Kertas Kerja Program Intership

5
SEKOLAH KEBANGSAAN ALMA, BUKIT MERTAJAM KEBERKESANAN KAEDAH GARIS MENDARAB DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB NOMBOR BULAT SEHINGGA 1000 000 PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PPG MTEA AMBILAN JUN 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG DIBAWAH KENDALIAN PELAJAR PPG SITI ZALEHA BINTI MOHD ISA PELAJAR PPG MTEA AMBILAN JUN 2011 DENGAN KERJASAMA SEK ALMA, BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG.

Transcript of Kertas Kerja Program Intership

SEKOLAH KEBANGSAAN ALMA, BUKIT MERTAJAM

KEBERKESANAN KAEDAH GARIS MENDARABDALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB NOMBOR BULAT SEHINGGA 1000 000

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PPG MTEA AMBILAN JUN 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

DIBAWAH KENDALIAN PELAJAR PPGSITI ZALEHA BINTI MOHD ISA PELAJAR PPG MTEA AMBILAN JUN 2011DENGAN KERJASAMA SEK ALMA, BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG.

1.0PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Lantaran itu, aktiviti mendarab dengan menggunakan garis yang diperkenalkan kepada murid tahun 5 ini dirancang bagi memenuhi objektif tersebut. Aktiviti mendarab yang menggunakan kaedah garisan merupakan suatu kaedah baru yang mana ianya belum pernah lagi diperkenalkan kepada murid-murid di sekolah ini. Kaedah garisan yang dipilih ini merupakan suatu kaedah yang baru di mana ia bertujuan bagi membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran mendarab dalam bentuk lazim. Kaedah garisan yang dipilih ini amerupakan suatu kaedah yang menjadi suatu saluran pengantara yang baik bagi kanak-kanak belajar dan juga meningkatkan keyakinan diri dihadapan rakan-rakan. Justeru itu, dengan adanya suatu kaedah baru dalam mendarab dapat memastikan murd-murid yang lemah mendarab dapat merasai suatu pengalaman baru menggunakan kaedah garisan dan memberi peluang kepada murid merasa lebih yakin dan lebih berminat untuk mempelajari ilmu matematik. bardan ssudut bercerita ini kanak-kanak mendapat peluang untuk merasai suasana sebenar pentas bercerita. Diharapkan agar dengan adanya suatu kaedah baru dalam menyelesaikan operasi darab ini, akan menjadikan pengajaran guru lebih berkualiti dan pembelajaran kanak-kanak lebih bermakna.

2.0RASIONAL

Program aktiviti darab dengan menggunakan kaedah garisan ini merupakan suatu kaedah baru yang cuba diperkenalkan kepada murid tahun 5 SK Alma adalah bertujuan meningkatkan minat dan penguasaan murid dalam kemahiran mendarab di kalangan murid. Program ini dirancang ekoran keputusan peperiksaan lalu yang tidak memuaskan. Berdasarkan analisa dan pemerhatian yang dijalankan, kebanyakan murid dalam kelas tahun 5 tidak mempunyai asas yang kukuh dalam menjawab soalandarab.

Kesedaran untuk mengajar murid kaedah garisan adalah bertujuan untuk menerapkan kepentingan menjawab soalan darab dengan lebih baik dan lebih yakin di kalangan murid-murd terutama murid 5 Sukses di sekolah ini. Di samping itu, program ini diharap memberikan impak yang positif dalam peperiksaan akan datang.

2.0MATLAMATMewujudkan dan menyediakan suatu pengajaran yang lebih bermakna dan menarik minat murid mempelajari ilmu matematik.

3.0OBJEKTIFi. Memberi peluang kepada murid merasai suasana pembelajaran yang bermakna.ii. Meningkatkan penglibatan murid-murid dalam mendarab suatu nombor dengan lebih yakin.iii. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran mendarab.iv. Meningkatkan keyakinan murid dalam menjawab soalan darab.

4.0KUMPULAN SASARAN22 orang murid tahun 5

4.0TARIKH16 Feb hingga 27 Mac 2015 5.0TEMPATBilik Darjah SK AlmaMakmal Komputer SK Alma6.0PELAN TINDAKANBerikut merupakan pelan tindakan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaranBilTarikhAktivitiTindakan

116 Feb 2015 Memperkenalkan kemahiran mendarab menggunakan garisan Meneroka kaedah garisan di laman sesawang.Guru

202 Mac 2015 Memperkenalkan kaedah garisan dalam mendarab. Mengajar murid mendarab dengan menggunakan kaedah garisan.Guru

309 Mac 2015 Aplikasi aktiviti mendarab dengan menggunakan kaedah garisanGuru

4.23 Mac 2015 Menguji tahap penguasaan murid mengaplikasikan kaedah garisan dalam mendarab.Guru

8.0ANGGARAN PERBELANJAANTiada kos10.0PENUTUPSemoga dengan adanya kaedah baru dalam mendarab dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan dalam pada itu dapat menarik minat murid untuk mempelajari ilmu matematik terutama dalam menyelesaikan soalan darab. Dengan penggunaan kaedah garisan dalam mendarab ini juga diharapkan dapat membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkualiti seterusnya membina suasana pembelajaran kanak-kanak yang lebih bermakna dan berkesan serta berjaya.Bagi pihak guru PPG, projek inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah garisan dalam mendarab dapat dijadikan suatu satu pengalaman baru yang berguna sebagai seorang guru yang perlu peka terhadap kepelbagaian kaedah dalam menyelesaikan soalan matematik. Pelaksanaan projek ini juga diharapkan dapat memberi impak kepada konsep kendiri seorang guru terhadap kemahiran mengurus dan memimpin.Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah diharapkan bagi kejayaan mengajar darab menggunakan kaedah garisan.

Disediakan oleh,......................................... ( SITI ZALEHA BINTI MOHD ISA ) Guru PPG MTEA Ambilan Jun 2011 IPG Kampus Pulau Pinang

Disemak oleh,.......................................... ( NOOR HANIM BT AHMAD ) Guru Pembimbing Program Internship, Ketua Panitia Sains SK Alma

Disahkan oleh,.......................................................... ( PN.HJH HASNI BT HANIFF) Guru Besar, SK Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.