Jawatan Kuasa

PengerusiGuru Besar

En. Sabarudin bin Lan

Naib PengerusiGuru Penolong Kanan 1

Pn. Shafiah binti Jali

Penyelaras Tahun 6Pn. Saadah binti Abd Rahim

SetiausahaPn. Nor Aida binti Kadir

Ahli JawatanKuasa KecilSemua guru Tahun 6

7.0 Penutup

Jawatankuasa penganjur berharap agar pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Ulu Dong menyokong penuh pelaksanaan program ini. Hal ini penting, bagi memberi peluang kepada warga SKUD khususnya pada murid tahun 6 dalam meneroka pengalaman baru melalui program ini. Ia juga dapat meningkatkan minat dan kreativiti dalam kalangan murid dan seterusnya dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam di kalangan mereka.

Page 4: KERTAS KERJA Program Inspirasi Seni

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………. ………………………………….(NOR AIDA BINTI KADIR) (SABARUDIN BIN LAN)